Thursday, December 29, 2011

Gulai Tempoyak Ikan baung

20111227_121031

Dalam perjalanan balik dari Mesra Mall, kami bertemu penjual ikan sungai. Rezeki musim hujan. Saya beli 2 ekor ikan baung ini untuk dibuat gulai lemak tempoyak ikan baung. Ianya adalah diantara salah satu makanan kegemaran saya. Teringat saya suatu masa dulu, lauk ini pasti terhidang atas meja bila saya balik kampung bercuti. Cuma dulu RM15.00 boleh dapat 6-7 ekor ikan instead of dua Smile. So untuk mereka yang ingin mencuba, ini adalah resepinya:

Bahan-bahan-

  • 2 ekor ikan baung sederhana besar yang dibersihkan, dilumur sedikit kunyit dan garam serta disalai/bakar sehingga masak.

20111227_122901

  • 2 cawan santan pekat
  • 5 biji cili kecil (bagi saya dah pedas, kalau nak pedas lagi tambahlah cili. Lauk ini sedap dimakan jika pedas sedikit.)
  • 1/2 cawan tempoyak
  • sehelai daun kunyit.
  • sedikit serbuk kunyit dan garam.
  • 1 batang serai (dititik)

Kaedah membuatnya

  • Blender cili kecil dan 1 cawan air. Masukkan dalam periuk bersama 11/2 cawan santan. Masukkan serbuk kunyit dan garam. Didihkan gulai dengan menggunakan api perlahan.
  • Masukkan tempoyak, serai dan daun kunyit. Didihkan seketika.
  • Masukkan ikan baung yang telah disalai tadi. Berhati-hati sewaktu mengacau lauk bagi mengelakkan ikan dari hancur.
  • Akhir sekali masukkan santan pekat dan biarkan mendidih seketika. Inilah hasilnya ikan yang telah siap. (Ehm.. bertambah nasi saya makan dengan lauk ini Smile.

20111227_130633

Nota: Lauk ini tidak menggunakan bawang bagi menaikkan rasa tempoyak. Sedap juga kalau diletak beberapa biji belimbing buluh.

Selamat mencuba.

Saturday, December 17, 2011

Mendeley.com

Wish someone had informed me about this portal earlier. Bagi mereka yang baru sahaja memulakan pengajian phd, mendaftar dan gunalah portal ini untuk mencari artikel. Saya nak buat artikel about Feature selection for text classification and cuba perhatikan bilangan dokumen yang berkaitan ada 223 dokumen sedangkan saya hanya jumpa about 60 artikel sahaja..

Untitled

This will save a lot of hours in searching. Nevertheless, you still have to download the paper from the respective journal..

Baju sekolah Awin

20111217_112243

2 pasang baju sekolah Awin dah siap. Nanti balik dari KL singgah Dungun ye ambil baju ni.

20111220_225216

Begitu juga dengan baju kurung ini…

Lasagna ayam

20111215_181837

At last selepas 3 kali cubaan, akhirnya lasagna yang dihasilkan memuaskan hati. In fact selepas 10 minit masak, inilah sahaja yang tinggal untuk diberikan kepada emak (akhirnya emak dapat 2 slice sahaja selepas kena tax by sikecil molek mama Winking smile). Resepinya didokumen dilaman ini untuk rujukan masa hadapan. Bagi yang ingin mencuba, silakan. Terdapat 3 bahagian dalam penyediaan lasagna ini – inti daging ayam, sos putih and the lasagna itself.

Inti daging ayam

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan daging cincang
  • 2 biji tomato di kupas kulit dan dipotong dadu
  • 1 biji cili merah, dibuang biji dan dicincang halus
  • 1/2 biji kentang di potong dadu kecil
  • 1/2 biji carrot dipotong dadu kecil
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 biji bawang besar, dihiris dan dicincang
  • 4 ulas bawang putih dicincang halus.
  • sedikit minyak untuk menumis dan garam
  • sedikit herba spaghetti bolognese

Kaedah memasak:

  1. panaskan minyak
  2. tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit bau.
  3. masukkan carrot, ubi kentang, cili merah, ayam cincang dan digaul rata.
  4. masukkan sedikit air jika perlu, biar ubi kentang dan ayam masak seketika.
  5. Masukkan tomato dadu, sos tomato, garam dan herba.
  6. biarkan seketika sehingga kering dalam 15-20 minit.

Sos putih

Bahan-bahannya

  • 80 gm mentega
  • 1/4 cawan tepung
  • 2 cawan susu segar
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk parmesan cheese

Kaedah memasak:

  1. Panaskan susu seketika
  2. Dalam bekas lain, cairkan mentega. Setelah agak cair masukkan tepung dan kacau.
  3. Masukkan susu panas sedikit sedikit dalam adunan mentega sambil dikacau bagi mengelakkan ianya dari bergentil.
  4. Kacau adunan sehingga ianya pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan parmesan cheese.

Lasagna

Bahan-bahan:

  • 8 keping lasagna (8 in X 4in)
  • 1 buku mozzarella cheese disagat
  • inti daging ayam dan sos putih

Kaedah:

  • Rendam 8 keping lasagna sejam sebelum memasak dalam dulang (lasagna senang melekat si tak boleh redam dalam keadaan berlapis).
  • Panaskan ketuhar – 200 C.
  • Saya menggunakan bekas Corelle 8in X 8 in. Sapukan mentega disekeliling bagi mengelakkan lasagna melekat.
  • Susun 2 keping dalam bekas. Letak 1/3 inti ayam, 1/3 sos putih dan 1/3 mozzarella cheese.
  • Ulang susunan tadi serhingga habis.
  • Akhir sekali, susun 2 keping lasagna dan taburkan serbuk parmesan cheese diatas lapisan tersebut.
  • Tutup bekas dengan aluminium foil.
  • Masak adunan dalam oven selama 10 minit. Buka aluminium foil dan biarkan ianya masak selama 15-20 minit lagi.
  • Sejukkan dalam 5 minit sebelum dihidang (bagi memudahkan lasagna dipotong.

Selamat mencuba….

Wednesday, December 14, 2011

Triangle Coin Purse

20111214_203614

Sesuai untuk cenderahati. For the past few nights, saya cuba untuk menyiapkannya and there are ready now. So kalau tuan punyanya balik Terengganu, singgah Dungun ya…

20111214_205201

Sunday, December 11, 2011

Ke GM Kelang

Have fun di GM Bukit Tinggi hari ini. Besar kawasan ini yang saya kira dikhususkan untuk peniaga-peniaga kerana harga barangan adalah jauh lebih murah apabila pembelian borong dilakukan (melebihi enam unit). Ada enam blok kedai yang menjual berbagai barangan dari aksesori, baju, bag tangan dll.

20111211_131127

Diantara yang menarik perhatian saya ialah:

Jualan borong kerongsang-keronsang ini yang dijual dalam kiraan kotak yang mengandungi 10-100 keronsang dalam satu kotak.

Manik-manik baju yang berbagai ini

20111211_131855

20111211_144242

Hiasan tudung dan baju kurung ini




Magnet-magnet yang berbagai-bagai bentuk

20111211_125432

Keychain yang harganya jauh lebih murah sekiranya dibeli dalam kuantiti yang banyak

Cederahati-cenderahati yang perlbagai terutamanya ‘angry bird’ dan ‘smurf’
20111211_130130

Kalaulah Haqim dan abah ikut sekali, pastinya mereka akan teruja dengan jualan model ini:

20111211_13082120111211_130826

Saya rambang mata, at last tak beli apa-apa pun Confused smile. May be next time kot. This time saya observe sahaja.. So Ti..boleh plan untuk pergi ke tempat ini…



Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, December 10, 2011

Bertolak ke Muar–Majlis Pertunangan Samsul

Sebelum bertolak

20111210_120808

Berkumpul di Masjid Sri Meranti untuk persiapan terakhir.20111210_121847

Di hadapan rumah Nina..

20111210_121945

Pengarah-pengarah Smile filem

20111210_122332

20111210_123710

Wakil dari pihak lelaki sewaktu bual bicara..

20111210_123716

Wakil dari pihak perempuan..

20111210_124339

Mak Da menyarung cincin bakal menantu

20111210_13431620111210_134424

Hantaran balas

20111210_134544

For the file only..

20111210_134704

Watak utama yang kini telah mengikat perjanjian untuk hidup bersama, semoga hajat mereka dimakbulkan.. Amen.

Sempat juga kami berhenti di Dataran Tanjung Emas Muar.

20111210_150537

20111210_151941

Otak-otak johor

20111210_152424

Dengan objektif utamanya untuk makan mee bandong muar..Sedap..

20111210_153959

Saksikan gaya 3 teruna ni…

Kenangan majlis pertunangan Syamsul..

1. Brek kereta yang dinaiki oleh Syamsul rosak sewaktu dalam perjalanan!!!

2. Beberapa kali kami sesat sewaktu pergi dan balik, Alhamdulillah semuanya okay..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, December 9, 2011

Doughnut ubi kentang Kak Faezah

Resepi ini saya dapat dari Kak Faezah sewaktu berkunjung ke rumah Rewa malam tadi. Cuma resepi ini untuk sekilo tepung, banyaknya kalau nak buat untuk dimakan sekeluarga. Anyway, insyaAllah nanti saya cuba. Terima kasih Kak Faezah.20111209_212123

Bahan bahan

  • 4 biji ubi Kentang
  • 1 kilo tepung
  • 1/2 cawan margerine
  • 1 packet yeast dan 1/2 cawan air suan
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • secubit garam

Kaedah membuat

  • Rebus ubi kentang dan blend dengan telur
  • Rendam yeast dengan air suam
  • Bancuh tepung dgn air yeast, margerin dan secubit garam. Uli sedikit tepung, jika perlu tambah sedikit air
  • Biar doh naik selama 2 - 3 jam
  • Gunakan acuan doughnut untuk bentuk kuih
  • Biarkan seketika (5-10 minit) sebelum digoreng
  • Tabur sedikit gula halus selepas diangkat

Selamat mencuba


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, December 7, 2011

Download e-book for free

Found this website today. Book lovers might want to check this site  which is compiled at hongkiat.com.

http://www.hongkiat.com/blog/20-best-websites-to-download-free-e-books/

Enjoy reading…

Sunday, December 4, 2011

Rakan lama

IMG_0001

Ini adalah gambar classmate saya 5M3 suatu masa dahulu sebelum kami membawa haluan masing-masing. Aida adalah rakan yang amat rapat degan saya. Selepas sekolah, kami membawa haluan masing-masing, maklumlah masa tu tiada Internet, Skype, or Facebook. Hanya snail mail sahaja yang ada. Setahun selepas itu Aida hantar gambar  ini sewaktu beliau di New Mexico, USA

IMG_0003

A year after that, I send her this picture.

IMG_0002

That was our last communication. Kami membawa haluan masing-masing. Ditakdirkan Allah, kami bertemu kembali pada hari Jumaat lepas di Shah Alam selepas hampir 30 tahun berpisah.

 

20111125_12484720111125_125638

Sesungguhnya laluan kita begitu berbeza. Semoga Aida tabah dengan dugaan hidup.