Wednesday, February 6, 2013

Cucur Jejari Ketam

20130205_173900

Ehm nama cucur sedap sikit kot dari jemput. Ia adalah kuih yang sama, cuma kali ini saya menggunakan jejari ketam instead of menggunakan udang atau ikan seperti kuih yang lain.

20130205_173930

So inilah versi jemput-jemput jejari ketam saya yang abah makan sampai habis sewaktu balik kerja beberapa hari lepas : ) (that makes the chef happy)

Bahan-bahan

  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 6 jejari ketam yang dihiris kecil-kecil (dadu)
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 1 biji kentang didadu kecil
  • sedikit taugeh
  • sedikit daun kucai
  • sedikit garam
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air + sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

Kaedah membuat

  1. Dengan menggunakan garfu, pukul telur sedikit dalam mangkuk.
  2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung dan telur. Gaul seketika. Masukkan semua bahan dan gaul rata sehingga tepung sesuai untuk digoreng.
  3. Goreng cucur sehingga kekuningan dan hidang bersama sos cili

Selamat Mencuba

Lapis Roti Berinti

20130205_193718

2 hari lepas abah tanya, cuba buat kuih yang tidak manis. Sudah lama nak buat kuih ini. At last saya berkesempatan untuk mencuba resepi kuih ini.

20130205_193712

Sedap kuih ini. Bagi yang berminat ini adalah kaedah saya membuat kuih lapis roti berinti  ni

Bahan-bahan untuk inti

  • 1 biji kentang kecil didadu kecil
  • 200 gm daging kisar (saya guna ayam kisar, saya rasa daging kisar lagi sedap kot)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang didadu kecil
  • 1/2 biji cili merah dicincang
  • 1 sudu besar udang kering
  • 11/2 sudu besar kari
  • 1/2 biji lobak didadu kecil
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit daun sup dan daun bawang

Kaedah untuk buat inti

  1. Tumbuk (kisar) bawang putih dan udang kering.
  2. Panaskan minyak, tumis campuran udang kering, bawang putih, bawang merah dan serbuk kari.
  3. Masukkan kentang, lobak dan air. Biar mendidih seketika.
  4. Masukkan garam dan gaul sehingga kering.
  5. Sebelum diangkat, masukkan daun sup, daun bawang dan cili merah yang dicincang. Gaul rata dan angkat dari api.

Bahan untuk lapisan roti.

  • 10-12 keping roti putih (bergantung kepada saiz)
  • 400 ml susu segar
  • 3 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit keju kisar

Kaedah membuat kuih

  1. Panaskan ketuhar (Oven saya 180 Celcius )
  2. Lenser loyang dengan margerin (Saya cadangkan guna loyang yang tidak melekat)
  3. Satukan susu segar, telur, garam dalam mangkuk besar. Kacau sehingga rata (Jangan terlalu lama nanti telur kembang)
  4. Carikkan 6 keping  roti, rendam sebentar dalam mangkuk mengandungi campuran susu dan roti, susun dalam loyang sehingga habis.
  5. Lapis inti daging atas lapisan roti. Ratakan.
  6. Carikkan 6 keping roti lagi dan ulang langkah 4 diatas lapisan inti.
  7. Taburkan keju diatas lapisan roti.
  8. Bakar dalam ketuhar 30-45 minit sehingga masak.

20130205_181826

Kuih akan naik sedikit semasa memasak, tetapi ia akan turun kembali selepas dibawa keluar dari ketuhar. Inilah dinner kami malam ni : )

Selamat Mencuba.

Talam Kacang Merah

20130206_170811

Ada meeting dengan Mazidah dan Nazmi petang ni. Tengah kemaruk buat kuih talam, so hari ni saya buat talam kacang merah untuk mereka. Tidak ingat dari laman mana saya salin resepi ini. Tapi saya dah ubah sikit sukatannya to suit selera saya. Gambar tak berapa molek sebab saya potong sewaktu ianya masih panas bagi membolehkan saya bawa ke ofis tadi. So bagi yang berminat, berikut adalah kaedah saya buat kuih ini yang saya kira amat mudah..

Bahagian Bawah

  • 1/2 tin kacang merah dalam tin 400ml (blender sikit tapi jangan sampai hancur.
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 cawan gula
  • 1 /2 cawan santan pekat (kotak) + 1 cawan air + sedikit garam
  • pewarna merah

Kaedah membuat

  1. Panaskan kukusan.
  2. Minyakkan loyang 7 in X 7 in  dan lapik dengan plastik.
  3. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend beberapa kali sehingga sebati.
  4. Masukkan kacang merah dan gaul hingga rata
  5. Tuang adunan dalam loyang, ratakan dan kukus selama 30 minit.

Bahagian Atas

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan santan pekat (kotak) + 1/2 cawan air + sedikit garam
  • 2 sudu besar gula

Kaedah membuat

  • 5 minit sebelum tamat mengukus bahagian bawah, satukan semua bahan dalam blender dan blender beberapa kali sehingga sebati. (Jangan blender terlalu lama nanti adunan berbuih)
  • Selepas masak bahagian atas, keluarkan loyang dari kukusan. Sekiranya ada air diatas adunan, buang air tersebut terlebih dahulu.
  • Dengan menggunakan garfu, carik sedikit bahagian atas adunan
  • Masakkan adunan bahagian atas sehingga naik wap.
  • Tuang adunan bahagian atas keatas adunan bahagian bawah. Ratakan adunan dibahagian atas.
  • Kukus lagi selama 25 minit. Sejukkan sebelum dipotong.

Worth buat kuih ni sedap. Tahap kemanisan kuih ini adalah manis-manis buah sahaja. Bagi mereka yang suka kuih yang manis bolehlah tambah gula lagi dalam adunan bawah dan atas.

Selamat Mencuba…

Gadget baru

20130206_170553

Apa tu? Yang sebelah kiri tu adalah penekan lapisan kek lapis untuk mengeluarkan udara yang terperangkap diantara lapisan kek.

20130206_171139

Ini adalah penekan yang saya gunakan kini yang berukuran 3” X 3 “. Saya beli diSerawak once upon a time. Masa tu tak lah terasa nak buat kuih lapis selalu macam sekarang ni. Puas mencari dibeberapa kedai barangan kek tapi tak jumpa menekan kek lapis yang besar. So saya tempah penekan yang baru berukuran 6 in  X 6 in. Hopefully it can reduced some time in baking this cake : ) .

Yang sebelah kiri adalah pembaris untuk memudahkan saya memotong kuih talam atau agar-agar. So sekarang kuih saya saiz potongannya sama rata. This product tak ada jual kat kedai ya. Dah cuba tadi apabila memotong talam kacang merah. Suka..suka..suka..

20130208_134326

Potongan talam kini lebih seragam Winking smile

IMG_0192

Yee..at last dapat juga kukusan baru yang besar ni and paling best boleh muat loyang 10 in X 10 in X 3 in saya. Sekurang-kurangnya adalah kenangan bonus tahun 2012 . suka suka suka..

Tuesday, February 5, 2013

Talam Sagu/Tokyo

Saya masih mencari sebab kenapa talam ini dinamakan Talam Tokyo. Saya peminat kuih yang ada biji sagu, so definitely saya nak cuba buat kuih ini. So inilah versi kuih Talam Tokyo saya.

20130205_075612

Saya dah reduce the amount of ingredients dari resepi asal dan ubah kiraan ukuran kepada cawan Smile. Senang saya nak buat lagi kuih ini in the future. Bagi yang berminat untuk mencuba resepi ini, saya alu-alukan..

Bahan A (Bawah)

  • 1 cawan sagu (rendam 30 minit)
  • 1 genggam soo hoon (yang 6 in tu direndam 30 minit dan digunting kecil-kecil )
  • 1 cawan kelapa muda parut (bahagian putih sahaja)
  • 1/3 cawan santan pekat + 1 cawan air
  • 11/2 sudu besar gula

Campur semua bahan. Letak dalam bekas (7in X 7in) yang telah dialas plastik dan diletak sedikit minyak. Kukus dalam 25 minit.

Bahan B ( Atas)

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air
  • 1 cawan tepung kastad
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perasa pandan
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh  air kapur

Kaedah membuat

  1. Campur bahan cecair (telur, santan + air ) dalam blender. Masukkan bahan-bahan lain kecuali air kapur. Blend sebati (jangan lama sangat nanti adunan kembang )
  2. Masak adunan sehingga naik wap, masukkan air kapur, kacau sebati. Tuang atas bahagian bawah.
  3. Kukus sehingga  masak (30 minit)
  4. Biar kuih sejuk sebelum dipotong.

Selamat mencuba..First time makan kuih ini, emak kata sedap, hubby makan 4 potong and saya beri A+ sedap (perasan lah ni).serious kuih ni memang sedap…

Monday, February 4, 2013

Selamat Pengantin Baru Ahmad Faisal

20130203_130729

Rasa janggal sanggat panggil Ahmad Faisal, tapi tak reti nak eja panggilan manjanya. Ehm..another episod time flies very fast…Terasa macam baru semalam, dia berlari-lari keliling rumah, hari ni dah kahwin dah dia. Kami pergi dengan  emak dan Mak Da

20130203_131127

Cantik pelamin dia, emak pun comel hari ni : ). Semoga berbahagia hingga keanak cucu.

20130131_151852

Kek lapis buat Kak Faizah untuk diisi dalam dulang hantaran….

JJCM–Steamboat Kampung Melayu Subang

“Esok kita gi makan steamboat pukul 5 petang, mereka hanya boleh allocate tempat untuk kita waktu petang sebab yang sebelah malam dah penuh” itulah statement abah bila ajak kami gi makan steamboat ni. Dalam hati saya, Wow, tempat ni mesti famous sampai kena buat booking sebelum pergi. Apabila sampai ke tempat ini, melihatkan bilangan keretanya..yes it is a famous place.  Inilah tempatnya yang terletak agak kedalam dari jalanraya, tapi kalau makanannya sedap, people will come.

20130202_192037

I guest the environment dimana keluarga makan secara santai di luar rumah menyebabkan tempat ini popular disamping barisan makanan-makanan yang disediakan untuk steamboat. Ini adalah sebahagian darinya..

20130202_184857

20130202_184905

20130202_185044

Lihatlah wajah-wajah ceria keluarga sewaktu menikmati steamboat ni. My favorite items – udang and daging bakar.

20130202_182138

20130202_182146

20130202_182157

20130202_18221120130202_182216

20130202_184847

Terima kasih pada mereka yang bawa kami makan disini. Sesat nak cari tempat ni tapi enjoyed ourselves here… By the time kami nak balik, bumbung pondok ini ditutup bagi membolehkan para pelanggan makan berbumbungkan langit. Wow..

20130202_192155