Diantara perkara yang amat kami takuti bila buat rumah atas tanah ialah anai-anai. After 10 years, lantai rumah sudah mula merekah dan akhirnya, bilik belakang menjadi sasaran mereka juga. Nasib baik Mak Da datang dan perasan masalah ini sebelum ianya melarat keserata rumah.
Rak buku dan novel serta majalah terpaksa dibuang (sayang novel-novel saya ):.
Ini adalah bahagian belakang almari yang menjadi habitat mereka
Ini pula bahagian bawah almari yang telah pun hancur. Begitu juga dengan sebahagian besar dari lantai papan yang kami pasang.
Mungkin salah kami juga melambat-lambatkan perlaksanaan pest control. Mahal juga kos yang kami tanggung but it is better dari kos kalau satu rumah kena serang oleh mereka nanti. Terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus untuk mengalihkan barang-barang, menebuk lubang setiap 1.5 kaki disetiap dinding dalam dan luar rumah untuk dimasukkan racun. Begitu juga dengan aktiviti menyembur racun disetiap inci kawasan rumah dan pagar serta dalam siling rumah kami.
Hopefully in the future tak adalah lagi serangan anai-anai kat rumah kami…
0 comments:
Post a Comment