Sunday, February 17, 2013

Kuih Tako

20130217_204054

 

20130217_160254Ini adalah buah Sengkuang Cina atau dikenali sebagai water chest-nut. Rasanya sama dengan rasa sengkuang yang kita biasa makan, cuma lemak sedikit. Mungkin ramai yang tak tahu, ianya digunakan sebagai bahan dalam kuih tako. Yep hari ini teragak nak makan kuih tako disamping menghabiskan tepung hoen kwe yang telah berzaman saya beli tu. Resepi kuih ini saya ambil dari laman dapurIntan. Kat laman tu ditunjukkan sekali kaedah membuat kelongsong kuih ni.Saya tak ada daun pandan yang besar-besar tu so, kuih tako saya dok dalam bekas plastik Smile.

 

Okay ini adalah resepi kuih tako yang saya sediakan untuk 10 bekas plastik bulat yang kecil.

Bahan-bahan lapisan bawah

  • 4 sudu besar tepung hoen kwe putih
  • 21/2 cawan air
  • 2/3 cawan gula
  • sedikit pewarna hijau dan sedikit esen pandan
  • 3 biji sengkuang cina - di potong dadu kecil dan masukkan dalam bekas plastik

Kaedah -

  1. Campurkan tepung, air, esen, pewarna dan gula dalam kuali. gaul sebati.
  2. Masak sambil dikacau sehingga adunan pekat  dan meletup-letup.
  3. Masukkan adunan dalam bekas, biar sejuk seketika.

Bahan-bahan lapisan atas

  • 4 sudu besar tepung hoen kwe putih
  • 2/3 cawan santan pekat + 2 cawan air
  • sedikit garam

Kaedah -

  1. Campurkan semua bahan  dalam kuali. Gaul hingga sebati
  2. Masak sambil dikacau sehingga adunan pekat dan meletup-letup.
  3. Masukkan adunan dalam bekas.
  4. Sedap dimakan sewaktu sejuk.

20130217_204211

Penuh bekas ini dengan adunan Kuih Tako dan saya memerlukan masa untuk menghabiskan kuih dalam satu bekas. Next time saya rasa 1/2 kandungan bekas saja sudah mencukupi. (Actually saya hanya ada 10 bekas sahaja kat rumah masa buat kuih ni. Adunan ini boleh menghasilkan 10 – 18 bekas.) Selamat Mencuba…

Puding Roti

20130212_182629

Dr Mazidah pernah berpesan, “kalau you buat puding roti berilah I sedikit “, kuih yang ringkas dan mudah untuk dibuat, tapi ini adalah kali pertama saya masak puding ni. Saya suka rasanya, tapi sorry Maz, saya buat sedikit aje this time. InsyaAllah the next time saya buat lebih sedikit untuk Maz ye. Terdapat banyak resepi puding roti di Internet, saya terpikat dengan gambar puding roti dilaman Pn Marsita. So this is the resepi yang saya gunakan untuk menghasilkan puding roti dan sos vanilla ini.

Bahan-bahan

  • 10  keping roti
  • 300 ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar kismis
  • 1 sudu besar mentega – dicairkan
  • 1 sdt essen vanilla
  • Sedikit kacang – saya guna hazel nut yang ada dlm peti sejuk, ditumbuk sedikit.

Kaedah membuat

  1. Panaskan oven – 180 C (oven saya)
  2. Pukul telur dan gula seketika. Masukkan susu, mentega dan gaul rata.
  3. Masukkan kismis, essen vanilla, Kacau rata
  4. Griskan loyang atau acuan, carik-carikkan roti ke dalam acuan/loyang. Tuangkan adunan yang telah dipukul ke dalam roti sehingga ia meresap kedalam roti.
  5. Biarkan sebentar supaya adunan meresap dan sebati dengan roti.
  6. Tabur kacang atas adunan.
  7. Masak dalam oven hingga permukaannya kekuningan 20 minit menggunakan suhu bawah sahaja, 10 minit menggunakan suhu atas dan bawah.

Sos Vanilla

  • 1 sudu besar tepung custard
  • 1 cawan susu segar + 1 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus oren  (Sunquick)
  • 1 sb butter

Cara:

Campur dan kacau rata semua bahan di atas kecuali butter, dan masak atas api sederhana sehingga pekat. Pastikan kacau selalu. Bila dah pekat tutup api dan masukkan butter. Kacau lagi. Sedia di hidang bersama puding.

Kuih ini habis dalam masa 1 jam. sedap…

Talam Cendol

20130216_073909

20130216_121342Saya buat talam ini sebagai buah tangan ke majlis perkahwinan Faisal (Anak kak Faezah ) yang diadakan di Kuala Berang pada hari ini 16/2/2013. Kuih ini mendapat perhatian tetamu-tetamu yang berada didapur sehingga saya menyimpan beberapa potongan dalam peti sejuk untuk tuan rumah sebelum ianya kehabisan. Ehm sedap kuih ini yang resepinya saya ambil dari laman Rohah. Terima kasih. Untuk kali pertama juga saya menggunakan bekas 10 X 10 X 3 in bagi mengukus kuih ini. Bagi yang berminat untuk membuatnya, here is the resepi yang saya telah olah sedikit sebagai peringatan dimasa hadapan Smile.

Bahan-bahan bahagian bawah

  • 200gm tepung beras (11/2 cawan)
  • 1 kotak santan (200ml) + 500 ml air
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 150gm gula (1 cawan)
  • 1 tsp garam
  • sedikit minyak masak
  • 2-3 cawan cendol yang telah ditoskan air.

Kaedah membuat -

  1. Panaskan pengukus
  2. Sediakan loyang kukusan – sapu sedikit minyak masak dan alas dengan plastik. Sapu sedikit minyak masak lagi atas plastik.
  3. Masukkan santan dan air dalam blender. Masukkan bahan-bahan lain kecuali cendol. Blend adunan.
  4. Masak adunan sebentar dalam periuk sehinggan naik wap.
  5. Masukkan cendol dan kacau rata.
  6. Masukkan adunan dalam loyang dan kukus 25 minit.
  7. Cakar sedikit permukaan adunan yang telah masak dengan menggunakan garfu.

Bahagian atas.

  • 2 keping manisan + 3 sudu besar gula + 500 ml air – panaskan sehingga manisan cair  menjadi air gula.  Sejukkan seketika.
  • 150 gm tepung (Dalam satu cawan – saya lebihkan sedikit kerana saya menggunakan lebih telur)
  • 4 biji telur gred B
  • I kotak santan
  • 1 tsp garam

Kaedah membuat

  1. Masukan air gula, santan garam dan telur dalam blender. Masukkan tepung. Blend rata. (Always masukkan cecair dalam blender sebelum tepung bagi memastikan tepung tidak melekat di bahagian bawah blender)
  2. Masakkan adunan sebentar dalam periuk sehingga naik wap.
  3. Tuang  keatas adunan bahagian bawah yang telah dimasak tadi. Kukus lagi selama 30 minit.
  4. Biarkan betul-betul sejuk sebelum ianya dipotong.

Selama mencuba.

20130216_074647

Saturday, February 16, 2013

D’Melati Homestay Dungun 019-985 9058


20130216_190550pelanHomestay


At last D’Melati Homestay is ready untuk menerima tetamu-tetamu yang datang ke Dungun.
20130216_19104720130209_204202
20130209_203737
Rumah tiga bilik ini telah pun kami lengkapkan dengan segala keperluan asas yang kami kira perlu untuk keselesaan tetamu seperti aircon dalam bilik utama, tv dan ruang tetamu yang selesa.
20130216_19120820130216_191835
Dapur yang dilengkapi kelengkapan seperti dapur gas untuk memasak, microwave, petisejuk,  pemanas air juga pinggan mangkuk, cawan sudu dan garfu.
20130216_191316
Ruang makan yang juga kami sediakan bersama ruang menggosok baju. Jemputlah tinggal di homestay kami apabila anda ke Dungun...

Tuesday, February 12, 2013

JJCM–Mee Sup Melayu Campa

Sudah beberapa kali saya kekedai makan kaum Campa ini yang terletak di Kampung Che Lijah. Walaupun kedai ini agak jauh kedalam dan kedainya ‘biasa’ je tapi selalunya penuh. Kedai ini hanya menjual satu menu sahaja iaitu Mee Sup.

20130211_111531

Dengan 2 variasi iaitu mee sup daging (RM5.00)  atau mee sup urat lembu (similar tu rojak katih) RM7.00. Mee ini berbeza dengan mee sup yang lain kerana ianya tidak berminyak dan rasanya yang sedap.  Mungkin juga kerana rasa bawang putih goreng yang dihancurkan dan ditabur dalam sup.

20130211_111545

 

20130211_112946

Habis dalam masa tidak sampai 30 minit :). Sekali-sekala okaylah, Tak boleh selalu bahaya ni…

Talam ABC

20130208_134410

Ada lebihan kacang merah dari talam kacang merah, jagung dari talam jagung dan cendul dari talam cendul, so..oviously the next talam ialah talam ABC Rolling on the floor laughing. Resepi asalnya saya ambil dari laman Pn Yati . Terima kasih kongsi resepi, Saya letak disini untuk future references. Resepi ini telah saya reduce dari resepi asal yang menggunakan talam 10in X 10 in. Saya menggunakan talam 8 in X 8 in.

Bahan-bahan bahagian atas

  • *1 cawan tepung beras
  • *2 sudu besar tepung Hoen Kuee (putih) – At last guna juga tepung ini yang dibeli some time ago Smile
  • *1/2 cawan gula kastor
  • *1/2 sudu teh  garam
  • 1/2 cawan cendol
  • 1/2 cawan jagung manis
  • 1/2 cawan kacang merah

Kaedah

  1. Panaskan kukusan, sediakan loyang
  2. Satu semua bahagian bertanda * dalam periuk. Gaul rata
  3. Masak sehingga naik wap
  4. Masukkan jagung manis, kacang merah dan cendol. Gaul rata
  5. Tuang dalam loyang dan kukus 25 minit

Bahan-bahan bahagian atas

  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 kotak santan + 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh  garam
  • 2 biji telur
  • sedikit pewarna pink

Kaedah

  1. Satukan semua bahan dan gaul rata dalam periuk
  2. Masak periuk sebentar sehingga naik wap
  3. Cakar bahagian bawah tepung
  4. Tuang bahagian atas dan kukus selama 25 minit
  5. Biar betul-betul sejuk baru dipotong,

Selamat Mencuba

Bingka Labu

20130211_203627

Abah nak gi rumah Mak Da. Saya melihat barang-barang didapur untuk buat kuih sebagai buah tangan. Mula-mula terasa macam nak buat kuih lapis coklat, tapi terlupa kat mana letak koko. Perasan ada labu sebiji, so saya cuba buat bingka labu ni. Sedap. Mak Da suka, abah makan 4 potong, emak makan 6 potong, Haqim request nak bawa gi sekolah. Resepi asalnya saya ambil dari laman Pn Yatie disini.  Terima kasih kongsi resepi. Ini adalah kaedah yang saya gunakan untuk buat kuih ini. Saya ubah sikit-sikit ye dari resepi asal.

Bahan-bahan

  • 1 biji labu manis dalam 1kg. (Dikupas kulit, buang biji, dadu kiub dalam 1” each dan dikukus. Saya lecek dan tapis air labu tadi)
  • 2 biji telur
  • 1 kotak santan + 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (ala-ala pie labu gitu)
  • 1/2 sudu teh  garam
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • sedikit bijan

Kaedah membuatnya

    1. Panaskan oven pada suhu 280 C (ini suhu oven saya yang sama dengan 200 C), lenser loyang (8in X 8 in) dengan mentega, panaskan sebentar (dalam ketuhar).
    2. Satukan semua bahan kecuali labu  dan bijan dalam blender. Blend sebati – senang buat kuih ni Smile
    3. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
    4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
    5. Taburkan bijan atas kuih.
    6. Bakar selama 50 minit dengan menggunakan api bawah sahaja.
    7. Bakar dalam 10 minit lagi dengan menggunakan api atas dan bawah. 
    8. Biarkan kuih sejuk barulah di potong.

Nota: Petua dari Mak Da – biji bijan disangai atas api sebentar sebelum ditabur atas kuih bagi membangkitkan bau bijan. (Ehm next time kita cuba ye)

Selamat mencuba…

Soalan cepu mas – Apa beza bingka dan talam ?????

Update – 8/3/2013

Haqim : Mama, kawan Haqim suka kuih kuning yang mama buat dulu, boleh buat lagi?. Haqim dapat makan 1 aja masa tu. Yang lain-lain kawan makan

Wah. music to any chef  ears bila masakannya digemari. So sebelum Haqim balik, mama buatkan satu loyang kali ni untuk menjamu rakan-rakan satu dorm.

IMG_0190

Hmm..Kali ni saya cuba pertua dari laman Mat Gebu yang mencadangkan agar loyang dialas dengan aluminium foil bagi memudahkan kuih dikeluarkan dan tidak sukar untuk membasuh loyang which I agree 100% and the tip work. Terima kasih pada tuan punya tip.

IMG_0193

Satu bekas untuk Haqim, satu bekas untuk nenek..