Tuesday, October 26, 2010

Home made pizza…..

Sudah beberapa hari, Haqim nak makan pizza, Ke Pizza Hut at least RM50.00 dah tentu, nak buat cheese tiada, so ke Shah Alam minggu lepas, singgah kedai barang kek untuk beli Mozarella cheese..and hari ini kami makan pizza, mushroom soup with garlic bread….Suka tengok Haqim makan…bahaya ni..

IMG_1582

Ehm.. kalau nak ikutkan harga barang dan kuantiti jauh lebih berbaloi dari makan di kedai..This is the second pizza..The first one habis dalam masa 15 minit, tak sempat nak ambil gambar pun..Yang ini ada lagi sebab nak bawa balik untuk anak saudara di Kuala Berang. Kasihan kat Haqim..next time mama buat lagi ye.

Yati, cubalah.. this is the resepi (taken from Pies & Puddings: Savoury Pies & Pastry) dan diolah mengikut cita rasa kami.

Toping:

  • sedikit ayam cincang (Kak Tih beli satu pek dan guna 1/4 darinya)
  • 5 biji cendawan butang (1 tin boleh buat 3-4 kali)
  • 3 hotdog( Haqim nak juga) - dihiris
  • 3 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih (dihiris)
  • minyak untuk menumis,
  • 2-3 sudu makan tomato sos, 1 sudu makan chili kisar (ikut suka pedas) dan sedikit garam.
  • 1 biji bawang besar dihiris.

Tumis bawang merah, bawang putih, chili kisar. Campur sedikit air, tomato sos dan garam. Masukkan ayam cincang dan kacau supaya ayam tidak berketul. Lepas ayam masak, masukkan hot dog dan cendawan butang. Biarkan kering, Sebelum angkat masukkan bawang besar yang dihiris bulat. Sejukkan

Doh Pizza..

  • 250 g tepung roti (boleh buat 2 keping dalam 8” setiap satu)
  • 1/2 packet yeast kering
  • 1 sudu gula + 150 ml (lebih kurang 1/2 mug) air suam
  • 2 sudu minyak olive oil (guna juga minyak yang dibeli beberapa bulan lepas ni he..he)
  • sedikit garam.

Masuk tepung dalam bekas, buat lubang kat tengah, masukkan yeast, garam, olive oil. Letak air sedikit-sedikit sambil diuli dalam 10 minit. Letak dalam bekas besar yang telah disapu minyak, biarkan naik dalam 1 jam (tutup dengan kitchen towel yang dilembabkan).

Panaskan ketuhar 200 Farenheit (api bawah), Selepas 1 jam, tumbukkan doh, bahagi  kepada 2 bahagian. Ambil satu adunan, uli sedikit dan bentuk dalam dulang pembakar. Bakar seketika dalam ketuhar (dalam 5 minit). Keluarkan doh, sapu tomato sos, letak topping dan cheese (mazarella + chedar :) kita buat sendiri mesti nak cheese banyak) dan bakar kembali (api atas bawah) dalam 15 minit..

Jangan tanya kalori berapa..sekali sekala ok kot… :)

Thursday, October 7, 2010

Abang Long dan adik

Senyuman abang Long dan tocang adik menarik perhatian saya untuk mengabadikan gambar ini berada disini. Abang Long kini telah berada di Tingkatan 2!!! Cepatnya masa berlalu…

OldPic20003

Gambar di Lenga

Masih saya ingat dihari Ayah nak ambil gambar ini, kami adik beradik sedang bergaduh. So semua orang masam dalam gambar ini.

oldPic0002

Aruah Azmi..

oldPic0003

Kereta pertama Ayah Mazda 323

 oldPic0005

Depan rumah sebelum pergi ke Sekolah agama.. Ha..ha..ha kelakarnya gambar ni…

Gambar bersama keluarga emak

Gambar-gambar ini diambil pada awal 90an. Bersama nenek sebelah emak, yang pada ketika itu menetap di Seremban.OldPic20015 OldPic20017

Nancy, do contact me if you read this web page.

Keluarga besar sebelah ayah

Semenjak ayah dan nenek serta atuk tiada, saya tidak lagi balik ke kampung di Negeri Sembilan. Gambar-gambar ini meninggalkan kenangan bersama keluarga sebelah ayah.Keluarga ayah yang kini semuanya telah pergi menemui Illahi..

OldPic20005

Gambar terakhir yang diambil beramai-ramai sewaktu Hari Raya Puasa – Masa itu Fatin (anak Azman) yang berusia beberapa bulan dipangku oleh emak. Sekarang Fatin dah Tingkatan 4.

OldPic20006

OldPic20007

Gambar bersama nenek dan atuk pada tahun 87di Pantai Desaru. Siapa ye kanak-kanak tersebut? cuba teka?

OldPic20011

Kenangan bersama ayah

Jika ditanya siapakah idola saya, sepantas kilat jawapannya adalah ayah yang memberikan sepenuh kasih sayang dan yang telah banyak berjasa kepada saya. Beliau jugalah yang mempengaruhi kebanyakkan nilai-nilai murni yang saya warisi. Namun beliau pergi terlalu cepat sebelum saya sempat membalas jasa beliau. Hanya beberapa kenangan yang tinggal bersama dengan beliau

OldPic20012

OldPic20014

Sewaktu mengerjakan Haji pada tahun 1991

OldPic20013

Selepas ayah meninggal, rumah ini juga kini tiada berpenghuni dan tinggal sebagai kenangan dalam memori kami. Bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka sebelum mereka meninggalkan kita. Al Fatihah untuk ayah.Semoga rohnya berada bersama-sama orang yang beriman dan mendapat rahmat dari Allah.

Kenangan emak dan ayah

Beberapa hari lepas, emak mengeluarkan beberapa album gambar dari bawah katil. Saya kira gambar-gambar ini disimpan sebagai kenangan. Sebahagian darinya ingin saya abadikan di blog ini.

OldPic20008

Beberapa minggu selepas perkahwinan mereka. Ayah berusia 19 tahun dan emak berusia 14 tahun

OldPic20009 Emak dan Mak Yah sewaktu di Labis Johor. Tak tahu dimana Mak Yah sekarang. Kalau ada keluarga Mak Yah dan Pak Md Dom yang membaca blog ini, harap dapat hubungi kami.

 

 

 

 

OldPic20016 Emak dan Mak Ngah

 

OldPic20010

Dari mula bekerja sehingga pencen, ayah adalah seorang pegawai di Jabatan Perhutanan Johor. Setiap 5 tahun kami akan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain di kawasan Johor. kami dibesarkan di beberapa tempat seperti Labis, Kahang, Jemaluang, Lenga, Ulu Sedili dan Kota Tinggi (yang saya ingat)

Tuesday, October 5, 2010

Makaroni Bakar

IMG_1520

Teragak nak makan makaroni bakar, so download lebihkurang 5 resepi and this is the one yang diolah :)

Bahan-bahan

  1. 1 mug makaroni – rebus dengan sedikit minyak dan tos
  2. Tumbuk – 4 biji bawang merah, 3 biji bawang putih
  3. 3 sudu besar serbok kari (saya guna serbok kurma pun sedap juga)
  4. 3 sudu besar ayam cincang (boleh guna daging tapi tinggi kalori !!!)
  5. 2 sudu besar sayur campur, sedikit cendawan butang (dihiris), 1 biji cili dicincang, sedikit daun sop dan bawang.
  6. Cheese disagat – saya guna chedar and mozzarella untuk toping
  7. 2 biji telor (resepi asal cadangkan 3 biji (tinggi kalori ni..)
  8. 1 cawan susu segar
  9. 3 camca besar tepong gandum

Kaedah.

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah serta serbok kari/kurma. Letak sedikit air sekiranya kering. Masukkan ayam/daging cincang. Gaul ban biar seketika hingga ayam/daging masak.
  2. Masukkan semua sayur-sayuran dan makaroni. Perasakan dengan sedikit garam. Sejukkan. (Nak makan pagi, boleh buat waktu malam dan simpan dalam peti sejuk).
  3. Panaskan oven (200 Celcius)
  4. Pukul telor sedikit, masukkan susu dan tepong. Kacau hingga rata.
  5. Sapu marjerin dalam bekas casserole. Masukkan campuran makaroni yang telah dimasak.
  6. Masukkan campuran telor, susu dan tepong.
  7. Letak cheese dilapisan akhir
  8. bakar 30 – 40 minit.

Nota: Yati, cubalah sedap…

Kuih bakar pandan (Melaka)

IMG_1521Satu lagi resepi tradisi dari emak. Bahan-bahan untuk 4 keping kuih.

  1. 2 mangkuk tepung gandum
  2. 1 mangkuk kuah telor
  3. 2 mangkuk gula pasir
  4. Kisar bahan-bahan ini  : 2-3 sudu jintan manis, 2-3 sudu ketumbar, 2 batang kulit kayu manis (yang ditumbuk dulu), 3-4 bunga lawang (ditumbuk dulu) beserta  10 helai daun pandan, 6-7 helai daun limau purut – tapis dan simpan air dalam 1 mug
  5. RM 2.00 santan pekat atau dalam 1 mug
  6. sedikit garam
  7. bijan (kalau suka)

Kaedah:

  1. Panaskan ketuhar 180C
  2. Campur telur, gula, gaul sehingga gula sebati dengan telur mengunakan pemukul telor. Masukkan tepung gaul lagi, masukkan santan dan air daun pandan sedikit-sedikit. Pastikan tepung tidak bergentel. Kadar kepekatannya – pekat sedikit dari adunan roti jala. Akhir sekali masukkan garam.
  3. Lenser margerin pada pembakar dan masukkan seketika dalam ketuhar.
  4. Masukkan adunan dalam bekas pembakar, Taburkan bijan dan bakar dengan menggunakan api atas bawah selama lebih kurang 30 – 40 minit. (garfu dicucuk dan adunan tidak melekat pada garfu).

 IMG_1523

Ti, sedap…Haqim dan emak habiskan sebiji yang pertama :)

Saturday, October 2, 2010

Open House

Tahun ini kami buat open house untuk jiran-jiran sekitar dan staf abah sahaja bagi memastikan mereka semuanya dapat kami layan dengan baik. Terima kasih kepada mereka  yang sudi hadir. Diantara rakan-rakan yang sempat dirakam gambar merekaIMG_1477  IMG_1479 IMG_1480 IMG_1481

Mohon maaf bagi yang lain-lain, tak sempat dah nak ambil gambar. Alhamdulillah, juadah yang kami sediakan habis. Tahun ini kami masak nasi minyak lauk ayam dan mee jawa. Surprisingly, yang habis dulu adalah nasi himpit dengan kuah kacang :)…

Lawatan ke Putrajaya

Pada hari raya ke tiga, Ayah Cik ajak kami sekeluarga ke Putrajaya memandangkan kebanyakkan warga kota masih beraya di kampung. Tertunailah hajat mama dan Haqim untuk ke Mine City dan naik perahu

IMG_1412 IMG_1418 IMG_1428 IMG_1431 IMG_1434 IMG_1435

Masih romantik, Ayah Cik dan Mak Cik

IMG_1438

Seperti biasa, mesti nak bergambar bersama pemandu, kali ini pemandu perahu

IMG_1441 

 IMG_1444

IMG_1442

Habit lama yang masih ada walau pun dah Darjah 4 :)..

IMG_1447 IMG_1448 IMG_1449 IMG_1450

Lagi gambar sewaktu cuti di Shah Alam

Hari Raya Puasa 2010

Masa berlalu begitu cepat sekali. Rasa baru berpuasa, dah tiba ketika untuk hari raya.

 IMG_1368 IMG_1370 IMG_1372 IMG_1373 IMG_1374 IMG_1379

Tahun ini lepas sembahyang raya, kami ke Shah Alam. Singgah sekejap rumah Ta dan Ni di Kemaman.

IMG_1384 

IMG_1388 IMG_1390

Kami beraya bersama Ayah Cik  dan keluarga di Shah Alam.

IMG_1394

IMG_1392 IMG_1393

Sempat juga pergi rumah Uncle Man (Adik Mak Cik), yang seronok ialah lihat kolam mandinya. Terasa bangga melihat ada orang Melayu yang ada rumah besar seperti itu..

IMG_1399

dan rumah Siti Nor..

IMG_1457 IMG_1460 IMG_1462

Selamat Hari Raya untuk semua – Maaf Zahir Batin…