Jauh berjalan luas pandangan. Saya menemankan Kak Long yang mahu mencari peluang perniagaan selepas berhenti kerja nanti. So dari 9/6 ke 12/6 kami mengembara di Ho Chi Min City yang khabarnya menjadi tempat untuk peniaga-peniaga kain, jubah dan baju kurung mendapatkan bekalan mereka. Ini adalah catatan pengembaraan kami sepanjang 4 hari tersebut sebagai panduan kepada mereka yang berhajat kesana.
How I viewed HCMC….
Bermula dari bulan January, kami berhajat untuk menjalankan ekspedisi ini. Selepas satu persatu rakan yang pada awalnya mahu turut serta menarik diri, 17 April, kami memberanikan diri booking online flight Air Asia and bilik di Saigon Pink 2 melalui Agoda. Total cost for tiket and room is about 550 ++.
9/6 – Perjalanan kami bermula dari Balai Berlepas AirAsia pada pukul 8:30 pagi. Flight pukul 9:30 pagi.Jauhnya nak jalan dari balai berlepas ke kapalterbang.
Tips 1: Siapa yang bawa carry on luggage, pastikan ianya beroda. Kedua-dua flight pergi dan balik, kami kena jalan jauh dari balai berlepas ke kapalterbang and dari kapal terbang ke arrival hall :).
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Waktu di HCMC satu jam lebih awal dari waktu di Malaysia. So kami tiba lebih kurang jam 10:30 pagi. Selepas proses kastam, kami turun kebahagian bawah untuk booking teksi Vina Sun dimana kami berkenalan dengan Huda dan rakannya yang kebetulan akan tinggal dihotel yang sama. So kami berkongsi duit teksi lebih kurang 190,000 Dong (Dalam US7.00). Pemandu teksi minta kami bayar tol, tapi Huda yang lebih berpengalaman membantah. Rasanya kalau kami pasti kami bayar saja.
Perjalanan dari airport mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kami mencari hotel warna pink tapi jumpa hotel yellow lak :). Setibanya dihotel, kami perlu menunggu hingga pukul 2 petang sebelum kami boleh masuk bilik. So we are off to the most famous market di sini Ben Thanh yang lokasinya hanya beberapa meter dari hotel (Walaupun hujan). Masa mula-mula masuk rasa macam nak keluar balik. Betullah kata forumers yang kita kena hati kering kat sini kerana mereka akan menarik tangan kita untuk membeli dikedai mereka. (Lepas balik miss pulak keriuhan suasana pasar ni :)..)
Tips 2 :- Nak tawar kena 1/2 the price tapi kalau dah tawar tak beli memanglah kena marah dengan mereka. Kalau dah pegang barang maknanya kita berminat anda akan dipaksa oleh mereka untuk membeli barang tersebut.
My favorite shop –> kedai kain – 10 pasang mengikut + 2 pasang kain lycra.
One day suit will cost about RM150.00
Kak long spent masa yang lama disini tawar menawar harga cap.
Sempat beli baju Awin and Mak Da kat sini. Harga dipasar malam lebih mahal.
Di salah satu butik kegemaran kak Long
Di lobi hotel yang ada WiFi – Cara kami berhubung dengan family dirumah dengan menggunakan WhatApps dan Talk applications. Pada hari pertama kami diberikan bilik yang besar kerana bilik standard dah habis. Kami pindah pada hari kedua.
Tips 3: Tanya dulu samada bilik hotel ada tingkap atau tidak sewaktu booking. Terasa lemas juga duduk dalam bilik yang tidak bertingkap – Yet kami hanya menggunakan bilik untuk tidur waktu malam so okaylah…
Sebelah malam dalam hujan renyai kami ke pasar malam disebelah Ben Thanh – Sempat beli beberapa baju kurung manik kanak-kanak disini. Geram tengok baju kurung yang telah dijahit dengan manik disini. Harga lebih kurang RM60.00 -RM80.00
Kami balik semula kehotel lebih kurang jam 11 malam. Baru jalan sebahagian dari pasar malam. Malam esok sambung. Rehat sebentar untuk trip ke Sungai Mekong keesokan hari.
0 comments:
Post a Comment