Tuesday, January 24, 2012

Majlis pertunangan ima

21 Jan 2012, Kami meraikan majlis pertunangan Ima dan Wan di Kuala Berang. Gambar-gambar ini dari koleksi gambar ima, gambar yang kami ambil tak menarik.

DSC_5628

Manis gambar dia hari ini

 

 

 

 

DSC_5665

Baby and amy turut hadir meraikan rakan.

 

 

 

DSC_5490

Wakil dari pihak Wan dengan 7 barang hantaran.. Semua ada coklat best..

DSC_5511DSC_5514DSC_5515

Perbincangan sedang berlangsung.

DSC_5522

Ramai tetamu yang datang.

DSC_5530

Bakal emak mertua mennyarung cincin tanda. Orang lain tak boleh kacau ima lagi…

DSC_5661

DSC_5595Awat jauh sangat ni….Tahniah..Semoga disatukan satu hari nanti.

DSC_5644

Nak juga mencelah Smile..Haa yang ni dah nikah so boleh duduk dekat-dekat Smile.

Friday, January 20, 2012

Jom buat SBS sampler quilt

DSCF1082  more …

Paru masak cili

20120120_122015

Dah lama tak makan lauk ni. Sewaktu ke pasar tempohari nampak paru lembu dan teragak nak makan paru masak cili ni ( Lain tau dari paru cili sambal yang ada kat kedai tu Smile.) Bagi yang ingin mencuba, ini adalah resepinya.

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo paru di potong (tidak terlalu kecil) dan direbus sebentar. Bila sudah agak kembang, hiris nipis dan rebus kembali hingga empok (dalam 30 minit – 1 jam).
  • 4-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 senduk air cili boh
  • 2 senduk air sos tomato
  • 2 senduk air minyak untuk menumis
  • sedikit lengkuas
  • 1/2 keping gula melaka (kecil)
  • 1 cawan air santan
  • 1/2 biji bawang besar dihiris

Kaedah membuat

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili boh sehingga garing. Masukkan sos tomato, lengkuas, garam, gula melaka. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan paru yang telah dipotong bersama air rebusannya.
  3. Masukkan santan dan gaul sebati, biarkan lauk mereneh sehingga agak kering. (kena kacau selalu takut hangit nanti)
  4. Sebelum diangkat masukkan hirisan bawang besar.

Nota: saya juga suka masukkan segenggam bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng  garing dalam 5 minit sebelum ditutup api. Nanti ada rasa pahit-pahit sikit tapi sedap.

Selamat mencuba..

Sunday, January 8, 2012

Doa untuk melembutkan hati anak

Hari ini saya berkesempatan untuk menonton satu rancangan di TV3 dimana Ustaz Dato’ Abu Hassan Din bercerita mengenai didikan anak yang nakal. Salah satu petua yang disampaikan oleh beliau adalah doa berikut yang dibaca dan dihembus dengan perlahan kepada ubun anak-anak pada setiap hari. Sekadar untuk peringatan saya dimasa hadapan dan perkongsian bersama. Doanya adalah:

surah Toha 1-6

Surah TaaHaa Ayat 1-6 yang bermaksud

“Taa Haa, Kami tidak menurunkan AlQuran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman yang bersemayam di atas Arasy. Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada diantara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.”

Selain dari itu, Ustaz Sharhan Shafie pernah memberi ayat ini untuk dibaca oleh ibu-ibu yang menyediakan makanan dan minuman bagi anak-anaknya selepas membaca surah Al Fatihah dan  ayat kursi. Doanya adalah:

Al Isra ayat 82

Surah Al Isra’ ayat 82 yang bermaksud:

“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari AlQuran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) AlQuran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”

Insyaallah akan saya amalkan, moga-moga Haqim membesar sebagai anak yang beriman, taat dan berbakti kepada ibu bapa, soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ameen….

Terima kasih kepada ustaz-ustaz yang memberikan doa-doa tersebut….

Saturday, January 7, 2012

Daging goreng kunyit

20120106_121634

Saya suka lauk ini yang kebiasaannya kita jumpa di Terengganu dan Kelantan. Salah satu lauk yang pasti ada sewaktu majlis korban. Mak Da ajar resepi ini pada saya bagi yang ingin mencuba.

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo daging batang pinang. Daging biasa tak boleh (saya dah cuba keras). Sebaik-baiknya beli daging di pasar apabila nak masak lauk ini. Daging yang disimpan dalam peti sejuk kurang manisnya (sebab tu lauk ini selalu ada masa majlis korban)
  • sedikit serbuk kunyit dan garam
  • sedikit lada hitan (ditumbuk)
  • 1 labu bawang besar (yang kuning tu, kalau guna yang merah nanti lebam tak cantik)
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau
  • 1 cawan air
  • 1 cawan minyak

Kaedah membuat:

  1. Daging dipotong nipis dan diketuk dengan menggunakan alat ini.20120106_121228
  2. Gaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Biar sekejap dalam 30 minit.
  3. Panaskan minyak, Goreng daging sekejap sehingga kekuningan.
  4. Masukkan serbuk lada hitam serta air dan biar daging empok atau sehingga air kering.
  5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris, chili merah dan chili hijau yang telah dihiris.
  6. Angkat bila daging telah masak tapi sebelum ia garing.

Good Luck

Hujung minggu pertama 2012

Kesibukan tugas harian kadang-kala menyebabkan kita terlupa untuk meluangkan masa bersama keluarga. Itulah yang kami buat minggu ini. Spend the time together di rumah !!!! dari hari khamis malam jumaat hinggalah kehari sabtu. Some of the activities:

Abah dan Haqim are having fun di pasar !!!. Hari ini, harga barang mahalnya. Contoh: udang galah sampai RM100.00 sekilo dan ikan merah sampai RM45.00 sekilo. One of the reasons kenapa saya jarang pergi pasar hari Jumaat. Dengar cerita ada jiran yang pergi pasar tanpa beli ikan sebab harga ikan yang terlalu mahal.

20120106_093502

Hidangan makan tengahari di tepi kolam – Nasi beriani, Gulai ayam kampung, Daging Goreng Kunyit , ulam, sambal belacan and lemonade ais. Ehm bertambah makan nasi tengahari tu.

20120106_124446

Terima kasih basuhkan kereta mama Smile, Sampai ke basuh bumbung kereta tu... Sayang kat semua…

20120107_161832

Ehm..keluarga yang bahagia adalah nikmat Allah bagi mereka yang menyedarinya..Salah satu azam tahun baru: meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.

Tuesday, January 3, 2012

Hakim dah darjah enam!!!!

20120103_065408

Hari ini adalah  hari pertama persekolahan bagi tahun 2012. Bermakna anak mama kini dah berusia 12 tahun, sudah darjah 6 dan akan menduduki peperiksaan UPSR dalam beberapa bulan lagi. Sayang, sudah tiba masa untuk anak mama berubah dan berazam untuk belajar dengan lebih kuat tahun ini. Semoga tahun ini mama dapat menyaksikan perubahan Haqim kearah menjad hamba Allah yang soleh dan anak yang taat kepada perintah agama dan ibu bapa..Ameen..

Birthday Abah

2 January 2012 – Kami meraikan birthday abah yang terakhir berada dalam kumpulan 40an di Secret Recipe.

20120103_04450120120104_045004

Walaupun tak berapa sihat, abah kelihatan ceria. Selamat ulang tahun kelahiran. Seems like sudah tiba masanya kita merancang untuk

  1. berjumpa dengan Maha Esa yang semakin hampir
  2. melalui hari bersara jika dipanjangkan usia.

Hmm..Kali ini lain sikit anak mama seorang ni posing Smile.

20120103_044648

Sunday, January 1, 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak

20120101_152100

Dengan menggunakan lebihan tempoyak yang dibeli untuk masak ikan baung minggu lepas, hari ini saya masak ikan patin masak tempoyak yang sering dimakan di R&R Temerloh setiap kali pergi atau balik dari Shah Alam. Bertambah nasi abah makan tengahari tadi Smile. Bagi yang ingin mencuba, ini adalah resepinya (gaya sayalah).

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan patin yang sederhana besar, dipotong dan dibersihkan.
  • 5 biji cili padi (ini sudah cukup pedas bagi saya) diblender dengan 1 cawan air dan 3 biji bawang merah kecil.
  • 2 hirisan lengkuas
  • 1 cawan tempoyak
  • sedikit garam (jika perlu, rasa dulu gulai sebelum letak garam kerana kebiasaannya tempoyak sudah ada garam)
  • segenggam daun kesom

Kaedah membuat:

  • Didihkan cili padi yang diblender tadi, hirisan lengkuas dan tempoyak.
  • Masukkan daun kesom dan ikan.
  • Masak sehingga ikan masak (10-15 minit) dengan menggunakan api perlahan (kalau tidak ikan akan hancur).
  • Perasakan dengan garam.

Selamat mencuba…

Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012

Happy-New-Year-2012

Terlalu senyap tapi cepat 2011 berlalu pergi meninggalkan seribu kenangan manis dan tawar. Jika boleh diperlahankan waktu pastinya akan saya berbuat demikian, tapi masa tetap berlalu walaupun masih banyak hajat yang masih belum terlaksana. Semoga 2012 yang menjengahkan diri memberi ruang bagi saya melaksanakan impian dan azam. Cemas melangkah ke tahun baru…

2012-new-year-counter-vector

Impian dalam Tahun 2012

a) Habiskan PhD. Saya kini memahami bagaimana perasaan mereka yang masih tidak tamat pengajian PhD… Need to complete it ASAP even though I know it is difficult. Moga Allah memudahkan perjalanan saya..

b) Menjadi tetamu Allah …

c)Spen more time with my family, kita tidak berapa lama lagi masa yang ada untuk kita bersama..

insyaAllah moga diperkenankan Ameen…