Hajat dihati mahu ke satu lagi market yang dikenali sebagai Chợ Bình Tây di ChinaTown. Tapi sewaktu breakfast, kami berbual dengan beberapa pelancong yang telah kesana dan tidak menggalakkan kami kesana kerana suasana yang sesak, panas dan kebanyakkan pekedai tidak boleh berbahasa English. Rewa pula berjanji untuk membawa beberapa pelawat ke kedai Jubah semalam. So kami mengambil keputusan untuk melawat-lawat disekitar kawasan tempat tinggal kami. Kami berjumpa dengan sebuah lagi butik yang menyediakan baju-baju untuk dihantar ke Malaysia. Lihatlah corak-corak manik ni Cantiknya. Kalau ada ruang lagi dalam bag pasti mengikut sehelai dua :) . Tak apalah next time…
Rewa juga berjumpa dengan Odi, seorang rakyat Malaysia yang menetap di sini. Hopefully in the future, mungkin ada business patner disini. I guest rezeki Kak Long.
Salah satu butik kegemaran Rewa. Maya nama adik ini yang baru berusia 19 tahun tapi petah berniaga.
Kami bertolak balik jam 6 petang dari hotel dan tiba dalam pukul 6.45 di airport. Tiba awal membolehkan kami menimbang bag sebelum kounter dibuka. Kami dimaklumkan carry on luggage juga perlu ditimbang. (Nasib baik timbang dan arrange balik barang kerana memang petugas tu meminta carry on luggage untuk ditimbang)
Kami bernasib baik kerana di LCCT, kami berjalan dibelakang pengunjung yang baru balik dari China dengan barang-barang yang banyak. So kastam memberikan tumpuan lebih kepada mereka walaupun meminta agar kami scan beg kami. Alhamdulillah
Inilah barang-barang yang sempat saya beli sepanjang 4 hari di Vietnam
Dan yang paling saya suka ialah baju ini yang siap dalam masa less than 24 hours dengan harga RM100.00 dari kedai Chantek. (RM 110.00 kalau ada batu-batu – tapi rasa macam tak terpakai baju blink-blink he he he )
Terima kasih Kak Long kerana sudi mengajak saya ke Vietnam. Saya enjoy the journey very much. Semoga cita-cita Kak Lang menjadi kenyataan.
Terima kasih kepada otai-otai yang berkongsi pengalaman di forum cari.com. Banyak perkara yang saya pelajari dan boleh dipraktikkan disini.
Pesan saya kepada mereka yang hendak kesana, tegurlah pengunjung-pengunjung dari Malaysia kerana banyak perkara yang boleh dikongsikan bersama untuk kebaikan semua. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bersama dalam trip ini walaupun pengenalan kita singkat tapi ianya begitu bererti. Melihat kehidupan penduduk di Vietnam menginsafkan saya betapa bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia. Panjang umur, murah rezeki insyaAllah saya akan datang lagi.
0 comments:
Post a Comment