Wednesday, May 12, 2010

Hari Ibu…

IMG_0840

Inilah emak saya yang kini berusia 66 tahun. Dah setahun setengah, emak berada dibawah jagaan saya. Emak yang banyak mendidik saya walaupun pada mulanya saya tidak begitu menghargainya. Dilahirkan sebagai seorang anak perempuan bersama 3 adik beradik lelaki menyebabkan kerja rumah semuanya diserahkan kepada saya. Sikap emak yang suka berleter ditambah dengan sikap garang ayah menyebabkan saya lebih banyak berada disekolah dari dirumah. Saya masih ingat sewaktu cuti sekolah, sayalah yang terlebih dahulu volunteer sekiranya ada aktiviti sukan atau kem supaya tidak perlu balik kerumah pada waktu cuti. Berada disekolah berasrama pernuh dari tingkatan 1, kemudian terus keuniversiti, menyebabkan masa bersama keluarga begitu terhad dan kesannya sehingga kini kami sekeluarga tidak serapat keluarga-keluarga yang lain. (Satu keadaan yang saya tidak mahu berlaku kepada Haqim)

Apabila Haqim wujud dalam hidup saya, barulah saya memahami kasih ibu dan ayah. Barulah saya faham, mereka bersikap tegas kerana mahukan kami berjaya dan atas tekanan hidup pada masa itu. Alhamdulillah, Allah beri peluang kedua kepada saya untuk bersama emak. Benarlah kata pujangga, sumber rezeki itu berada pada ibu bapa dan anak yatim. Semenjak emak tinggal dengan kami, Alhamdulillah rezeki kami sentiasa ada. Disamping itu, emaklah yang banyak membantu saya dirumah. Katanya untuk exercise, tapi saya tahu, dia kasihankan saya nak buat berbagai kerja-kerja rumah dan pejabat. Masa bersama emak kini amat saya hargai kerana saya tahu masa tersebut mungkin tidak akan kembali dan emak akan sentiasa berada bersama saya dalam apa keadaan jua walaupun beliu memahami yang ada ketikanya saya perlu mendahulukan keluarga.

IMG_0838 Saya sediakan alas sembahyang (seperti yang emak minta) ini dalam masa seminggu untuk menghargai hari ibu. Semoga emak sihat sejahtera dan gembira tinggal bersama kami. Terima kasih emak…

0 comments:

Post a Comment