Sebelum balik, pukul 9 kami ke Padang Abang untuk membeli cenderhati buat insan-insan yang kami sayangi di Malaysia (Yati, Kak Tih beli baju untuk yati).Hari ini kami merasai suasana kehidupan di bandar Jakarta. Yang paling ketara ialah kesesakan lalu lintasnya. Saya rasa 8 dari 10 kereta dijalanraya adalah MPV atau kenderaan perniagaan. Selebihnya penganggkutan utamanya adalah kenderaan yang dikenali sebagai tot tot atau motorsikal. Bagi saya ia menunjukkan jurang diantara golongan berada dan golongan tidak berada begitu jauh.
Kali ini saya lebih bersedia dengan keadan kesesakan lalu lintas but I am not prepared with the extend of the mass. Alhamdulillah kesimpulannya, seteruk-teruk jam kat Malaysia tidak sehebat jam di Jakarta :). Seronok shoping kat sini, memang barang-barang disini jauh lebih murah di Malaysia. Dengan harga dan pilihan yang pelbagai, no wonder ramai rakyat Malaysia yang kesini.
Sebelum balik, kami singgah makan di Restoran Nasi Padang berhampiran airport. Cantik tempat ni.
Terima kasih kepada Rewa dan lain-lain yang sudi mengajak saya bersama trip ini. Banyak perkara mengenai kehidupan yang saya pelajari. Yang pastinya, ia mengukuhkan lagi pandangan saya yang bumi Malaysia jauh lebih hijau dari Indonesia dan saya amat bersyukur diatas limpahan tersebut. Saya seronok dapat bersama trip ini cuma mungkin dah berumur, jadi balik demam dua hari :).. ha ha… Next time gi trip ajak kak la lagi okay…
0 comments:
Post a Comment