Pokok yang berdaun besar dari rumah Pok Nik. Terima kasih. Lama dah nak pokok ni . Selepas cubaan dengan keratan tidak berhasil, Beli anak pokok stabil .
30/04/2017 – Pokok ini telah di kerat supaya pucuk baru tumboh dan hopefully ada buah dari pucuk baru ini. Gambar pokok hari ini. Ada tiga cabang baru dan masih menunggu buah.
27/02/2017 – Pokok ni macam tak berapa sihat, Hari ini ubah pokok ini dalam pasu Felton yang lebih besar dan lebih banyak lubang bagi membolehkan air keluar. Pasu ditanam terus ke tanah . Semoga ianya hidup segar dan berbuah selepas ini.
Gambar pada 30/12/2016 – Dah tinggi lampai, besarnya daun, kasihan dia bertarung dengan karat daun disini pulak. Kena beri baja buah dah ni .
Gambar pada 30/10/2016. Daun-daun berkarat telah dibuang. Dah ada penyokong. Cuma daunnya digemari oleh belalang.. Besar daun pokok ni.
Gambar pada 2 Oktober 2016
Gambar pokok sewaktu dibeli
0 comments:
Post a Comment