Kami bertolak keBandung lebih kurang pukul 8:30 pagi dalam keadaan ceria, walaupun cuaca agar mendung dengan hujan renyai-renyai. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam memberi kesempatan kepada kami untuk melihat kehidupan rakyat Indonesia. Sedih melihatkan kediaman majoriti penduduk yang begitu kecil dan tidak begitu sempurna. Teringat saya pada suasana yang digambarkan dalam cerita Malim Kundang :). Nevertheless permandangan penanaman padi disekeliling bukit cantik sekali.Suhu disini nyaman seperti diGenting, tetapi kesesakan japan raya is really bad.
Tempat pertama yang kami singgah ialah Rumah Moda yang menjual barangan bayi dan kanak kanak serta pakaian wanita. Tidak banyak yang saya boleh beli disini walaupun harga barangannya murah since anak saya dah besar. Malah masa saya banyak digunakan utk menikmati landscape yang menarik terutamanya ikan-ikan kap yang besar dan berbagai warna.
Mencuba bakso disalah sebuah gerai di sini. Eh.. rasanya bakso di Malaysia telah diasimilasikan dengan rasa penduduk Malaysia. Bakso disini begitu ringkas sekali. Hmm..Ikan salai kejunya sedap..
Konsep perniagaan disini sama seperti di Bangsar dimana rumah banglo diubah menjadi ruang perniagaan. Perhentian kedua kami ialah di Grandis yang sama konsep dengan Rumah Moda tetapi dengan harga yang slightly mahal. Kami kemudian berhenti di Heritage yang saya Kira lebih banyak barang ditawarkan. Banyak juga saya habis disini:)
Barangan disini boleh tahan harganya berbanding dengan di Malaysia tapi yang menarik perhatian saya ialah peminta peminta sedekah yang kebanyakkannya anak anak kecil yang akan mengekori kita keluar dari kedai menuju kereta. ( Kami dinasihatkan untuk tidak memberi wang kerana nanti lebih ramai yang akan mengikuri kita dan takut mereka bertindak agresif). Selain dari itu saya juga tertarik dengan landscape kedai yang hampir kesemuanya menggunakan kolam ikan kap yang berbagai-bagai warna dan saiz.
Hampir jam 6 malam baru kami bertolak balik ke Jakarta dan sekali lag kami terperangkap dengan kesesakan japan raya. Hampir jam 12 malam baru sampan bilik. Penatnya... Maybe the age is catching with me faster than what I anticipate..
0 comments:
Post a Comment