Tuesday, October 28, 2008

Mesin basuh baru



Sewaktu berkahwin dahulu (nostalgia sikit), rumah kami penuh dengan barang-barang yang dicantumkan dari 2 buah rumah :). Ada diantaranya yang masih digunakan sehingga hari ini. Salah satu darinya ialah mesin basuh abah yang dah berusia 15 tahun. At last beberapa hari lalu, ia juga mengalah mungkin kerana faktor usia dan terpaksa diganti dengan yang baru.

Oleh kerana mesin basuh adalah salah satu alat keperluan, kami tak tunggu lama untuk menggantikannya dengan baru (tak worth untuk repair, rasanya spare partnya pun dah tak ada lagi). Memang banyak pilihan, tak tahu mana satu yang nak dibeli. Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah cara jurujual (seorang china) tersebut menerangkan fungsi mesin-mesin basuh yang ada-" yang ini ada flow air lalu untuk basuh baju sembahyang". Ehmm sehingga ketahap itu pengetahuannya bagi memastikan barangan dijual. Hopefully mesin baru ini juga boleh bertahan seperti mesin yang lama...

ps.. hubby dah mula tengok dryer dan peti sejuk pula....

0 comments:

Post a Comment