Wednesday, September 14, 2016

T43-Black Jack-04

Pokok ini dibeli dari Nursery sebelah nursery Pok Mat (next time kena tanya nama peniaga kat nursery ni. Saya selalu kesana sebab saya suka tanah campuran hitamnya yang saya gunakan untuk tanam pokok tin yang dijual (6 bungkus RM10.00). Nama nursery tersebut adalah RM Nusery. Asalnya kedai ini menyewa kemah untuk tempahan perkahwinan dan mereka masih menjalankan perniagaan tersebut disamping buat nursery. So kalau musim kenduri kahwin pekerja agak kurang dikedai dan selalunya tanah tiada kerana tiada pekerja yang buat Smile.

7/05/2017 – Tuna dah mula bercambah dan satu dahan lagi dah mula nak keluar mata ketam tak sampai hati pulak nak potong Smile. Kita biarkan je lah..

t43

30/04/2017 – Tunas yang dicantumkan pada awal bulan dah pecah. Alhamdulillah secara rasminya pokok ini ada dua variety. BJ dan ?. Tak pelah as long as saya boleh makan buah yang berbeza Smile. Nak potong cabang utama tapi nampak macam nak berbuah so saya biarkan jelah. Cabang utama adalah Black Jack. Rasanya dahan SRH tu. Nanti kita compare dengan daun dan buah SRH bila dia besar.

t43

01/04/2017 – Pokok ini dah besar tapi tak berbuah. Ada dua dahan. Hari ini salah satu dari dahannya saya  buat grafting V dengan pucuk yang dibawa oleh Zura. Smile Belajar grafting Smile.

t43

27/11/2016 – Salah satu dari anak tut pokok yang dah stabil ditanam dalam pasu ni. Semoga ianya membesar dengan sihat. Sedih tapi begitulah lumrah alam.

IMG_2806

25/11/2016 – Pokok ini tidak bertahan selepas semua tutnya dipotong. Mungkin kerana musim hujan, pasu dan medium tidak terlus air. Medium basah. Tanah dikeluarkan, bahagian bawah pasu ditebuk (lubang ada dua je patutlah air bertakung).

Gambar pada 30/10/2016 – Tut-tut telah dipotong. Dah tak ada cabang. Satu tut tak menjadi, Saya ada 10 anak pokok Black Jack now. Cuma masalah sekarang, macamana nak buat supaya pucuk baru boleh keluar.

IMG_0222

Diantara tut dan cutting dari pokok ini yang telah dipindahkan ke polybag

IMG_0346IMG_0347

Yang ni tunggu daunnya stabil sikit lagi sebelum dipindahkan ke polybag. Total semua ada dalam 10 anak pokok. Alhamdulillah. Betullah kata sifu, kebarangkalian untuk tut hidup adalah lebih tinggi dari cutting.

IMG_0354

Gambar pokok pada 2 hb Oktober Smile. Ada 9 tut bertingkat. Minggu ni (6/10) batch pertama dalam 4 tut akan dipotong untuk diletakkan dalam polybag. Dah berakar. Oklah untuk belajar buat tut Smile.

IMG_6469

 

Update 2/10/2016 - Ehm, cara hydroponik seperti ini tak berapa ok, semua pokok  mati Sad smile.

Tut dari dahan ketiga. Nak experiment tanam keratan secara hydroponik.

IMG_6302

Pokok pada 14 Sept dah ada 3 tut. Terpaksa diikat pada pokok kelapa agar dahan tidak patah. Macam kelakar je tut saya tu. Saya budak baru belajar Smile

IMG_6300

Pokok ni dah besar dan berbuah. Sayangnya tidak terjaga kerana peniaga tersebut tidak berminat dengan pokok tin. Beliau hanya nak lepaskan pokok ini untuk mendapatkan ruang untuk pokok lain. Bagai disorong bantal, Saya beli (menggunakan bonus korperasi 2016) untuk ditanam keratan dan belajar buat tut. Pokok ada 3 dahan yang telah matang. 1 dahan saya potong untuk tanam keratan dan 2 dahan lagi nak belajar buat tut. Pokok dibeli pada 10 Sept 2016. Beria bawa balik dengan Atos. kelakar pulak Smile.

IMG_6230

T42-SV-02- Strawberry Verte

Keratan yang dibeli dari Aku Toys dikerat dua. Ini adalah keratan yang kedua.

27/02/2017 – Pokok ini kelihatan macam sakit sebab semua daunnya gugur. Hari ini bercadang untuk ubah pokok ini kedalam pasu felton yang lebih besar. Hampir kesemua akarnya telah repot. Sebab itu ia macam kurang sihat. Mungkin sebab pasu ni hanya ada 2 lubang sahaja Sad smile.  Hopefully lepas dapat rumah baru, ianya akan jadi lebih sihat dan berbuah dengan lebat.

t42 -sv

Gambar pada 30/01/2016. Dah hampir 6 bulan pokok ni. Masih menunggu ia berbuah selepas survive musim tengkujoh. Hampir togel daunnya.

sv1

Gambar pada 30/10/2016. Dah besar pokok ni, tunggu berbuah pulak. Dah diberi baja Atilia..hopefully dia berbuah bulan November ni..

IMG_0221

Gambar pada 2 Oktober 2016. Cepat membesar pokok ni Smile. Sudah berhujan dan berpanas Smile

IMG_6468

Oleh kerana keratan ini agak mahal, saya begitu berhati-hati sewaktu menjaganya agar ia tidak mati. Siraman secara titisan dilakukan. Ini keadaan pokok pada 14 hb Sept 2016. Rasa macam tak percaya. Titisan air yang mengandungi campuran baja AB. Masih belum berani nak jemur tengah panas Smile. Semoga ia terus hidup dengan sihat bagai jurara.

IMG_6301

Menariknya keratan ini hidup dahulu dari T41. Tetapi apabila keratan dibuka dari penutupnya semua daunnya gugur kerana terperanjat dengan perubahan suhu yang mendadak. Sama seperti T41, ianya dipindahkan ke pasu pada 10 Sept 2016.

IMG_6233

T41-SV-01- Strawberry Verte

Saya tergoda dengan warna isi dalam buahnya yang merah menyala. Keratan dibeli dari Aku Toys pada 15 August 2016. Bagusnya En Shahrul Rizal ni telah merawat keratan ini so bila sampai kat saya terus tanam.

27/02/2017 – Pokok ini ditanam dalam pasu yang lebih besar. Bila digali akar baru perasan pokok ni ada nematod patutlah ianya macam tak berapa sihat. Semua akar yang rosak dipotong dan pokok dialih ke pasu Felton. Semoga ianya lebih sihat dan berbuah. Dah tinggi pokok ni tapi still tak berbuah. Now I know why.

t41 SV

Gambar pada 30/01/2016 – Pokok ini bertahan dalam musim hujan yang lepas. Teruk juga darun kena karat daun sampai togel pokok ni. Pokok dah tinggi tapi masih belum berbuah ): .

sv2

Gambar pada 30/10/2016 – Yap, Pokok ni dah besar, Saya beri baja Atilia, terperanjat kejap dia, hangus beberapa helai daunnya. Tapi suka, suka, hopefully bulan ni dia berbuah..

IMG_0220

Gambar pada 2 Oktober 2016. Cepat besar pokok ni..

IMG_6467

Mungkin juga keratan masih baru jadi ianya hidup dengan baik Smile. Terima kasih En Shahrul. Pokok terus dipindah ke pasu besar besar (kes malas nak pindah berkali-kali Smile) pada

10 Sept 2016. (Cuti Hari Raya Haji) Ingat nak tanam masa hari raya haji tapi dah tak sabar.

IMG_6232

Moga ianya membesar dan berbuah seperti dalam gambar ini.

sv

Gambar dari Google…

T40-BTM6-12–Brown Turkey Matsui 6

Keratan ini dibeli dari Petani Kota. Alhamdulillah mula didedahkan pada panas dan hujan pada 10 Sept 2016.

Gambar pada 30/12/2016.Selepas 2 bulan setengah, nampak macam nak keluar buah dah. Pokok dialih ke belakang dapur untuk membolehkan ia mendapat cahaya yang cukup.

T40

Gambar pada 30/10/2016. Banyak cabang yang tumbuh, saya biarkan 3 sahaja. Alhamdulillah..cepat tumbuhnya.

IMG_0219

Gambar pada 2 Oktober 2016.

IMG_6466

Gambar pada 10 Sept 2016

IMG_6231

T39-CLRN-01-Calimryna

Ini adalah pokok dari tut yang dibeli dari Nursery Fahmies. Apabila tiada Green Jordan, beliau mencadangkan tut ini. Selepas baca dari Internet, khabarnya pokok ini manis buahnya so saya terima. Banyak cabaran jaga pokok ini kerana ianya dijangkiti kulat. Pucuk diatas mati kerana kulat. Hopefully pucuk kat bawah tu bertahan..

27/07/2017 - Pokok ini hampir mati sewaktu musim tengkujuh yang baru lalu. Hari ini saya alih dia ke pasu yang lebih besar. Semoga ianya membesar dengan baik dan berbuah.

739-Crlm

Gambar pada 30/10/2016 – cepat besar pokok ni..

IMG_0363

Gambar pada 2 Oktober 2016 – Dahan utama dah mula stabil Smile semoga ianya membesar sebagai johan ..

IMG_6465

Gambar pada 4 September 2016.

IMG_6210

Kabarnya buahnya adalah seperti berikut

calmyr1b