Ada beberapa anak pokok dari tut dan keratan yang sudah stabil dan sedia untuk dilepaskan kepada yang meminati.
Friday, November 18, 2016
T61-Manresa-01
Keratan kedua yang hidup dari pokok buah kuning but unknown variety yang diberi oleh Pok Nik pada September lepas. Keratan pertama ada dalam polybag untuk dilepaskan kepada mereka yang berminat.
23/04/2017 – Hari ini pokok ini dikawinkan dengan Manresa yang saya dapat secara percuma sewaktu beli keratan. Pokok ini dah tinggi tapi tak berbuah. So kita tukarlah ye..
katanya buah Manresa besar dan sedap. Ini adalah gambar buah Manresa
Semoga grafting ini menjadi dan menghasilkan buah yang manis di Laman D Melati. Kita tukar tajuk ye..
28/02/2017 – Hampir 3 bulan lebih selepas ditanam. Dah besar. Masih menunggu untuk berbuah
18-11-2016 - Ada beerapa keratan lagi yang sedang melalui proses hardening.
T60-Iraqi-02
The other half of keratan Iraqi yang dibeli dari Tn Puzishak. Hari ini ditanam dalam pasu walaupun daun nya baru 3 helai bagi mempercepatkan pertumbuhannya. Semoga ianya hidup sihat seperti kembarnya .
13/4/2017 – Ini adalah buah ke lima yang masak dari pokok ni. Yang perama ke buah ke empat, petik dan makan . Perasan yang ianya dah mula merah. Petang dah lembik. Esoknya dah gugur Ehm cepat juga iraqi masak rasanya tak sampai pun 3 bulan.
Buahnya kecil berbanding dengan BTM dan Jumbo dan rasanya kurang manis mungkin dari pokok yang baru berbuah
28/03/2017 – Buah pokok ni memang kecil lah dan pertumbuhan pokok juga kurang laju macam sebelumnya.
28/02/2017 – Dah ada 10 buah pada pokok ni wei..insyaAllah 2 bulan setengah lagi dapat makan buah pokok ni. Orang kata masa peramnya tak sampai 3 bulan. Kita tengok ye..
29/01/2017 – Membesar bagai juara pokok ni. Ianya merupakan salah satu pokok yang tahan hujan dan panas. Sewaktu pokok-pokok lain teruk kena karat daun pokok ni steady je.
p/s- dah mula keluar mata ketamlah pokok ni #Feeling happy..
Ehm InsyaAllah boleh rasa buah dalam 3 bulan lagi.
Gambar pada 30/12/2016 – Dah besar pokok ni
Keratan iraqi kembarnya T53, selepas seminggu di tanam dalam pasu minggu lepas. Cepatnya besar jenis ni…
Semaian keratan En Jambul
Kali ni keratan yang matang saya gunakan cara hidroponik sementara yang masih muda saya gunakan teknik biasa dengan media separuh cocopeat separuh peat moss + perlite. Pengalaman mengajar, rumah saya banya agas so better tutup atasnya dengan perlite . Rasanya sehari dua lagi nak sembur dengan air minyak kayu putih pulak. Katanya berkesan untuk elakkan gnat. Hopefully semuanya hidup dengan subur di Laman D’Melati. Ameen.
Keratan ini tiba pada 16/11/2016. Keratan Doree, Black Mission, Sicily Red dan Texas Everbearing. Keratan di beli dari seller yang hanya mahu dikenali sebagai En Jambul dari group whatsApp Pokok Tin Paragon 202. Keratan melalui proses rooting selama 2 malam. Ingat nak tanam esok tapi atas sebab-sebab tertentu buat petang tadi (18/11/2016) takut esok tak sempat Terima kasih En Jambul yang beri 2 keratan percuma.
Monday, November 14, 2016
T59-Alma-01
Keratan yang diberi oleh Pak Nik Kemaman pada penghujung September dulu. Dapat dalam 5 keratan, Rasanya ada 4 batang yang hidup. Hari ni saya alih pokok dari keratan pertama yang membesar ke pasu. Khabarnya buah Alma sedap. Gambar buah alma dari laman Facebook Group tin@N9. Semoga saya dapat merasai buahnya satu hari nanti.
7/5/2017 – dah besar dan berbuah pokok ni -
27/03/2017 – Putik pertama alma gugur sewaktu hari yang panas sangat. Nevertheless pucuk baru tumbuh dengan mata ketam..suka suka..
14/03/2017 – Berputik buah sulong pokok ni – suka suka
28/02/2017 – 3 bulan lebih selepas ditanam – Bersama Flanders menyambut tetamu di pintu masuk rumah. Membesar tapi macam tak jadi jurara je. Apa-apa pun moga saya boleh merasa buahnya .
14/11/2016 – Alih ke pasu. Semoga ianya hidup bagai juara di laman saya. Ada lagi 3 anak pokok yang hopefully hidup dan dapat dialih ke pasu . Terima kasih En Nik semoga murah rezeki, panjang umur dalam keberkatan. Ameen..
T58-Flanders-02
The other half dari keratan flanders yang dibeli dari En. Abdul Hamid pada 2 Oct. Alhamdulillah keratan yang dibahagi dua bercambah kedua-duanya.
5/6/2017 – Hari ini merasa buah pertama dari pokok ini. Sedap, boleh tut dan tanam banyak banyak pokok ni. Nampak macam tak berapa comel tapi sedap isinya dan manis.
12/04/2017 – Kena guna kerusi untuk sampul buah lepas ni..Makin meninggi Flanders ni, cuba keluar cabang sikit .
Buah Flanders dari laman FB Puzishak. Saya dah agak buahnya agak besar. Tak pe saya terima apa sahaja yang jadi dari pokok ini .
27/03/2017 – Penyambut tetamu saya makin tinggi dan buah telah disampul . Ada lima biji and counting …
20/03/2017 – Pokok dah berbuahlah – suka suka .. Semoga ianya terus berbuah dan buahnya masak untuk kami rasa . Ameen..
28/02/2017 – 3 bulan lebih selepas ditanam – Menyambut tetamu yang datang kerumah kami. Lebih tinggi dari tuan yang ni. Dan daunnya mengalahkan iraqi dan purple jordan.
hari ini 14-11-2016, disalin terus ke pasu besar. Semoga kedua-duanya hidup membesar di laman saya.