Saya beli keratan pokok ini dari En Aku Toys. Katanya keratan dari oversea tapi tak ada id. Diantara pokok yang paling banyak buah. Saya rasa lebih dari 20 biji. Tetapi buah-buah yang awal semuanya jatuh sebelum masak. Selepas dalam 10 biji gugur, saya dah malas nak sampul tapi malas pulak nak buang. Lately, saya dapati buah yang masak mangkin besar dan kuning. Semalam dapat rasa buah dari pokok ini. Berbuah agak kecil dalam 20-30 gram sebijij. Mungkin buah awal so buahnya kecil sedikit tetapi isinya manis dan sedap. Boleh tut pokok ini bagi menggalakkan pertumbuhanya. Cuma masalah saya it keep on berbuah kat hujung tu dahan yang berbuah. Macamana nak tut? Ada dua dahan sahaja. Tunggujelah..
……………
0 comments:
Post a Comment