Wednesday, October 29, 2008

Berkursus di Shah Alam

Hari ini, saya menghadiri kursus Postgraduate Supervision and Thesis Evaluation di Shah Alam. A very interesting course. Tengahari sempat juga ke library untuk cari buku and artikel. Petang lepas kursus, kami menemankan Mazidah ke UKM untuk berjumpa supervisornya. Inilah kali pertama saya ke UKM. Sempat juga makan sate di Kedai Sate Samuji di Kajang sebelum ke Alamanda untuk beli flash drive untuk back up data. What a day...letihnya...

Tuesday, October 28, 2008

Mesin basuh baru



Sewaktu berkahwin dahulu (nostalgia sikit), rumah kami penuh dengan barang-barang yang dicantumkan dari 2 buah rumah :). Ada diantaranya yang masih digunakan sehingga hari ini. Salah satu darinya ialah mesin basuh abah yang dah berusia 15 tahun. At last beberapa hari lalu, ia juga mengalah mungkin kerana faktor usia dan terpaksa diganti dengan yang baru.

Oleh kerana mesin basuh adalah salah satu alat keperluan, kami tak tunggu lama untuk menggantikannya dengan baru (tak worth untuk repair, rasanya spare partnya pun dah tak ada lagi). Memang banyak pilihan, tak tahu mana satu yang nak dibeli. Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah cara jurujual (seorang china) tersebut menerangkan fungsi mesin-mesin basuh yang ada-" yang ini ada flow air lalu untuk basuh baju sembahyang". Ehmm sehingga ketahap itu pengetahuannya bagi memastikan barangan dijual. Hopefully mesin baru ini juga boleh bertahan seperti mesin yang lama...

ps.. hubby dah mula tengok dryer dan peti sejuk pula....

lawatan jpp ke rumah


Hari sabtu (26/10), hubby menjemput jawatankuasa kolej ke rumah. Sebagaimana biasa, nasi tomato, spagethi dan caramel pudding disediakan untuk mereka. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah sukarnya saya nak mengagak berapa banyak nak masak kerana mereka tak confirm berapa ramai yang nak datang.

At the end about 15 of them come tapi saya masak agak banyak juga. So next time, kalau kita dijemput, maklumlah samada nak datang atau tidak bagi memudahkan tuan rumah menyediakan makanan.

Satu tips yang saya dapat, periuk nasi besar yang kami guna tu boleh memasak untuk 14 cawan beras which is for about 30 - 40 people. Kami guna beras Faizah yang sukatan berasnya cawan air untuk satu cawan beras. Untuk beras Jati (batik) pula 1.5 cawan air untuk satu cawan beras.

Thursday, October 23, 2008

Jamuan kelas CSC125 di KFC

Hari ini saya menerima jemputan dari pelajar-pelajar CSC125 yang meraikan hari terakhir kelas di KFC hasil dari kutipan denda kerana tidak menghabiskan latihan dalam buku latihan :).

Perkara pertama yang saya perasan ialah, keadaannya seperti emak bawa anak ke KFC. Mereka kelihatan begitu gembira.

Perkara kedua yang kembali ke fikiran saya ialah kali terakhir saya makan ramai-ramai di KFC adalah sewaktu rakan-rakan meraikan perpindahan saya dari EPF ke ITM (that was 16 years ago !!!!!!)

Perkara ketiga yang menarik pemerhatian saya ialah kebanyakan pelajar ada telefon berkamera with a flash. Wow terasa ketinggalan pula saya ni...

Any way, semangat sebagai satu pasukan mereka kuat. Itu yang saya suka. semoga ianya berkekalan sehingga ke semester yang terakhir.

Good luck on the final exam. Here are some of the pictures that they snapped using my iphone. Can someone give me the picture with the guys group. Seem like this picture is missing from my camera.



Tuesday, October 21, 2008

Incult 2008

Petang 19hb October, bersama kak mi, mazidah, kak ee dan ti, kami ke Shah Alam untuk menghadiri the 4th International Conference on University of Learning and Teaching di Hotel Concore Hotel dengan tema Transforming Learning and Teaching towards International Practices organized by ACRULeT and University of Hartfordshire. Several speakers get my attention such as


  • Prof Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohari, the director general, Department of Higher Education, Ministry of Higher Education, whom explained about the Learning Cycle and the Attributes of successful Learners. --> boleh invide ke Terengganu for the next forum with the lecturers.

  • Mohammad Nure Alam Siddique, whom come out with a new way of reporting his experience as learners and lecturers in a paper Becoming a reflective and metacognitive learner and a constructivist-reflective practitioners: A teacher education's naratives

  • Sarjit Kaur which execute a qualitative studies on her students perceptions on learning. Her paper trigger a research project about the perception of UiTMT students on their learning environment.

  • Dianne Cheong Lee Mei papers on the use of wikis in her classroom to brainstorm a particular topics.

The second day starts with a plenary Sessions for speakers. Beberapa perkara seperti penetapan KPI dan feedback dibincangkan. Namun kenyataan berikut dari Prof Dato' Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid menarik perhatian saya:


"UiTM hold the highest rate of employed graduates because it is a teaching university. If the focus is now switch to research university, the future of it's graduates is in question"


"The quality of a lecturer goes beyond KPI. The soul of a true teacher made him/her stand out from the rest"


Seminar ini membuka mata saya tentang beberapa perkara mengenai pengajaran dan pembelajaran disamping menambah jaringan rakan-rakan. Terima kasih pihak pengurusan yang memberi ruang untuk kami menghadiri program ini.

Sunday, October 19, 2008

Finalis AKNC

Dari petang semalam (18/10) kami merangka strategi dan power point persembahan tuan pengarah untuk dipersembahkan di pusingan akhir perbentangan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC). Inilah yang kami tungu-tunggu sebagai penutup khidmat kami sebelum kami cuti belajar. So pagi ini diadakan sesi bergambar bersama staf dan pelajar bagi memperlihatkan gerakan kualiti adalah gerakan satu kampus bukannya oleh AJK Unit Kualiti sahaja. Di sepanjang pagi ini, saya menelefon berbagai-bagai unit bagi mendapatkan maklumat terperinci dan gambar aktiviti bagi menguatkan lagi persembahan yang akan dipaparkan. Ehmm.. beberapa pengajaran yang saya pelajari hari ini. Diantaranya




  • tiada satu kaedah untuk mengumpul maklumat aktiviti-aktiviti dan anugerah-anugerah yang kita capai. Projek album aktiviti bulanan banyak membantu tetapi, kami tahu masih banyak lagi aktiviti yang boleh dilaporkan;



  • adakah budaya orang melayu yang tidak mahu sesuatu kebaikan itu diwarwarkan menyebabkan saya sukar mendapat maklumbalas dari staf sedangkan apa yang ingin kita lakukan ialah mengiktiraf usaha mereka. Mungkin budaya ini perlu diubah kerana kelihatannya kita tidak akan pergi jauh sekiranya kita terlalu merendah diri.



Semoga berjaya buat Kak Azmi dan rakan-rakan semua...

Friday, October 17, 2008

biskut balak

Sudah lama saya tak jumpa biskut ini. Kebetulan sebelum datang ke rumah, emak balik kampung di Asahan dan Air Kuning dan beli biskut ini yang hanya ada dijual di Nyalas. Biskut yang dulunya dikenali sebagai biskut balak, mengimbas kembali kenangan sewaktu ayah masih ada. Inilah biskut yang kami akan cicah dengan air kopi O panas waktu petang-petang dibawah pokok kelapa. Time flies.. Terima kasih emak dan yati yang belikan biskut ini yang hadir bersama kenagan semalam...


Lagi gambar raya

Terima kasih kepada rakan-rakan dan saudara-mara yang sudi keteratak kami semasa musim raya kali ini. Diantaranya adalah Ni dan Rasdin serta anak-anaknya

Azmi dan keluarga. Turut sekali emak yang datang bersama Yati pada hari raya kedua dan ketiga. Termakbul doa saya untuk berjumpa dengan emak pada hari raya ni.
Kak Maznah yang datang bersama keluarga besarnya - 3 kereta..
Hisyam dan Ta yang datang bersama anak-anaknya
Ta (isteri Azrin) dengan ahli baru dalam keluarganya.

dan yang lain-lain seperti Lan dan keluarga, Jeff dan isteri, ahli-ahli keluarga iLQaM dan isteri, Dah dan Rashid serta yang lain-lain yang tidak dapat saya tulis disini.

Wednesday, October 15, 2008

Kali pertama main Bowling :)



Salah satu dari kelebihan berkursus adalah mengiratkan hubungan bersama rakan sekerja. So malam kedua, sebagai hadiah diatas kerja-kerja yang kami hasilkan, boss mengajak kami bermain bowling. Bagi tidak menghampakan rakan-rakan yang lain, saya turut serta sebagai permerhati (niatnya). Tak sangka pula bila tiba disana nama telah tersenarai sebagai permain. Semangat berpasukan, cuba jugalah baling bola tu. Okay juga main bowling ni. Rasanya dah lama tak gelak bersama rakan-rakan yang lain. Walaupun dengan berbaju kurung, mereka masih sporting untuk baling bola tu. Siapa sangka saya boleh mengalahkan kak ee and kak ana in the first game. Mahal juga game ni. RM12.00 untuk 2 frame.




Majlis BBQ iLQaM





Pada 6 Oktober, bersempena dengan Hari Raya, kami mengadakan majlis BBQ dirumah. Majlis juga diadakan bagi meraikan Firdaus dan Hasib yang meninggalkan kami untuk berkhidmat ditempat lain. Sekali sekala berkumpul ramai-ramai ni seronok juga. Yang menariknya majlis ini, ianya dihadiri oleh keluarga staf juga.


Gambar-gambar di Hari Raya






Sebagaimana biasa, sambutan hari raya ini meriah dalam keserderhanaan. Terima kasih kepada semua saudara mara dan rakan-rakan yang sudi hadir ke rumah. Berikut adalah kenangan-kenangan dihari raya ini.



Kegembiraan Haqim di Hari Raya








Bengkel Perancangan Strategik Latihan Pensyarah di TER



Dari 12 ke 14 Oktober, kami berkampung di TER untuk merancang latihan-latihan pensyarah bagi tahun 2009. Inilah kali pertama saya menguruskan event yang besar di Hotel dimana melibatkan amanat dari Dato' VC. Satu pengalaman yang menarik. Beberapa pengajaran baru saya hadapi di program tersebut. Diantaranya
a) next time saya perlu pastikan quotation hotel yang diberikan adalah yang benar-benar finalize dengan jumlah yang perlu dibayar instead of charge for a person. Ini akan memudahkan saya buat LO.
b)saya juga perlu memastikan meja VIP perlu ada samada ada VIP atau tidak.

Overall program ini berjaya menghasilkan output yang diinginkan. Hopefully next year lebih banyak program yang akan dibiayai oleh iLQaM Shah Alam. Rasanya inilah program besar terakhir sebelum saya meninggalkan iLQaM.

Tuesday, October 7, 2008

Kuih Cream Caramel

Untuk Yati sebelum kak tih terlupa

Bahan untuk Caramel
3/4 cawan gula
3/4 cawan air

Dimasak, sehingga gula hancur (kacau), biarkan pekat sehingga berubah ke warna perang, jangan terlalu gelap. Ratakan dalam loyang. Panaskan ketuhar ke suhu 200 F

Bahan untuk cream
6 biji telur
sedikit esen vanila
1/3 cawan gula
1 tin susu sejat
1.5 tin susu cair

Campur semua dalam blender dan blend sehingga sebati. Curah dalam loyang yang telah diletakkan caramel tadi. Bakar dalam bekas berisi air didalam ketuhar sehingga masak ( dalam 1 jam)

Thursday, October 2, 2008

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Maaf dipohon jika ada tersilap kata tersalah bicara.

Pengorbanan ibu dan ayah sehari sebelum raya

Sehari sebelum hari raya adalah adalah hari yang paling sibuk untuk seorang ibu/isteri. Seawal jam 8:30 pagi, kami mencari bahan-bahan untuk dimasak. Abah nak makan serunding ayam dan nasi tomato. On top of that sudah menjadi kelaziman, hari raya pasti ada ketupat dan sate. Nasib baik abah sudi nak tolong potong ayam dan cucuk sate.
Ramai diantara kita yang tidak perasan, menyediakan bahan memasak dan proses memasak itu mengambil masa yang banyak. Contohnya hampir sejam diperlukan untuk mengisi beras dalam daun ketupat dan hampir 4 jam untuk memasaknya. Memasak ketupat tidak memerlukan perhatian seperti memasak serunding ikan yang mengambil masa hampir 4 jam dan perlu dikacau sentiasa terutamanya 2 jam yang akhir.
Jam 5:00 petang, saya dah dapat merasakan perasaan ibu-ibu yang menyediakan juadah hari raya atas dasar kasih sayang bagi memastikan keluarga gembira dipagi raya. Terbayang saya ibu-ibu yang mempunyai lebih dari 5 orang anak. Betapa mereka mempunyai kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Sewajarnyalah mereka dihargai terutamanya di pagi raya.
Teringat saya suasana sewaktu beraya dengan emak dan ayah di Mersing dahulu. Salad telur dan lauk ikan baung, pasti akan diusahakan oleh ayah setiapkali saya balik ke kampung. Lemang, ketupat dan sup tulang mesti ada setiap kali hari raya. Benarlah kata pepatah, hargailah mereka selagi mereka masih ada. Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh ayah.