Keratan yang dibeli dari Aku Toys dikerat dua. Ini adalah keratan yang kedua.
27/02/2017 – Pokok ini kelihatan macam sakit sebab semua daunnya gugur. Hari ini bercadang untuk ubah pokok ini kedalam pasu felton yang lebih besar. Hampir kesemua akarnya telah repot. Sebab itu ia macam kurang sihat. Mungkin sebab pasu ni hanya ada 2 lubang sahaja . Hopefully lepas dapat rumah baru, ianya akan jadi lebih sihat dan berbuah dengan lebat.
Gambar pada 30/01/2016. Dah hampir 6 bulan pokok ni. Masih menunggu ia berbuah selepas survive musim tengkujoh. Hampir togel daunnya.
Gambar pada 30/10/2016. Dah besar pokok ni, tunggu berbuah pulak. Dah diberi baja Atilia..hopefully dia berbuah bulan November ni..
Gambar pada 2 Oktober 2016. Cepat membesar pokok ni . Sudah berhujan dan berpanas
Oleh kerana keratan ini agak mahal, saya begitu berhati-hati sewaktu menjaganya agar ia tidak mati. Siraman secara titisan dilakukan. Ini keadaan pokok pada 14 hb Sept 2016. Rasa macam tak percaya. Titisan air yang mengandungi campuran baja AB. Masih belum berani nak jemur tengah panas . Semoga ia terus hidup dengan sihat bagai jurara.
Menariknya keratan ini hidup dahulu dari T41. Tetapi apabila keratan dibuka dari penutupnya semua daunnya gugur kerana terperanjat dengan perubahan suhu yang mendadak. Sama seperti T41, ianya dipindahkan ke pasu pada 10 Sept 2016.
0 comments:
Post a Comment