Monday, October 19, 2009

5 perkara sebelum 5 perkara

Kita sering mendengar ceramah berkenaan dengan perkara ini di ceramah-ceramah atau tazkirah tetapi saya jarang memberi perhatian tentang perkara ini sehinggalah hujung minggu lepas.

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

IMG_0147 Kami melawat ayah chik yang mula melakukan dialisis kerana kerosakan buah pinggang. Teringat juga kepada ipar yang menghadapi serangan sakit jantung secara tiba-tiba. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan tersebut

Terbayang, ada banyak perkara yang masih belum saya capai, semoga Allah memberi saya kelapangan dan kesihatan untuk mencapai perkara-perkara tersebut.

Sememangnya hidup ini amat pendek dan seharusnya saya mengambil peluang pada masa ini untuk melakukannya sebelum tiba 5 perkara tersebut…

Saturday, October 17, 2009

Puding karamel Mak Da

Minggu ini saya belajar puding ini dari Mak Da sewaktu ‘rewang’ majlis hari raya dirumah Syuhaida.

Bahan-bahan

  • 1 cawan teh gula untuk karamel bagi satu loyang
  • 1/2 cawan teh gula untuk puding
  • 1 tin susu cair + 1 tin air
  • 10 biji telur
  • sedikit perasa vanilla

Kaedah membuat

  • Goreng gula sehingga keperangan (menjadi karamel) jangan sampai coklat / hitam – biar sejuk
  • Didihkan air kukusan
  • pecah telur dalam bekas besar, campur gula, susu, air dan perasa vanilla.
  • Gaul bahan dengan tangan sehingga telur tidak berketul (ini rahsia orang tua-tua agar anak-anak merasa air tangan emak ni..)
  • Tapis bahan dalam loyang yang telah disediakan dengan karamel.
  • kukus selama 15 minit.

Nanti balik ke Dungun saya cuba and akan letak gambarnya. Terima kasih Mak Da, tapi saya masih tak dapat ayat-ayat yang dibaca oleh beliau sewaktu menyediakan makanan. Hopefully next time :)

Karipap Ikan

IMG_0135 Hari Khamis lepas, Kak Faezah minta buatkan karipap inti ikan atau lebih dikenali dengan nama temosa untuk jamuan hari raya anaknya di Kemaman. So carilah intinya di Internet dan duduklah saya dan emak dari jam 1:00 sehingga hampir pukul 6 petang menyediakan kuih tersebut.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah masa yang diambil untuk menyediakan kuih-kuih tersebut. Dalam masa 5 jam, kami berjaya menyediakan lebih kurang 150 keping. Kalau dijual, lebih kurang RM35.00. 2 perkara berada dalam fikiran saya selepas buat kueh tersebut

1) ehm.. saya bersyukur ayah dan emak mementingkan pelajaran dan memastikan saya mendapat pendidikan yang cukup untuk masa depan sewaktu saya dialam persekolahan dahulu.

2) terkenang nasib mereka-mereka yang perkerjaan hariannya adalah membuat dan menjual kuih. Mereka memperuntukkan masa dan tenaga yang banyak untuk sesuap nasi.

One thing for sure..the next time saya makan karipap ikan, pastinya saya akan lebih menghargainya….

Berikut adalah resepi inti kuih ini

  • 1 kg ikan selayang / kembong, dikukus, dibuang tulang dan diramas halus.
  • 5-6 biji bawang merah
  • sedikit halia
  • setengah sudu teh halba
  • RM1.00 santan pekat
  • garam dan perisa
  • sedikit lada hitam / cili hidup yang dihiris halus

Kaedah:

Campurkan semua bahan dan gaul dalam kuali sehingga kering. Nota – api sederhana digunakan dan perlu dikacau selalu agar ia tidak hancur.

Resepi kulit

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan marjerin yang dicairkan
  • 1/2 cawan lemak sayuran
  • sedikit garam
  • air sejuk (peti sejuk) untuk mengaul doh

Kaedah:

Campur semua bahan kecuali air dan gaul. Tambahkan air sedikit-sedikit sampil diuli sehingga terbentuk doh karipap. Ambil sedikit doh,canai dan terap dengan acuan karipap. Masukkan ini dan terap / bentuk tepi karipap. Goreng dengan api sederhana.

Selamat mencuba..

Monday, October 5, 2009

Jamuan Hari Raya

Memenuhi permintaan pelajar-pelajar, pada hari Sabtu (3/10) kami buat juga rumah terbuka untuk mereka. Disamping itu, abah jemput juga staf HEP dan jiran-jiran sekitar rumah untuk mengeratkan siratul rahim. Menu kami nasi dagang, mee jawa, ketupat dan rendang serta laksa lemak. Sempat juga saya buat kek lapis, puding buih dan kek coklat untuk mereka.

IMG_0123

Penuh meja, menanti tetamu yang mula datang pada jam 3 petang sehingga selepas maghrib.

 

 

 

 

 

Diantara tetamu yang hadir dan sempat saya snap sebelum sibuk dengan tetamu yang lain

IMG_0124

Ina sekeluarga.

 

 

 

 

 

IMG_0125

Kak Azmi, mazidah, Zaimee dan umi

 

 

 

 

Gelagat pelajar-pelajar mencuit hati saya. Ada yang sampai ke dapur untuk mendapatkan makanan. Terima kasih kerana tolong saya basuh pinggan.

IMG_0127

download ikhsan dari fitri - thanks

Sempat juga ambil gambar dihadapan rumah. Walaupun penat, tapi saya seronok dan gembira pada hari tersebut. Menjelang petang, semua yang dimasak habis terutamanya nasi dagang dan mee jawa.

Terima kasih kepada rakan-rakan dan pelajar-pelajar (termasuk my ex student last semester yang kena tawaf kawasan rumah untuk cari rumah saya :)..) kerana sudi hadir di rumah terbuka kami.

Selamat Hari Raya…

Nota: bagi yang nak resepi, insyallah nanti saya letak resepi-resepi tersebut…

Menghadiri Jamuan Hari Raya

Sebagaimana tahun-tahun lepas, selepas hari raya, terdapat beberapa rumah terbuka yang kami hadiri. Bermula dari jamuan Hari raya di iLQaM, rumah Kak Yah, rumah Hasiah dan di Sekolah Al-Amin. Berikut adalah kenangan bersama dijamuan tersebut.

IMG_0112

IMG_0111

Cantik rumah Kak Yah…

IMG_0115

Rumah baru Hasiah pun cantik, serba hijau. Saya suka idea beliau untuk buat bilik air tetamu yang disediakan ditepi rumah…Boleh buat kat rumah ni….

IMG_0117

IMG_0119

Jamuah Hari Raya Al Amin – Haqim bangun dari jam 6 pagi untuk pergi jamuan ni…

Puding Buih

IMG_0122

Bahan-bahan untuk puding

  • 1 bungkus agar-agar (direndam beberapa jam bagi memudahkan ia larut)
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 senduk air gula pasir
  • 2 1/2 mug air
  • 7 biji putih telur

Kaedah buat puding

  • Masak agar-agar, air dan gula pasir hingga agar-agar larut – lebih kurang 10 minit.
  • cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan campur dalam agar-agar sambil dikacau.
  • biarkan sebentar, tutup api dan tapis agar-agar.
  • Pukul telur putih sehingga kembang.
  • Alih putih telur dalam bekas besar (saya guna periuk besar bagi memudahkan saya memukul adunan nanti).
  • Gunakan pemukul telur, tuangkan agar-agar sedikit-sedikit kedalam adunan telur sambil dipukul.
  • Masukkan pewarna dan terus memukul adunan sehingga agar-agar sejuk (tidak sehingga beku) bagi mengelakkan adunan dari berlapis apabila sejuk nanti.
  • Tuang adunan kedalam acuan. (Adunan ini cukup untuk dua bekas kek (7 in X 7 in)

Bahan untuk kastad

  • 2 tin susu cair (saya suka kuah yang banyak dan pekat :) )
  • 2 biji telur merah
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 senduk air gula (lebih kalau suka lagi manis)
  • 1 tin buah-buahan  cocktail

Kaedah untuk buat kastad

  • Cairkan gula dengan sedikit air.
  • pukul sedikit telur merah, campurkan dengan susu cair
  • cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan dalam susu cair. Sebatikan adunan susu.
  • Kecilkan api, masukkan adunan susu dalam air gula.
  • Kacau adunan dan biarkan sehingga mendidih (adunan ini mudah hangit jika api kuat dan tidak dikacau).
  • Sejukkan sebelum dihidang.

Untuk menghidang, letak buah-buahan cocktail diatas puding dan curah kuah kastad.

Selamat mencuba

Nota: Resepi ini diberikan oleh Che Da (kuala berang) sewaktu menghadiri majlis perkahwinan di rumah Kak Yah tempoh hari.. Terima kasih kerana sudi mengajar saya buat kuih ini.

Mee Jawa

Bahan-bahan

  • 2 bungkus mee kuning – dicelur untuk mengurangkan rasa kapur
  • beberapa keping tahu – digoreng dan dihiris halus
  • 30 sen taugeh – dibersihkan – saya suka makan ianya tanpa dicelur - rangup
  • sedikit sawi – dibersih, dipotong dan dicelur
  • 3-5 biji telur – direbus dan dibelah 4– saya suka guna telur burung puyuh
  • sebiji timun-dihiris nipis
  • bawang goreng
  • daun sup dan daun bawang
  • beberapa biji cili besar - dihiris
  • fish cake / fish ball – dihiris halus (saya suka jika ada)
  • sedikit nenas – dihiris (saya suka jika ada)
  • limau kasturi – dibelah

Bahan-bahan untuk kuah

  • 5-8 biji kentang – buang kulit dan direbus
  • 5 biji keledek – buang kulit dan direbus
  • setengah kilo udang – asingkan kulit dan isi dan dibersihkan.
  • Sedikit tulang ayam + lemak ayam (sedap kalau letak)
  • 5 biji bawang merah, 3 biji bawang putih – kisar bersama sedikit serai dan lengkuas
  • 2-3 sudu chili kering kisar (kalau dan pedas bubuh lebih)
  • manisan + sedikit gula pasir
  • garam

Kaedah memasak kuah

  • tumis bahan kisar – bawang dan chili sehingga naik minyak. masukkan ayam.
  • kisar kulit udang dan tapis, masukkan dalam kuah.
  • kisar kentang dan keledak dan masukkan dalam kuah.
  • Masukkan bahan perasa – manisan, gula pasir, garam
  • Masukkan udang.
  • Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air.

Masukkan mee dalam mangkuk bersama bahan-bahan sampingan. Curah kuah dalam mangkuk ==> Saya suka kuah banyak :)

Nota:Saya tak ingat, siapa yang ajar saya, tapi setiap kali saya buat mee jawa pasti akan habis. Selalunya inilah resepi yang sinonim dengan rumah kami setiap kali ada rumah terbuka. Bahan-bahan sampingan, terpulang kepada cita rasa..