Sunday, July 9, 2017

Paint marker

Salah satu masalah figgers adalah menanda variety pokok. Kebiasaanya figgers guna permanent marker atau liquid paper pada pasu atau bag hitam pokok atau penanda pokok. Berhujan dan berpanas, tag nama ini hilang dalam masa beberapa bulan. Dalam group Figgers di Facebook ada figger yang mencadangkan penggunaan paint marker. Semalam pergilah saya di beberapa hardware store untuk mencari paint marker. Di kebanyakan store, minta saya pergi ke kedai stationary, saya dah pergi ke tiga kedai stationary, depa tak pernah dengar pun paint marker. At last di kedai hardware yang ke lima saya jumpa marker ini :-

paint marker

Unfortunately hanya ada warna kuning saje. Okelah dari tak de. Satu petang tag kembali semua pasu dan anak-anak pokok tin saya. Tulisan besar-besar supaya dari jauh dah tahu variety apa  Smile. Contoh tagging – Ehm suka suka..

verdino

Bagi yang nak beli marker ini di Dungun, saya beli kat kedai hardware depan pasar malam hari isnin. Yap yang sebelah jalan U-turn tu..

0 comments:

Post a Comment