“Mama, Haqim rasa ada haiwan warna putih dalam telinga mama “.
“OMG”
“Doktor, sure tak ada serangga dalam telinga saya?”
“Tiada, tapi dah kena infection, saya beri ubat titik, ubat tahan sakit dan antibiotik. Make sure habiskan antibiotik..”
“Kak Long..sorry, saya tak tahu saya cakap kuat atau perlahan sebab suara saya bergema kat telinga”.
“Sakit nya telinga ni, makin sakit lepas bubuh ubat “
“Ubat dah habis, tapi telinga makin sakit”
“Doktor, sure tak ada serangga dalam telinga saya? Dah habis ubat saya makan tapi telinga makin sakit”
“Tiada, tapi dah bengkak dekat gegendang, saya beri ubat titik yang kuat sikit and ubat tahan sakit”
“Emak tolong bubuh ubat titik ni banyak sikit, telinga sakit sangat”
“Haqm jangan cakap kuat sangat, jangan buka tv kuat sangat, sakit telinga mama dengar..”
“OMG..what is this?..Ohhh ada piras rupanya dalam telinga saya. Sebab tu sakitnya ..besar juga serangga ni. Macamana dua orang doktor tak boleh identify serangga yang besar ni. Mungkin juga kerana warnanya yang hampir serupa dengan warna nanah.”
“Alhamdulillah..telinga dah tak berdenyut dan pendengaran telah kembali seperti sediakala”
“Pengajarannya- Betapa besarnya kekuasaan Allah, haiwan yang kecil telah menyebabkan ketidakselesaan selama 2 minggu. Kadangkala kita tidak perasan nikmat yang Allah berikan sehinggalah di duga oleh Allah. Nasib baik ianya bersifat sementara. Kini saya memahami kesakitan yang dialami oleh mereka yang sakit telinga. Teringat suatu masa dulu Haqim mengalami perkara yang sama. Waktu itu saya tidak begitu memahami tapi kita saya faham bertapa pentingnya pendangaran kepada kita. Allahu Akbar…
0 comments:
Post a Comment