Sememang nya tugas ibu bapa memerlukan kita untuk give and take. Ada masanya kita bertegas, ada masanya kita beri mereka kasih dan sayang. Sudah seminggu Haqim merengek untuk dibelikan layang-layang. In fact, umpan inilah yang saya gunakan untuk memujuk beliau pergi qiam pada hari khamis lepas.
Akhirnya saya mengalah dan membelikan juga beliau layang-layang tersebut. Terperanjat bila harga layang-layang tu RM25.00. Sudah berlalukah zaman dimana harga layang-layang baru RM1.50 satu. Tapi kerana anak dan melihat kepada kesungguhan penjual yang menunjukkan walaupun mahal tapi layang-layang tersebut stabil dan senang untuk dinaikkan (siap demo lagi).
So for the past few days, masa petang saya dihabiskan bersama Haqim dan layang-layangnya di tepi pantai. Mungkin pada sesetengah orang menganggap ianya membuang masa, tetapi bagi saya inilah diantara masa yang ingin saya rakamkan difikiran saya. Melihat kegembiraannya untuk ketepi pantai dan kesungguhannya menaikkan layang-layang tersebut, amat bernilai dan masa tersebut pastinya tidak akan berulang lagi. Cepat sekali masa berlalu. Saya tahu dia hanya akan menggemarinya untuk beberapa hari, but it is worth it.
Sempat juga bergambar bersama emak dan keluarga Kak Jamal yang datang dari Johor.
0 comments:
Post a Comment