Wednesday, June 30, 2010

Jakarta 1

The trip had been planned for more than 2 months. Hari ini jam 4:50 pm kami bertolak ke Jakarta dgn menggunakan perkhidmatan KLM. OK service airline ini walaupun fare yg kami bayar lebih kurang RM300.00, disediakan hidangan makanan yang not bad. Mee goring waktu pergi dan nasi beriani waktu balik. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Waktu di Indonesia lewat 1 jam dari waktu di Malaysia. Ketibaan kami disambut oleh Pak Saman (agent dari hotel). Terasa bezanya servis di tempat orang bila proses immigration mengambil masa yang lama, begitu juga hampir 1 jam menunggu untuk mendapatkan beg kami.

IMG_1027
Mula terasa bahang kesesakan jalan diJakarta apabila pemandu yang sepatutnya mengambil kami tersekat lebih dari satu jam untuk keluar dari parking diairport. Nevertheless food for dinner mengembirakan kami. Sedap masakan ketam (yang dikenali sebagai keritip) masak lada hitam. Kali pertama juga saya jumpa petai goring.

IMG_1040

Terperanjat masa bakul ni mula-mula sampai, rupanya tempat serve nasi :).

IMG_1041 
Terkenangkan kerenah kami beli top up menyebabkan saya senyum sendiri. Nasib baik pekedai dan Pak Ikun (pemandu ) memahami. Masalah utama kami adalah menyesuaikan diri dengan mata wang Indonesia yang kiraannya menggunakan ribuan dan jutaan rupiah.

IMG_1043
Beberapa masalah dgn bilik tapi alhamdulillah by 12:00 kami dah berada dalam bilik di Hotel Cempaka . What a day!!!!!

0 comments:

Post a Comment