Saturday, May 28, 2016

Periuk Noxxa

 

noxxa

Dah lama berhajat, at last pejam mata beli Smile untuk membantu saya bulan puasa dan hari raya ni… Parcel tiba dah beberapa hari ni skynet at last  19hb baru gi ambil, Suka suka Smile  So lepas ni kita ada a list of resepi untuk periuk ni ye..

Wednesday, February 3, 2016

Puding Caramel in a cup

cream caramel

Haqim minta mama buat kuih ni the last time dia balik rumah tapi mama tak sempat buat. Kebetulan ada kenalan yang minta buatkan. So malam ni terhasilkan puding caramel in a cup. Saya cuba 2 resepi dari online. Saya rasa ini resepi yang okay, kena dengan selera saya. Saya catatkan disini untuk digunakan dimasa hadapan. Cukup untuk 20 cups

Caramel

1 cawan gula pasir, dimasak dengan menggunakan api sederhana sehingga cair dan berwarna perang. Jangan sampai gelap nanti pahit. Kacau sekali sekala dengan senduk kayu. Bila dah perang, masukkan 2 cawan air. Hati-hati semasa memasukkan air. Gula akan membeku dulu. Masak sampai gula cair kembali. Sejukkan. (Saya baca kalau dibiar bermalam lagi sedap). Masukkan dalam bekas kecil. Saya masukkan satu senduk air untuk satu cup.

Puding.

Bahan-bahan

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu sejat
  • 1 tutup botol vanilla
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • sedikit pewarna kuning

Campurkan semua bahan. kacau sehingga sebati terutamanya tepung kastard dan panaskan atas api sehingga berasap (tak perlu mendidih) Angkat dari dapur, naikkan pengukus.

Kacau rata 6 biji telur. Tak perlu sampai berbuih, cukup macam nak buat telur dadar, Masukkan dalam campuran susu tadi, kacau rata dan tapis. Masukkan dalam bekas kecil. Kukus 15-20 minit menggunakan api sederhana (penting). Buka dan lap penutup kukusan beberapa kali untuk memastikan air tidak masuk dalam puding. Jika puding dah firm maknanya ia telah masak. Sejukkan dalam peti ais..

Selamat mencuba…

Friday, January 8, 2016

Ayam bakar rosemary

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 4-5 biji bawang merah (saya tambah)
  • 1 sudu besar rosemary kering
  • 1 in halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 2-3 sudu besar gula merah
  • 1 sudu kecil garam
  • 2-3  sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar  minyak zaitun
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak

Kaedah

  1. Ayam dipotong empat (Kalau suka saya biarkan tanpa dipotong)
  2. Tumbuk rosemary, jintan manis, ketumbar, (Jangan sampai lumat)
  3. Tambah dan tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia
  4. Tambah dan gaul gula merah, minyak zaiton, dan jus lemon
  5. Gaul bersama ayam, kentang dan lobak (di potong besar), perap sekurang-kurangnya 1 jam
  6. Balar dalam ketuhar 180 – 200 Celcius selama dalam 1 jam

Note: Saya ubah sudu besar ke sudu kecil bila bakar 2 peha ayam sahaja…

Kuih Apam Pisang Gebu

Ini adalah kueh apam pisang yang saya suka dan senang untuk buat. Saya rekod kat sini untuk memudahkan saya refer dimasa hadapan : )

Bahan

  • 1 cawan pisnang lenyek (dari 5-6 biji pisang emas yang masak ranum)
  • 1/2 cawan minya masak / jagung
  • 3/4 cawan gula perang  (bubuh lebih kalau nak manis)
  • 2 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • sedikit garam

Kaedah :

  1. Ayak tepung, baking powder dan soda bicabonate
  2. Gaul rata semua bahan
  3. Perap dalam 20 minit
  4. Panaskan kukusan.
  5. Sapu minyak pada acuan. Isi adunan 3/4 penuh
  6. Kukus dengan api besar selama 15-20 minit.
  7. Sejukkan dulu sebelum dikeluarkan dari acuan..

Selamat Mencuba…

Tuesday, September 1, 2015

Biskut dahlia susu

Bahan-bahan :

Bahan-bahannya:
- 250 gm butter
- 250 gm susu pekat manis
- 460 gm tepung jagung (ayak dahulu)
- ceri/choc chip untuk hiasan

Cara-cara membuat:

1- Pukul butter & susu pekat manis hingga sebati (pakai whisk je), jangan terlalu lama risau nanti kembang.

2- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan gaul dengan rata.

3- Tekan dengan acuan dan hias samada dengan ceri atau chocolate chip.

4- Bakar pada suhu 150 darjah selama 12-15 minit.

Puding Milo

Bahan-bahan:-
10 gm serbuk agar-agar
750 ml air
150 gm gula pasir
3/4 cawan milo
1 tin susu cair
1 bungkus biskut oreo
Cara-caranya:-
1. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga larut.
2. Masukkan susu cair dan masak lagi hingga mendidih n tutup api.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian ( bahagian A dan B ) dan masukkan milo pada satu bahagian ( bahagian B ) dan kacau larut. Bahagian A tidak perlu dicampurkan apa-apa.
4. Masukkan sedikit adunan bahagian B dlm acuan n biarkan ia mengeras sedikit.
5. Kemudian,masukkan adunan bahagian A dan patahkan dua biskut oreo kedalamnya.Biarkan ianya mengeras.
6. Akhir sekali,masukkan baki bahagian B tadi n biarkan ia keras(beku).
7. Masukkan dalam peti sejuk.
8. Boleh dipotong dan dihidangkan.

ROTI BOY (MEXICAN BUN)


Bahan inti:-
100 gram mentega  dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang
Bahan untuk Topping:-
100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
100 gram tepung serbaguna, diayak
Bahan untuk Doh Manis
500 gram tepung roti, diayak
20 gram tepung susu, diayak
75 gram gula kaster
1 sudu teh) garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
60 gram mentega, dilembutkan
NOTA:- -bergantung kepada saiz setiap roti yang anda bentukkan. (17 biji)
Cara untuk Intinya :
01.  Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. 
02.  Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. 
03.  Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. 
04.  Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Cara untuk Topping :
01. n Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. 
02.  Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. 
03.  Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. 
Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Cara untuk Doh Manis :
01.  Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. 
02.  Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 
03.  Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 
04.  Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat.  
05.  Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
Cara untuk membuat Roti Boy :
01.  Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. 
02.  Letakkan inti di tangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). 
03.  Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. 
04.  Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. 
05.  Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam.
06.  Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. 
07.  Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.