Friday, February 22, 2013

Spaghetti ala carbonara

Masakan yang mesti ada bila bila Haqim balik ialah Spaghetti. Haqim adalah peminat spaghetti mama Smile. Hari ni mama masak spaghetti ala carbonara yang dimakan bersama meatball with tomato sos ala-ala kuah bolognese. Rasanya tekak orang Melayu tak leh gi kalau makan spaghetti carbonara by itself Winking smile.  Resepi Meatball with tomato sos is written here.

These are our dinner tonight.

20130222_19291520130222_192910

After half an hour ini sahajalah yang tinggal untuk ulangan oleh Haqim pukul 10 malam nanti (upon request)

20130222_200241

Both of them sedap.Haqim kata sedapnya mama tak terhingga – Pandai anak mama ambil hati..I ‘ll remember that statement Be right back. Bagi yang berminat untuk buat spaghetti ala carbonara ini adalah resepi yang saya gunakan.

Bahan-bahan

  • 3/4 packet spaghetti
  • 3 sudu besar olive oil
  • hirisan daging ayam ( original resepi guna bacon )
  • 2 tangkai cili kering digunting kecil
  • 1/2 labu bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – crunch
  • 1 biji telur
  • 1 genggam cheese (saya guna mozarella, saya tak berapa suka banyak cheese)
  • sedikit garam dan lada hitam

Kaedah membuat

  1. Panaskan air dalam periuk, masukkan 2 sudu besar garam dan 1 sudu besar olive oil, biarkan mendidih sebelum masukkan spaghetti (saya guna 3/4 packet untuk keluarga 4 orang. 1 packet saya rasa banyak sangat)
  2. Sementara tunggu spaghetti lembut (dalam 15 minit), panaskan 2 sudu besar olive oil dalam kuali besar (cukup untuk gaul spaghetti nanti). Tumis bawang, bawang putih, chili kering dan hirisan daging ayam. Biarkan seketika sehingga bawang lembut dan ayam masak (jangan sampai keras). Tutup api.
  3. Dalam manggkuk, pecah telur, pukul sedikit dengan menggunakan whisker dan masukkan cheese.
  4. Once spaghetti masak, tapis air rebusan, masukkan spaghetti dalam kuali ayam tadi dan letak adunan telur. Dengan segera kacau spaghetti dengan bahan-bahan lain. Telur akan masak dari kepanasan spaghetti tadi.
  5. Perasa dengan garam dan lada hitam.

Sekali-sekala ubah selera makan spaghetti carbonara sedap juga. Kalau rebus sahaja, rasanya agak plain dan muak. Selamat mencuba.

Thursday, February 21, 2013

Roti Jala

20130220_173006
Tengahari tadi masak dalca terung. Ehm teragak pulak nak makan roti jala.  Ini adalah resepi roti jala yang saya belajar dari emak dari kecil lagi (kira resepi warisanlah ni) Saya rekod kat sini untuk dikongsi bersama.
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak masak (memudahkan saya sewaktu menggoreng – tidak perlu guna minyak selalu)
  • 1 biji telur
  • sedikit pewarna kuning.
Kaedah saya buat.
  1. Masukkan air, telur, garam dan minyak masak dalam blender
  2. Masukkan bahan-bahan lain. Blend sehingga sebati
  3. Panaskan kuali leper dengan api sederhana, lenser sedikit minyak. mula ‘menebar’ roti jala dalam bentuk pusingan apabila kuali telah panas.
  4. Angkat roti jala yang telah masak, masukkan dalam pinggan besar dan lipat roti jala mengikut kegemaran masing-masing.
Nota:
  • Hari ni saya guna tepung Hongkong sebab saya kehabisan tepung gandum. Saya suka rasanya and the texture lebih halus dari tepung biasa. Begitu juga, cucur yang dibuat dengan menggunakan tepung Hongkong lebih lembut dari tepung biasa. (Just an observation – harga tepung ni pun beberapa kali ganda dari tepung biasa)
  • Yap saya potong sedikit bahagian bawah acuan roti jala bagi memudahkan aliran tepung. Kalau tidak adunan asyik tersekat kat lubang acuan yang terlalu kecil.
Ini saya punya.Saya suka the last portion yang saya buat lempeng instead of roti jala Smile
20130220_173011
Selamat mencuba…

Sambal udang kering

20130220_185207

Sewaktu makan diShah Alam minggu lepas, saya minta sambal belacan. Pembantu kedai tu bawa sambal ini dan rasanya sedap. So balik saya pun cubalah buat.Ok juga, boleh buat dan simpan dalam jar and guna sikit-sikit in replacement of sambal belacan. Ini adalah resepi yang saya gunakan untuk buat sambal ini.

Bahan-bahan

  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 sudu besar udang kering – rendam sekejap
  • 3 sudu besar cili kisar
  • sedikit belacan
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air

Kaedah

  1. Blender semua bahan diatas
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tersebut.
  3. Tuang air dan biarkan ia kering. Kacau sekali sekala bagi mengelakkan ianya berkerak.
  4. Tambah perisa yang bersesuaian.

Selamat Mencuba

Kuih Lapis Koko

20130221_150631

Tergoda tak tengok kuih ni. Hari ni nak gi ambil Haqim. So buat kuih yang dia boleh makan dalam kereta on the way balik. Haqim suka kuih lapis. So mama buatkan kuih lapis koko ni pagi tadi. Saya tak ingat dari laman mana saya salin resepi ini, saya harap tuan punya laman benarkan saya berkongsi pengalaman saya disini. Yang pastinya kuih ni sedap. Masa buat nampak macam pekat je, tapi bila dah masak okaylah, boleh buka lapisan lagi satu persatu. Sekejap saja nak buat kuih ni sebab adunannya sedikit. Saya menggunakan bekas corning 6” X 6 in.

Bahan A

  • 1 cawan santan pekat (yang beli kat kedai santan tu dalam RM2.00)  + 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam

Bahan B

  • 2 sudu makan serbuk koko (resepi asal letak 1 sudu makan koko dan 1 sudu makan pes koko)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • 1/4 cawan air suam

Bahan C

  • 1/4 cawan air suam

Kaedah nak buat

  1. Panaskan pengukus. Alas loyang dengan plastik dan letak sedikit minyak.
  2. Satukan semua bahan B, kacau hingga sebati
  3. Blend semua bahan A. Bahagi adunan kepada 2 bahagian (Dalam 1 1/2 cawan setiap satu). Satu adunan dicampurkan dengan Bahan B dan 1 bahagian dicampur dengan Bahan C.
  4. Ambil 1/2 cawan adunan putih dan tuang dalam bekas kukusan. Kukus selama 5 minit. Ulang berselang seli dengan adunan koko – Ada 6 lapisan semuanya (3 putih dan 3 koko).
  5. Bagi lapisan yang akhir, alas penutup kuih dengan kain dan kukus 10 minit.
  6. Sejukkan sebelum memotong.

20130221_150701

Hopefully Haqim suka kuih ni sebagaimana mama sukakannya Smile. Bagi yang lain selamat mencuba.

Wednesday, February 20, 2013

Macaroni goreng mamak style

20130220_075157

Mac and cheese sedap tapi makan macaroni goreng mamak style lagi laju  Winking smile begitulah perut orang Melayu. Goreng mamak tidak memerlukan resepi yang specific. Saya blend 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 1 biji lada merah dan sedikit udang kering. Saya juga suka letak daging racik kecil-kecil (bukan daging kisar ye) dan apa-apa sayur yang ada dalam peti sejuk. Kali ni saya letak sawi, taugeh (wajib dalam goreng mamak style) dan tomato.

Panaskan sedikit minyak, goreng sedikit daging (sehingga berubah warna), masukkan bahan yang diblend tadi dan tumis sehingga keluar minyak. Perisakan dengan sos tiram, pati ayam dan tomato source. Masukkan macaroni dan sayur-sayuran. Gaul sebati. Here is the part yang unik untuk mee mamak. Ketepikan macaroni ke tepi kuali , masukkan sedikit minyak dan pecahkan 1 biji telur. Masakkan  telur sedikit sebelum digaul bersama macaroni. Kalau tak buat step ini, bukan goreng mamak style. Ianya goreng biasa/kampung aje.. Akhir sekali saya suka tambah kicap manis dan gaul seketika sebelum angkat. Saya tak tambah garam sebab sos tiram dan kicap dah masin.

Sebagaimana mee-mee goreng lain di Terengganu, letaklah sepiring keropok dan sebekas kicap manis. Halaju makan bertambah sekali ganda…Bon appétit:

Salad Sengkuang Cina

20130219_195150

Ada banyak lebihan sengkuang cina selepas buat kuih tako tempoh hari. So hari ini saya buat salad ringkas ni. Not bad sedap juga. So kalau ada yang berminat untuk mencuba ini adalah resepinya.

Bahan-bahan untuk sepiring salad (for 2 person)

  • 3 biji sengkuang cina, dikupas dan dipotong dadu kecil (besar sikit dari dadu sewaktu buat kuih tako)
  • 1/2 biji tomato dibuang kulit dan didadu kecil
  • 1/3 biji timun, didadu kecil
  • 1/3 biji lobak merah, dibuang kulit dan didadu kecil
  • 2 biji bawang merah dihiris (Malaysian taste :) ..ha ha)
  • 1 biji  bawang putih (crunch atau ditumbuk)
  • 1/2 camca teh  serbuk lada hitam
  • 1 camca besar olive oil
  • 1 camca besar air lemon (saya guna Sungkist perisa lemon)
  • sedikit daun salad untuk hiasan (dan untuk dimakan juga)

Kaedah saya buat

  1. Gaulkan lobak merah dan bawang merah. Microwave 1 minit.
  2. Campur semua bahan kecuali daun salad dan gaul sebati.
  3. Susun daun salad dalam piring dan hidangkan salad dalam piring tersebut.

Mac and cheese

20130219_195145

Inilah diantara pengaruh dari food channel. Dinner kami semalam Mac and Cheese, salmon bakar dan salad sengkuang cina.

20130219_195316

Saya melihat Mac and Cheese dalam beberapa program tv sepanjang minggu lepas. Terasa nak buat pulak. Kebetulan ada macaroni, cheese dan susu. So here it goes…

Bahan-bahan

  • 1 cawan macaroni
  • 1/4 batang mentega
  • 1/2 cawan tepung
  • 11/2 cawan cheese (tak boleh banyak-banyak takut muak. 1 cawan untuk dicampur dalam masakan, 1/2 cawan ditabur atas mac and cheese sewaktu membakar. Saya guna Mozzarella cheese)
  • 1 sudu teh  serbuk nutmeg (saya tambah)
  • 1 sudu teh serbuk lada (saya tambah)
  • sedikit garam.

Kaedah

  1. Panaskan air dalam periuk, masukkan 1 sudu besar garam dan rebus macaroni sehingga masak (10-12 minit), tos
  2. Panaskan oven 250C (oven saya)
  3. Panaskan butter dalam periuk, masukkan tepung gandum dan kacau sebentar – 2-3 minit.
  4. Masukkan susu, biar panas sekejap (sehingga keluar wap).
  5. Masukkan cheese (tinggal sedikit untuk membakar ) dan terus mengacau sehingga cheese cair dan kuah pekat. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit susu / air.
  6. Masukkan garam, serbuk nutmeg dan serbuk lada.
  7. Masukkan macaroni dan kacau sebati. Boleh dimakan terus atau dibakar sebentar dalam oven.
  8. Untuk membakar, masukkan mac and cheese dalam bekas, taburkan cheese diatasnya dan bakar untuk 10-15 minit menggunakan api atas dan bawah.

Saya suka, walaupun ianya agak muak sikit sebab kita tidak dilatih untuk makan cheese dari kecil, tapi sedap. Sekali sekala okay kot. Salad sengkuang cina mengurangkan sedikit rasa muak tu. This morning, kembali ke Malaysia dengan macaroni goreng mamak style :).

20130220_075157

Bila nak buat carbonara pulak?…