Salah satu dari azam hari lahir yang lepas, adalah untuk mewujudkan perniagaan baju kurung anak-anak perempuan. Somehow, saya suka melihat anak-anak perempuan memakai baju kurung. Cute dan sopan sangat disamping melatih mereka menutup aurat. Bermula dari tarikh tersebut, secara sambilan, in between belajar, kemas rumah dan memasak, at least satu dua jam sehari saya menjahit baju-baju kurung anak-anak dalam 4 saiz. Sedikit sebanyak, aktiviti ini mengurangkan stress yang saya hadapi dalam menghabiskan PhD saya. Hopefully selepas tamat pengajian nanti, saya dapat mengembangkan business ini. Buat masa ini, biarkah aktiviti ini dilakukan untuk mengurangkan stress seharian dengan melihat baju-baju yang comel ini. Hari ini, dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim, saya mewujudkan laman Baju Kurung Putri. Semoga ianya akan mendatangkan barakah dalam hidup saya. Ameen….
0 comments:
Post a Comment