4/6/2017 – Pokok ini dialih ke pasu untuk sesi grafting dengan cikgu Khairi. Unfortunately semua grafting tak menjadi. Mungkin kerana akarnya belum begitu stabil. So saya buang semua grafting yang tidak menjadi dan saya graf dengan pokok Olympian dari Hj Musa. Alhamdulillah ianya kini telah tumbuh dengan sihat.
Pokok dihadiahkan oleh En Nik (Kemaman) sebagai hadiah harijadinya untuk saya belajar cutting dan tut. Katanya buah warna kuning. Saya masukkan dalam plastik hitam besar selepas lebih kurang 5 cutting dipotong dari pokok ini. Hopefully ianya hidup dengan subur di bumi Dungun . Terima kasih En Nik.
Pokok pada 30/10/2016 – Dah ada cabang baru dan daun yang baru. comel , comel tunggu berbuah pulak ..
Diantara keratan dari pokok ini yang telah dipindah ke polybag dan hopefully hidup dengan baik
Ada beberapa cutting yang tidak menjadi.
Pokok pada 2/10/2016.
Ini adalah keratan dari pokok ini yang dilabel sebagai UK01
dan ini adalah keratan Alma yang juga dihadiahkan oleh Pok Nik. Terima kasih Pok Nik,..
Keratan-keratan ini sedang disemai bersama keratan Green Jordan. Semoga menjadilah…
0 comments:
Post a Comment