Friday, May 19, 2017

Tanam pokok tin–My Way–Media Tanaman

Ramai yang bertanya apa media yang saya gunakan untuk menanam pokok-pokok tin. Sukar untuk saya menjawab soalan ini kerana saya menggunakan beberapa bahan sewaktu mengaul media tanaman. Ini adalah media tanaman saya – Tanah dari 3 nurseri Smileyang terdapat diDungun.

tanah

Plastik pertama (yang besar) dibeli dari Kedai Peladang (Belakang Pasar Dungun). Tanah ini ada top soil dan arang dari buah kelapa sawit. Tanah ni RM2.50 satu, Tanah kedua (yang dibunjut) saya beli dari RM nurseri 5 bekas RM10.00 Tanah ini tiada top soil.  Tanah ini adalah campuran cocopeat, arang yang dihancurkan dll. Katanya 5 dalam satu tapi ianya agak halus sebab itu saya perlukan tanah dari peladang dan tanah merah. Tanah merah dibeli dari nuseri Kak Mah RM4.50 satu. Ianya adalah batu-batu kecil yang hancur sewaktu bata dibakar. Tanah ini perlu untuk membuatkan media tidak menakung air. Yang perlu media yang digunakan tidak menahan air. Penggunaan top soil dan tanah merah yang banyak akan menyebabkan tanah keras selepas beberapa bulan. So untuk sekali bancuh saya gunakan 1.5 plastik tanah merah bakar ini. Tip – Beli tanah merah bakar di nuseri di Kuantan harganya RM2.00 satu.

1)Tanah top soil (Peladang) –> RM7.50;
2)Tanah dari RM nuseri   --> RM10.00;
3)Tanah merah bakar   --> RM6.00

Total – RM23.50 untuk 2 pasu diy.

Selain itu ini adalah bahan tambahan
4) kapur pertanian –> 2 mangkok
5) the rock – tanah gunung berapi – 2 genggam
6) sekam bakar (jika ada) dalam 3 mangkok

rock

Tanah perlu digaul sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum digunakan. Paling baik tanah dibiarkan berhujan dan berpanas selama 3 bulan sebelum digunakan (ini sifu beritahu). Tapi saya tak pernah lagi sempat simpan tanah 3 bulan Smile. Paling lama 3 minggu Smile.

Selalunya jika saya mahu menggunakannya tanah dalam 2 minggu, selepas digaul saya siram air + sedikit melathion (racun serangga) bagi memastikan gnat telah mati sebelum ditanam dengan anak pokok.

0 comments:

Post a Comment