Salah satu tempat menarik di Saigon ialah Sungai Mekong. Kami berhajat untuk naik sampan menyusuri sungai sempit disini. So kami booking dari pekerja hotel a 1 day tour ke Sungai Mekong (about US15.00). Ada satu tour lagi yang juga pergi ke Floating Market (US19.00) Kami overlook the pamphlet. Bas tiba lebih kurang pukul 8 pagi. Kami dibawa ke satu tempat dimana kami dibahagi-bahagi kepada beberapa kumpulan bergantung kepada package yang kami pilih. Perjalanan ke Sungai Mekong mengambil masa 2 jam. Suspense jalan di bandar Saigon yang penuh dengan motor-motor disepanjang jalan. Hanya mereka yang benar-benar kaya dapat beli kereta. Disini tiada car park tapi banyak parking untuk motor :) . Sepanjang perjalanan, terlampar luas sawah-sawah padi. Yang menariknya, terdapat kubur kaum kerabat tuan tanah di tengah-tengah sawah. Seem like disini tiada kawasan kubur berpusat. Mayat akan dibakar atau ditanam ditanah milik mereka.
Selepas 2 jam perjalanan kami tiba dijeti Sungai Mekong. Barang-barang dijeti ini jauh lebih murah dari di HCMC. Kami ingat nak beli waktu balik tapi tak sempat kerana kami perlu mengejar masa.
Terdapat beberapa pulau disini yang kami lawati.
Ini adalah pemandu pelancong kami yang ramah Tham namnya.
Tertarik dengan bunga pokok ni yang kalau di Malaysia tak sempat kembang pasti dah jadi ramuan laksa….
Embroidery adalah salah satu industri yang utama di Vietnam. Balik nanti nak tempah tempat embroidery ni.
Di kawasan pembelaan lebah madu.
At last sampai juga hajat menyusuri anak sungai yang sempit ni. Terharu dengan pengayuh sampan yang terdiri dari kaum wanita. ( Saya rasa sengaja diberikan kepada kaum wanita untuk mendapat tips yang lebih.. )
Diantara kedai barang cenderahati dan kedai buah disini. Teknologi pertanian disini lebih canggih di Malaysia. Buah-buahnya lebih besar dan pokok-pokok bongsainya amat cantik. Seronok tengok beranda rumah-rumah flat yang tinggi-tinggi ada pokok yang besar-besar. Sempat beli buah mata kuching yang besar (US 2.00 sekilo setengah) dan ciku yang besar-besar tu (US 1.00) sekilo. Mangga juga murah (US 2.00) dapat 4 biji yang besar-besar dan manis.
Teuja dengan corak jagung ni…
Ehmm A nice trip.. Okaylah untuk melegakan fikiran dan menyaksikan cara kehidupan orang-orang Vietnam. Tourism di Vietnam telah menjadi industri terancang yang bertujuan agar pelancong berbelanja sebanyak mungkin disini. Ehm teringat akan suasana yang serupa di Beijing. Malaysian should learn from them how to improve the tourism industry….
Salam,boleh sy tny, usd 19 tu trmasuk harga menaiki sampan atau hny khidmat tour guide? Terima kasih :)
ReplyDeleteMualaikum salam. Yap everything dari transportation, tour guide and lunch ( cuma makanannya tak halal so kami bawa bekal sandwich). Sediakan duit untuk beli cenderahati :)
Delete