Pokok ini dibeli dari Nursery sebelah nursery Pok Mat (next time kena tanya nama peniaga kat nursery ni. Saya selalu kesana sebab saya suka tanah campuran hitamnya yang saya gunakan untuk tanam pokok tin yang dijual (6 bungkus RM10.00). Nama nursery tersebut adalah RM Nusery. Asalnya kedai ini menyewa kemah untuk tempahan perkahwinan dan mereka masih menjalankan perniagaan tersebut disamping buat nursery. So kalau musim kenduri kahwin pekerja agak kurang dikedai dan selalunya tanah tiada kerana tiada pekerja yang buat .
7/05/2017 – Tuna dah mula bercambah dan satu dahan lagi dah mula nak keluar mata ketam tak sampai hati pulak nak potong . Kita biarkan je lah..
30/04/2017 – Tunas yang dicantumkan pada awal bulan dah pecah. Alhamdulillah secara rasminya pokok ini ada dua variety. BJ dan ?. Tak pelah as long as saya boleh makan buah yang berbeza . Nak potong cabang utama tapi nampak macam nak berbuah so saya biarkan jelah. Cabang utama adalah Black Jack. Rasanya dahan SRH tu. Nanti kita compare dengan daun dan buah SRH bila dia besar.
01/04/2017 – Pokok ini dah besar tapi tak berbuah. Ada dua dahan. Hari ini salah satu dari dahannya saya buat grafting V dengan pucuk yang dibawa oleh Zura. Belajar grafting .
27/11/2016 – Salah satu dari anak tut pokok yang dah stabil ditanam dalam pasu ni. Semoga ianya membesar dengan sihat. Sedih tapi begitulah lumrah alam.
25/11/2016 – Pokok ini tidak bertahan selepas semua tutnya dipotong. Mungkin kerana musim hujan, pasu dan medium tidak terlus air. Medium basah. Tanah dikeluarkan, bahagian bawah pasu ditebuk (lubang ada dua je patutlah air bertakung).
Gambar pada 30/10/2016 – Tut-tut telah dipotong. Dah tak ada cabang. Satu tut tak menjadi, Saya ada 10 anak pokok Black Jack now. Cuma masalah sekarang, macamana nak buat supaya pucuk baru boleh keluar.
Diantara tut dan cutting dari pokok ini yang telah dipindahkan ke polybag
Yang ni tunggu daunnya stabil sikit lagi sebelum dipindahkan ke polybag. Total semua ada dalam 10 anak pokok. Alhamdulillah. Betullah kata sifu, kebarangkalian untuk tut hidup adalah lebih tinggi dari cutting.
Gambar pokok pada 2 hb Oktober . Ada 9 tut bertingkat. Minggu ni (6/10) batch pertama dalam 4 tut akan dipotong untuk diletakkan dalam polybag. Dah berakar. Oklah untuk belajar buat tut .
Update 2/10/2016 - Ehm, cara hydroponik seperti ini tak berapa ok, semua pokok mati .
Tut dari dahan ketiga. Nak experiment tanam keratan secara hydroponik.
Pokok pada 14 Sept dah ada 3 tut. Terpaksa diikat pada pokok kelapa agar dahan tidak patah. Macam kelakar je tut saya tu. Saya budak baru belajar
Pokok ni dah besar dan berbuah. Sayangnya tidak terjaga kerana peniaga tersebut tidak berminat dengan pokok tin. Beliau hanya nak lepaskan pokok ini untuk mendapatkan ruang untuk pokok lain. Bagai disorong bantal, Saya beli (menggunakan bonus korperasi 2016) untuk ditanam keratan dan belajar buat tut. Pokok ada 3 dahan yang telah matang. 1 dahan saya potong untuk tanam keratan dan 2 dahan lagi nak belajar buat tut. Pokok dibeli pada 10 Sept 2016. Beria bawa balik dengan Atos. kelakar pulak .
0 comments:
Post a Comment