The other half of keratan Iraqi yang dibeli dari Tn Puzishak. Hari ini ditanam dalam pasu walaupun daun nya baru 3 helai bagi mempercepatkan pertumbuhannya. Semoga ianya hidup sihat seperti kembarnya .
13/4/2017 – Ini adalah buah ke lima yang masak dari pokok ni. Yang perama ke buah ke empat, petik dan makan . Perasan yang ianya dah mula merah. Petang dah lembik. Esoknya dah gugur Ehm cepat juga iraqi masak rasanya tak sampai pun 3 bulan.
Buahnya kecil berbanding dengan BTM dan Jumbo dan rasanya kurang manis mungkin dari pokok yang baru berbuah
28/03/2017 – Buah pokok ni memang kecil lah dan pertumbuhan pokok juga kurang laju macam sebelumnya.
28/02/2017 – Dah ada 10 buah pada pokok ni wei..insyaAllah 2 bulan setengah lagi dapat makan buah pokok ni. Orang kata masa peramnya tak sampai 3 bulan. Kita tengok ye..
29/01/2017 – Membesar bagai juara pokok ni. Ianya merupakan salah satu pokok yang tahan hujan dan panas. Sewaktu pokok-pokok lain teruk kena karat daun pokok ni steady je.
p/s- dah mula keluar mata ketamlah pokok ni #Feeling happy..
Ehm InsyaAllah boleh rasa buah dalam 3 bulan lagi.
Gambar pada 30/12/2016 – Dah besar pokok ni
Keratan iraqi kembarnya T53, selepas seminggu di tanam dalam pasu minggu lepas. Cepatnya besar jenis ni…
0 comments:
Post a Comment