The other half dari keratan flanders yang dibeli dari En. Abdul Hamid pada 2 Oct. Alhamdulillah keratan yang dibahagi dua bercambah kedua-duanya.
5/6/2017 – Hari ini merasa buah pertama dari pokok ini. Sedap, boleh tut dan tanam banyak banyak pokok ni. Nampak macam tak berapa comel tapi sedap isinya dan manis.
12/04/2017 – Kena guna kerusi untuk sampul buah lepas ni..Makin meninggi Flanders ni, cuba keluar cabang sikit .
Buah Flanders dari laman FB Puzishak. Saya dah agak buahnya agak besar. Tak pe saya terima apa sahaja yang jadi dari pokok ini .
27/03/2017 – Penyambut tetamu saya makin tinggi dan buah telah disampul . Ada lima biji and counting …
20/03/2017 – Pokok dah berbuahlah – suka suka .. Semoga ianya terus berbuah dan buahnya masak untuk kami rasa . Ameen..
28/02/2017 – 3 bulan lebih selepas ditanam – Menyambut tetamu yang datang kerumah kami. Lebih tinggi dari tuan yang ni. Dan daunnya mengalahkan iraqi dan purple jordan.
hari ini 14-11-2016, disalin terus ke pasu besar. Semoga kedua-duanya hidup membesar di laman saya.
0 comments:
Post a Comment