Saturday, June 30, 2012
Thursday, June 21, 2012
Musim Durian..
Sukanya dia nak tolong mama buka buah durian….Haqim dan emak nak makan durian. Katanya durian dari Muar. So saya pun beli 2 longgok. 1 biji emak makan, 1 biji Haqim makan and these are the rest
Satu mangkuk durian yang sedikit keras. So saya buat pengat durian ini.
And this is the true reason kenapa saya beli durian-durian tersebut – untuk buat tempoyak. Hopefully dalam masa 2 hari ianya ready untuk dimasak bersama ikan baung.
Not bad, lepas di gaul dengan garam. Saya dapat 1 balang besar ni
Which is better than buying tempoyak yang dijual dikedai. Satu bekas kecil RM3.00 dan yang besar RM5.00. Tempoyak yang dijual biasanya agak masin dan sudah di blend. So structurenya terlalu halus tak sedap untuk dimasak.
Tempoyak anyone?
Wednesday, June 20, 2012
Sakit Telinga ..
“Mama, Haqim rasa ada haiwan warna putih dalam telinga mama “.
“OMG”
“Doktor, sure tak ada serangga dalam telinga saya?”
“Tiada, tapi dah kena infection, saya beri ubat titik, ubat tahan sakit dan antibiotik. Make sure habiskan antibiotik..”
“Kak Long..sorry, saya tak tahu saya cakap kuat atau perlahan sebab suara saya bergema kat telinga”.
“Sakit nya telinga ni, makin sakit lepas bubuh ubat “
“Ubat dah habis, tapi telinga makin sakit”
“Doktor, sure tak ada serangga dalam telinga saya? Dah habis ubat saya makan tapi telinga makin sakit”
“Tiada, tapi dah bengkak dekat gegendang, saya beri ubat titik yang kuat sikit and ubat tahan sakit”
“Emak tolong bubuh ubat titik ni banyak sikit, telinga sakit sangat”
“Haqm jangan cakap kuat sangat, jangan buka tv kuat sangat, sakit telinga mama dengar..”
“OMG..what is this?..Ohhh ada piras rupanya dalam telinga saya. Sebab tu sakitnya ..besar juga serangga ni. Macamana dua orang doktor tak boleh identify serangga yang besar ni. Mungkin juga kerana warnanya yang hampir serupa dengan warna nanah.”
“Alhamdulillah..telinga dah tak berdenyut dan pendengaran telah kembali seperti sediakala”
“Pengajarannya- Betapa besarnya kekuasaan Allah, haiwan yang kecil telah menyebabkan ketidakselesaan selama 2 minggu. Kadangkala kita tidak perasan nikmat yang Allah berikan sehinggalah di duga oleh Allah. Nasib baik ianya bersifat sementara. Kini saya memahami kesakitan yang dialami oleh mereka yang sakit telinga. Teringat suatu masa dulu Haqim mengalami perkara yang sama. Waktu itu saya tidak begitu memahami tapi kita saya faham bertapa pentingnya pendangaran kepada kita. Allahu Akbar…
Selamat Hari Bapa
Bahagian luar kad yang dijahit sewaktu trip ke Vietnam.
Bahagian dalam kad yang di buat oleh Haqim sehari sebelum hari bapa pada 16 Jun yang lepas.
Wajah gembira seorang bapa menerima kad pada hari bapa…..
Thursday, June 14, 2012
A visit to Ho Chi Min City (Saigon)– the last day
Hajat dihati mahu ke satu lagi market yang dikenali sebagai Chợ Bình Tây di ChinaTown. Tapi sewaktu breakfast, kami berbual dengan beberapa pelancong yang telah kesana dan tidak menggalakkan kami kesana kerana suasana yang sesak, panas dan kebanyakkan pekedai tidak boleh berbahasa English. Rewa pula berjanji untuk membawa beberapa pelawat ke kedai Jubah semalam. So kami mengambil keputusan untuk melawat-lawat disekitar kawasan tempat tinggal kami. Kami berjumpa dengan sebuah lagi butik yang menyediakan baju-baju untuk dihantar ke Malaysia. Lihatlah corak-corak manik ni Cantiknya. Kalau ada ruang lagi dalam bag pasti mengikut sehelai dua :) . Tak apalah next time…
Rewa juga berjumpa dengan Odi, seorang rakyat Malaysia yang menetap di sini. Hopefully in the future, mungkin ada business patner disini. I guest rezeki Kak Long.
Salah satu butik kegemaran Rewa. Maya nama adik ini yang baru berusia 19 tahun tapi petah berniaga.
Kami bertolak balik jam 6 petang dari hotel dan tiba dalam pukul 6.45 di airport. Tiba awal membolehkan kami menimbang bag sebelum kounter dibuka. Kami dimaklumkan carry on luggage juga perlu ditimbang. (Nasib baik timbang dan arrange balik barang kerana memang petugas tu meminta carry on luggage untuk ditimbang)
Kami bernasib baik kerana di LCCT, kami berjalan dibelakang pengunjung yang baru balik dari China dengan barang-barang yang banyak. So kastam memberikan tumpuan lebih kepada mereka walaupun meminta agar kami scan beg kami. Alhamdulillah
Inilah barang-barang yang sempat saya beli sepanjang 4 hari di Vietnam
Dan yang paling saya suka ialah baju ini yang siap dalam masa less than 24 hours dengan harga RM100.00 dari kedai Chantek. (RM 110.00 kalau ada batu-batu – tapi rasa macam tak terpakai baju blink-blink he he he )
Terima kasih Kak Long kerana sudi mengajak saya ke Vietnam. Saya enjoy the journey very much. Semoga cita-cita Kak Lang menjadi kenyataan.
Terima kasih kepada otai-otai yang berkongsi pengalaman di forum cari.com. Banyak perkara yang saya pelajari dan boleh dipraktikkan disini.
Pesan saya kepada mereka yang hendak kesana, tegurlah pengunjung-pengunjung dari Malaysia kerana banyak perkara yang boleh dikongsikan bersama untuk kebaikan semua. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bersama dalam trip ini walaupun pengenalan kita singkat tapi ianya begitu bererti. Melihat kehidupan penduduk di Vietnam menginsafkan saya betapa bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia. Panjang umur, murah rezeki insyaAllah saya akan datang lagi.
A visit to Ho Chi Min City (Saigon)–Day 3
Shopping shopping from morning till dawn :) . Actually lebih kepada window shopping. Pagi ni kami berhajat ke Taka Plaza dan Saigon Square yang khabarnya banyak menjual baju kanak-kanak dan peralatan/pakaian sukan. Hajat dihati nak beli beberapa seluar sukan untuk Haqim dan kasut sukannya. Dah dua hari Haqim merayu nak kasut Nike or Adidas.
Kedai Rokiah di Taka Plaza. Mahal sedikit tapi ada saiz XXXL yang saya kira sama dengan saiz XL di Malaysia. Berhati-hati sewaktu berbelanja di sini kerana saiz bajunya kecil dari di Malaysia.
Pemandangan di Saigon Square
On the way balik kami jumpa kedai ini yang tersembunyi sedikit dari kedai-kedai lain yang sedang menguruskan penghantaran ke Malaysia. Jubah-jubah yang dijual disini murah sangat. A must visit place for the next visit to Vietnam.
Koleksi majalah Nona, Keluarga dll dari Malaysia yang kami jumpa disalah sebuah butik. Ehm, no wonder they are well equip dengan fashion semasa di Malaysia.
Laluan dari Taka Plaza ke Ben Thanh.
Sebelah malam kami menggunakan masa untuk berjalan disepanjang pasar malam untuk membeli cenderamata kecil seperti magnet petisejuk dan tshirt Vietnam. Ehm menjelang malam, bag saya dah sampai limit yang dibenarkan 25 kilo. Dah tak boleh shopping lagi esok. Tapi nak juga tempah baju diVietnam seperti pengunjung-pengunjung yang lain. Puas memujuk at last jam 10 malam Happy di kedai Chantek menerima tempahan jubah kami yang akan siap jam 4 petang esok. InsyaAllah.
A visit to Ho Chi Min City (Saigon ) – Day 2
Salah satu tempat menarik di Saigon ialah Sungai Mekong. Kami berhajat untuk naik sampan menyusuri sungai sempit disini. So kami booking dari pekerja hotel a 1 day tour ke Sungai Mekong (about US15.00). Ada satu tour lagi yang juga pergi ke Floating Market (US19.00) Kami overlook the pamphlet. Bas tiba lebih kurang pukul 8 pagi. Kami dibawa ke satu tempat dimana kami dibahagi-bahagi kepada beberapa kumpulan bergantung kepada package yang kami pilih. Perjalanan ke Sungai Mekong mengambil masa 2 jam. Suspense jalan di bandar Saigon yang penuh dengan motor-motor disepanjang jalan. Hanya mereka yang benar-benar kaya dapat beli kereta. Disini tiada car park tapi banyak parking untuk motor :) . Sepanjang perjalanan, terlampar luas sawah-sawah padi. Yang menariknya, terdapat kubur kaum kerabat tuan tanah di tengah-tengah sawah. Seem like disini tiada kawasan kubur berpusat. Mayat akan dibakar atau ditanam ditanah milik mereka.
Selepas 2 jam perjalanan kami tiba dijeti Sungai Mekong. Barang-barang dijeti ini jauh lebih murah dari di HCMC. Kami ingat nak beli waktu balik tapi tak sempat kerana kami perlu mengejar masa.
Terdapat beberapa pulau disini yang kami lawati.
Ini adalah pemandu pelancong kami yang ramah Tham namnya.
Tertarik dengan bunga pokok ni yang kalau di Malaysia tak sempat kembang pasti dah jadi ramuan laksa….
Embroidery adalah salah satu industri yang utama di Vietnam. Balik nanti nak tempah tempat embroidery ni.
Di kawasan pembelaan lebah madu.
At last sampai juga hajat menyusuri anak sungai yang sempit ni. Terharu dengan pengayuh sampan yang terdiri dari kaum wanita. ( Saya rasa sengaja diberikan kepada kaum wanita untuk mendapat tips yang lebih.. )
Diantara kedai barang cenderahati dan kedai buah disini. Teknologi pertanian disini lebih canggih di Malaysia. Buah-buahnya lebih besar dan pokok-pokok bongsainya amat cantik. Seronok tengok beranda rumah-rumah flat yang tinggi-tinggi ada pokok yang besar-besar. Sempat beli buah mata kuching yang besar (US 2.00 sekilo setengah) dan ciku yang besar-besar tu (US 1.00) sekilo. Mangga juga murah (US 2.00) dapat 4 biji yang besar-besar dan manis.
Teuja dengan corak jagung ni…
Ehmm A nice trip.. Okaylah untuk melegakan fikiran dan menyaksikan cara kehidupan orang-orang Vietnam. Tourism di Vietnam telah menjadi industri terancang yang bertujuan agar pelancong berbelanja sebanyak mungkin disini. Ehm teringat akan suasana yang serupa di Beijing. Malaysian should learn from them how to improve the tourism industry….