Saturday, March 24, 2012

Rakan sekelas Haqim

Dalam kelas Haqim hanya ada 5 orang pelajar lelaki sahaja. Hari ini Haqim mengajak mereka kerumah untuk mandi kolam. Mungkin satu hari nanti gambar ini akan membuat anak mama tersenyum.

20120323_175110

Tuesday, March 20, 2012

Membeli tamar

Lebih SR1000.00 diperuntukkan untuk membeli tamar. Di Madinah, tamar biasanya dijual di kedai-kedai kecil di tempat-tempat ziarah, di kebun tamar dan dipasar tamar. Bezanya tamar di kebun tamar lebih ‘fresh’ dan lebih banyak pilihan jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain dan harganya juga sedikit lebih mahal.

20120222_083554

Bagi mereka yang ke Masjid Quba ada beberapa kedai yang menjual tamar yang belum diproses dengan harga SR5.00 satu bekas. Di Mecca harga tamar ini SR20.00 sebekas.

20120222_10215020120222_10220720120222_102454

Berbagai-bagai jenis tamar dari SR10.00 sekilo sehingga SR150.00 sekilo.

Di Mecca pula tamar telah dibungkus dan dijual dikedai-kedai dalam pasaraya kecuali di kedai-kedai yang agak jauh dari masjid, masih kelihatan tamar yang dijual secara terbuka. Cuma di Mecca kelihatan juga tamar-tamar yang diimport dari luar negara. Harga tamar di Mecca lebih tinggi dari harga tamar di Madinah.

20120301_165933

Kenapa harga tamar di Mecca dan Madinah mahal? Mungkin kerana permintaan yang tinggi. Saya juga dimaklumkan kebanyakkan tamar di Malaysia datangnya dari India. Mungkin itu yang menyebabkan harganya lebih murah.

Aktiviti keluarga

20120226_103209

20120226_103236

20120226_104250

Apakah pengalaman yang paling berkesan dalam perjalanan umrah yang lepas? Pengalaman bertawaf dan bersembahyang dihadapan kaabah bersama suami dan anak amat menyentuh hati saya.

20120226_110716

Terima kasih Allah kerana memberikan rezeki untuk saya datang ke rumah mu dan merasai detik bahagia bersembahyang bersama keluarga dihadapan Kaabah mu.

20120228_110818

Ya Allah, saya bawa Haqim mengadapmu agar dia mengerti siapa Tuhannya dan saya harap dia akan terus menjadikan islam sebagai cara hidupnya,  menjadi anak yang soleh dan menjadi salah seorang insanmu yang berbakti kepada agama, negara dan bangsanya.  Semoga perjalanan kami ini akan menjadi titik permulaan kearah pembentukan peribadi yang lebih baik dimasa hadapan. Inilah aktiviti keluarga yang amat berkesan dalam hati kami. Perjalanan ini juga sedikit sebanyak merapatkan hubungan abah dan Haqim yang bersama hampir setiap waktu.

20120226_10410320120228_11510120120228_114233

Saya juga melihat  budaya masyarakat Arab dalam topik sembahyang jemaah. Samada lelaki atau wanita, saya perhatikan aktiviti lain terhenti apabila tiba waktu sembahyang. Kedai-kedai ditutup dalam sekelip masa apabila azan berkumandang. Saya juga menyaksikan satu kelaziman bagi setiap keluarga membawa anak-anak samada kecil atau dewasa ke masjid untuk bersembahyang. Malah di Madinah, disediakan ruang untuk ibu-ibu bersama anak-anak yang agak luas. Secara tidak lansung, anak-anak membesar dalam suasana sembahyang berjemaah dimasjid.

Situasi ini berbeza dengan keadaan di Malaysia. Saya masih ingat, satu ketika ada kanak-kanak yang menangis sewaktu ibunya sedang sembahyang jemaah. Selepas sembahyang ada hamba Allah yang membuat pengumuman agar ibu-ibu menjaga anak-anak agar tidak menganggu jemaah yang lain. Pastinya ibu tersebut tidak akan datang berjemaah lagi atau tidak membawa anak-anaknya ke masjid lagi selepas itu. Anak-anak lelaki hanya mula dibawa ke masjid apabila mereka telah berusia 9 tahun keatas, Itu pun untuk sembahyang Jumaat. Siapakah yang patut disalahkan sekiranya anak kita tidak mahu ke masjid apabila mereka dewasa? atau hanya menganggap sembahyang jemaah hanya pada hari Jumaat dan hari raya sahaja. Begitulah perbezaan antara 2 budaya walaupun menganut agama yang sama.

20120303_130945

Dalam aspek keluarga, saya juga melihat ramai pasangan-pasangan yang meniti usia besama-sama ke masjid untuk sembahyang. Ya Allah, saya harap situasi yang sama berlaku kepada hambamu ini Ya Allah. Biarlah kami meniti usia yang tinggal bersama-sama dalam keadaan yang harmoni ya Allah.

Thursday, March 15, 2012

Shopping !!!!!

20120303_212831Aktiviti ini bukanlah sebab kita ke Mecca atau Madinah, namun ianya adalah aktiviti diantara waktu sembahyang yang lebih tertumpu kepada membeli cenderahati untuk keluarga dan rakan di Malaysia. Saya terbayang keadaan peniaga sewaktu saya datang 20 tahun lalu dimana perjalanan diantara tempat kediaman ke Masjid pastinya melalui gerai-gerai menjual kurma, sejadah, jubah dll. Jangkaan saya meleset sama sekali, terutamanya di Mecca dimana kedai-kedai kini berada didalam bangunan dan ada diantaranya telah hampir sama taraf seperti mall di KLCC. Kedudukan gerai-gerai kecil kini sudah semakin jauh dari masjid yang kedengarannya juga akan diruntuhkan untuk memberi laluan kepada bangunan-bangunan yang baru. Saya kira keadaan ini pastinya akan berbeza dalam setahun dua lagi.

20120301_103610

Secara umumnya ada 3 jenis kedai di Mecca dan Madinah.

1) Kedai-kedai yang berada dalam shopping complex yang kebanyakkannya tiada papan notis. Masuk bangunan baru tahu ooooooh ada shopping complex Smile.

20120229_10493120120229_10153820120303_213056

IMG_2220IMG_2217IMG_2221

2) Kedai – kedai kecil yang berada di bawah bangunan kediamanan. Kedai-kedai ini masih banyak di Madinah, tetapi telah berkurangan di Mecca.

20120303_10442620120229_141328IMG_2140

3) Perniagaan express yang dibuka selepas waktu solat dijalanan yang menjual barang-barang dengan harga yang jauh lebih murah dari dikedai biasa. Cuma perniaga ini tertakluk kepada kehadiran penguatkuasa. So kalau anda membeli belah dengan mereka perlu berhati-hati kerana kemungkinan besar mereka akan bungkus kain meninggalkan anda terpinga-pinga apabila ada pegawai penguatkuasa. Mereka juga berada di tempat-tempat ziarah. Ehm..sewaktu di Jabal Rahmah, instead of naik bukit, kami shopping sakanSmile.

IMG_2095

Berikut adalah rumusan saya terhadap shopping di sini

a) Saya rasa harga barang-barang disini agak mahal berbanding dengan di Malaysia. Saya rasa saya boleh beli jubah yang cantik diMalaysia dengan harga dibawah RM100.00 tetapi disini, jubah yang cantik berharga ratusan SR.

b) Tawar menawar adalah wajib disini. Harga yang diletakkan berbeza diantara satu kedai dengan yang lain. Contoh gelang cenderahati untuk anak-anak saudara saya beli dengan harga SR5 dengan peniaga express, dijual SR10-SR15 di gerai dibawah bangunan dan SR20-SR30 dalam shopping complex. So saya cadangkan anda membandingkan harga dengan beberapa kedai sebelum membeli barangan.

c) Kebanyakkan peniaga boleh berbahasa melayu yang mudah seperti ‘murah’, ‘mahal’, ‘cantik’, ‘bagus’,’beli’ dll. Cuba bertanya mengenai saiz baju, komunikasi bagaikan ayam dan itik kerana mereka juga tidak faham bahasa Inggeris melainkan ada pekerja Indonesia dalam kedai tersebut. Saya cadangkan bawa kertas untuk menulis harga yang kita tawarkan Smile.

d) Sekiranya peniaga menawarkan barangan dalam kotak, buka dan lihatlah barangan dalam kotak tersebut kerana chances ianya berbeza dari yang dipamerkan.

e) Kebanyakan peniaga express dan gerai tiada plastik besar untuk mengisi barang. Ada jemaah yang telah berpengalaman membawa plastik besar dari Malaysia ke Jabal Rahmah Smile.

f) Saya rasa barangan di Madinah adalah lebih murah dari di Mecca terutamanya buah tamar.

g) Bagi barangan cenderati ada kedai SR3 dan SR2 tapi kena carilah. Kami hanya jumpa kedai ini pada beberapa hari terakhir dan ada beberapa barangan yang kami beli dengan harga SR10.00 dijual dikedai ini dengan harga SR3. Mungkin bukan rezeki kami…

h) Peniaga-peniaga disini suka budak lelaki. Gambar Haqim dengan peniaga-peniaga

.20120221_17063820120221_171621IMG_2091

i) Berbeza dengan tempat-tempat lain tiada fridge magnet atau keychain yang cantik-cantik disini.

20120227_151301Cenderahati untuk keluarga di Malaysia yang diasing-asingkan bagi setiap keluarga (bagi memastikan tiada yang tercicir).

 

 

 

Barangan untuk kami, jubah, sejadah dan tasbih untuk setiap orang, jam tangan untuk abah dan Haqim serta barangan berikut untuk rumah.

20120315_09104520120315_09120720120315_091244

Yang lain adalah cenderahati untuk keluarga dan rakan yang mendoakan kesejahteraan kami disini. Rasanya its a matter of time, dimana Mecca dan Madinah menjadi syurga membeli belah. Sedih apabila ada jemaah yang menghabiskan lebih banyak masa membeli belah dari beriktikaf di masjid kerana peluang untuk kesini tidak datang selalu.

Lawatan supervisors ke Dungun

Terima kasih Prof Razak and Dr Zakri yang sudi datang ke Dungun untuk membincangkan masalah projek PhD saya yang stuck pada masa ini. Alhamdulillah, selepas perbincangan yang mengambil masa hampir 3 jam banyak perkara yang perlu saya buat tapi tak apa at least it is moving. At last, dapat juga saya gabungkan ketiga-tiga supervisors sekali and mendapat satu keputusan untuk hala tuju projek..

20120312_214915

Terima kasih juga kerana sudi hadir kerumah kami bersama keluarga. Terima kasih juga kepada Taufik yang sudi membantu Haqim bakar ayam Smile. Should have taken a picture with all three of them. Tak apalah next time.

Tuesday, March 13, 2012

Sabar membina sempadan iman

Menunaikan umrah, mengajar kita untuk bersabar dalam melaksanakan ibadah. Umrah / haji tidak setakat bersembahyang di masjid sahaja, malah perjalanan tersebut menuntut kita untuk bersabar dalam banyak hal. Diantaranya:

  • Bersabar sewaktu mahu menaiki lif yang disediakan terutamanya selepas waktu solah.
  • Bersabar sewaktu berbaris menuggu giliran untuk mengambil makanan.
  • Bersabar sewaktu menunggu semua ahli rombongan menaiki bas (kebiasaannya akan ada yang lewat atas sebab-sebab tertentu)
  • Bersabar dengan sikap jemaah-jemaah dimasjid yang kadangkala menguji kesabaran kita.
  • Bersabar sewaktu menanti giliran mengambil beg dan melalui pemeriksaan kastam/pasport.

Kenangan lalu

IMG_0002

Oktober 1990, Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk saya menunaikan fardhu haji bersama ayah dan emak. Saya masih ingat waktu itu saya baru setahun bekerja dan terpaksa meletakkan jawatan kerana tiada peruntukan untuk cuti haji dalam perkhidmatan swasta. Keinginan untuk ke Mecca melebihi segalanya.

IMG_0003

IMG_0001

Mengerjakan haji bersama mereka memberi peluang untuk saya mengenali mereka dengan lebih dekat dan perjalanan ini seolah-olah mengeratkan lagi hubungan kami terutamanya dengan ayah. Saya masih ingat bagaimana kami bersama-sama ke miqat untuk niat umrah dan sama-sama mengelilingi kaabah mengerjakan tawaf dan bersama berjalan mengerjakan saie. Saya masih ingat, ayah bergurau dengan menyepak batu kecil kepada saya diterowong sewaktu berjalan ke Jamra’ dan tidak sampai 10 langkah, selipar yang baru dibeli putus dan menyebabkan kesukaran untuk ayah berjalan ke kemah. Saya masih ingat, setiap kali tawaf dan saie ayah akan membaca doa dan saya akan mengaminkannya. Saya masih ingat ayah akan datang bilik untuk ajak saya ke masjid kerana ibu-ibu sebilik risau apabila saya berjalan sendirian ke masjid yang terletak dalam 20 minit perjalanan. Mungkin pengalaman ini menyebabkan saya amat rapat dengan ayah selepas itu.

Hari pertama di masjid, saya tidak dapat menahan air mata mengingatkan kenangan bersama aruah ayah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AlFatihah…

Bersedekah

Selain dari sembahyang, kita juga digalakkan untuk bersedekah di bumi Madinah dan Mecca. Saya melihat aktiviti bersedekah dari beberapa segi.

1) Selepas sembahyang lima waktu, instead of bangun dan berasak-asak untuk keluar dari masjid dan menunggu dibarisan yang panjang untuk makan tengarahi (selepas zohor) / makan malam (selepas isya’), luangkan masa dalam 10 minit untuk membaca Yassin dan disedekahkan kepada aruah ayah/ibu, adik beradik, guru dll. InsyaAllah pahala mengaji di rumah Allah berganda-ganda dari di tempat lain. Alfatihah untuk ayah, ayah chik dan Azmi. Moga Allah golongkan mereka dalam golongan orang-orang yang beriman dan mendapat rahmat dariNya..Ameen.

2) Saya dimaklumkan, kali pertama kita buat umrah / haji hukumnya wajib. Kali kedua dan berikutnya adalah sunat. Boleh juga kita badalkan umrah / haji untuk orang yang telah meninggal dunia (yang hidup tak boleh ye). But before kita berniat badal haji, kita perlu tahu samada mereka telah buat haji/umrah atau belum. Badal haji/umrah adalah untuk mereka yang belum buat haji/umrah. Sekiranya sudah, kita buat umrah untuk diri sendiri dan sedekahkan pahala umrah tersebut kepada mereka.

3) 20 tahun dahulu, terdapat ramai peminta-peminta sedekah dihalaman masjid yang meminta sedekah dari jemaah yang datang ke Madinah / Mecca. Kini kita sukar melihat peminta sedekah di hadapan masjid. Nevertheless, bersedekahlah kepada pekerja-pekerja dimasjid yang rata-ratanya adalah dari rakyat Indonesia dan Bangladesh.

20120303_0845284) Sekiranya anda mahu bersedekah quran di Masjid, belilah dari ustaz /mutawil anda. Alqurannya ada cop tertentu yang menandakan Alquran tersebut bukannya Alquran tiruan. Saya melihat di Madinah, pekerja masjid membelek setiap AlQuran dimasjid dan mengasingkan Alquran yang disuspek tiruan.

 

 

20120222_204258

5) Prof Dr Kamil dan Pn Roza. Blog-blog mereka Kehidupan Ringkas tapi Significan dan Hidup itu indah  sedikit sebanyak mempengaruhi kami dalam kehidupan seharian. Inilah blog-blog yang akan saya buka setiap hari. Syukur saya dapat berjumpa dengan mereka dan kami serahkan sebahagian dari sumbangan rakan dan keluarga untuk kami ke sini bagi tujuan pembinaan masjid di Somalia (sila lihat blog Prof Dr Kamil), yang kami kira akan lebih dimanafaatkan disana.

6) Saya membawa gula-gula kemasjid untuk menghilangkan rasa mengantuk and end up memberi gula-gula tersebut kepada anak-anak yang berada disana bersama ibu-ibu mereka. Selepas beberapa hari, saya pastikan ada gula-gula dalam beg setiap kali ke masjid. Suka melihat anak-anak yang gembira apabila dapat pemberian walaupun sekadar satu gula-gula (Nota: Mohon izin dari ibu mereka sebelum memberi gula-gula kepada mereka).

7) Sesungguhnya rezeki dan rahmat Allah itu perlbagai. Seringkali ada jemaah yang menghulurkan kurma / makanan dimasjid sebagai sedekah, walaupun kuantitinya sedikit tetapi keikhlasan hati mereka memberi membuat saya terharu.

Sunday, March 11, 2012

Trivia

Perkara-perkara kecil yang memberi significant dalam perjalanan umrah kami.
  • Hari Jumaat adalah cuti umum di Arab Saudi. Kebiasaannya, hari khamis dan jumaat, pengunjung di masjid berganda dari hari biasa.
  • Tiada bacaan qunot sewaktu sembahyang suboh di Mecca atau di Madinah.
  • Suboh hari jumaat, kebiasaanya Imam baca surah yang ada sujud sajadah.
  • Berada dihadapan kaabah adalah saat yang indah dan tidak terucap oleh kata-kata.Saya sediakan satu senarai doa yang saya akan baca pada beberapa lawatan pertama kerana saya tidak dapat menahan sebak ketika berada dihadapan kaabah sehingga terlupa apa yang ingin saya pohon. Selepas beberapa hari saya mengadu kepada Allah meminta apa sahaja yang terlintas dihati. Subhanallah, rumah Allah ini memberi kesan yang amat mendalam dalam hati sanubari saya yang tiada ditempat-tempat lain.Allahu Akbar
  • Cuaca di Madinah (Februari) sejuk dan berangin – 17 darjah celcius.
  • Cuaca di Mecca (Februari) tidak menentu – sejuk dan berangin – 20 darjah Celcius
  • 20120228_110512Bagi jemaah yang menghadapi masalah kesihatan, ditingkat 1 disediakan perkhidmatan scotter menggunakan bateri untuk tawaf (SR50.00) dan saie (SR50.00). Perkhidmatan ini lebih selesa dari mengupah kereta tolak (SR50.00 – SR100.00) sekali tolak.


  • Bagi jemaah wanita, bag anda will be checked for handphone di Madinah. Di Mecca okay boleh bawa telefon.
  • 20120226_121515Jus mangga dan ais cream hadiah buat umrah dan sembahyang jemaah Smile. Jus mangga SR5.00 dan ais cream SR3.00. Cuba juga jus campur (warna pink) dan pure orange jus (yang diperah dari 4 biji limau untuk 1 gelas)

  • Dalam bilik hotel tidak disediakan cerek eletrik untuk buat air. Sesiapa yang memerlukan air panas perlu bawa small flask dari rumah atau beli disana (mahal juga harganya).
  • Saya bawa sabun buku untuk basuh baju and sidai dalam bilik air. Dobi yang disediakan oleh pihak travel agent - SR4.00 untuk satu baju/seluar, SR10.00 untuk kain ihram. Dobi yang disediakan oleh hotel 1 kali ganda dari harga diatas.
  • Kami berhubung dengan sanak saudara di Malaysia menggunakan WhatsApp application. Di lobby hotel kebiasaannya ada Internet.
  • Adalah lebih murah menggunakan SIM card telefon disana untuk call sanak saudara di Malaysia dari menggunakan sistem Roaming. Bagi pengguna Celcom yang nak mengaktifkan sistem Roaming, sila berbuat demikian sebelum menyerahkan pasport anda ke travel agent. Pasport diperlukan oleh Celcom untuk aktifkan Sistem Roaming.
  • 20120224_170341 DSaji (di clock tower)  menyediakan makanan Malaysia seperti roti canai (SR3.00), roti telur (SR5.00) dan teh tarik (SR3.00).


  • Had berat barang yang dibenarkan – MAS 20 kg, SA – 30 kg. Berat tambahan dikenakan SR100.00 bagi setiap kilo.
  • Haqim menjadi tumpuan dimasjid. Mungkin kerana sifat ramahnya, mungkin juga jemaah teringat kepada cucu atau anak yang ditinggalkan. Ada yang sampai beri kad pada dia..esyk..esyk..esyk anak mama ni..
IMG_2274
IMG_2282IMG_2283IMG_2323