Sunday, May 16, 2010

Taklimat penerima biasiswa 2010

IMG_0849 Semalam 15/5/2009, saya diminta untuk menghadiri taklimat biasiswa kepada semua penerima biasiswa UiTM. Satu sesi yang amat bagus yang memberikan perangsang dan semangat untuk penerima-penerima biasiswa bagi meneruskan pengajian di peringkat PhD. Dr Zaharah, Prof Dr Azni, dan En Hussien (KPT) begitu bersemangat dan teruja sekali memberikan taklimat dengan contoh-contoh pengalaman mereka bersama penerima-penerima biasiswa yang lepas. Mungkin ramai yang tidak perasaan, jumlah biasiswa yang dibelanjakan begitu tinggi sekali. Contohnya untuk menaja pelajar ke UK, jumlahnya melebihi RM 1 juta ringgit. Wow boleh bina satu sekolah. No wonderlah Datuk VC begitu hampa bila ada pelajar yang ditaja tak habis. (minta-minta janganlah nanti saya tergolong dalam kumpulan ini—amin)

IMG_0848

Semalam juga saya berada bersama penyarah-pensyarah muda yang rata-ratanya masih dalam 20 an atau 30 an yang bertuah kerana mereka mendapat peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD dalam usia yang masih muda atas dasar Brain15 kerajaan. Namun demikian sedikit terharu mendengarkan perbualan dan persoalan yang mereka keutarakan yang lebih bersifat materialistik sehingga pencermah mengemukakan persoalan, kenapakan anda meneruskan pengajian anda. Satu perjalanan yang tidak mudah tetapi telah banyak mengubah nilai dalam hidup saya. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan saya yang seterusnya untuk agama, keluarga, bangsa dan negara…

0 comments:

Post a Comment