Friday, May 19, 2017

Tanam pokok tin–My Way–isu pasu

Ramai yang bertanya  tak guna pasu tembikar? kalau guna pasu kecil ok ke tidak, kalau tanam kat tanah ok ke tidak etc.. So di laman ini saya jelaskan apa yang saya guna sewaktu menanam pokok tin berdasarkan pengalaman saya menanam dan mendapat ilmu-ilmu dari sifu-sifu yang saya dapat. Bare in mind saya bukan seorang yang ahli dalam penanaman pokok. Cara saya adalah berdasarkan kepada bahan-bahan yang saya senang dapat diDungun.

Saya guna pasu plastik 17 in yang dijual di DIY. Yang RM11.50 satu tu Smile. Kenapa tak guna bakul? sebab bakul hitam tu susah nak dapat kat Dungun. Bakul besar yang ada RM30.00 way to expensive for me.

pasu3

Kenapa tak pakai pasu tembikar yang tanam bunga kertas? Pasu tembikar hanya ada 2-3 lubang dibawah yang menyebabkan aliran air tidak begitu baik. Beberapa pokok saya mati kerana air yang banyak dimedia. Kalau nak guna pasu tembikar cadangan saya pecahkan bahagian bawah dan tutup dengan lapisan dawai hijau tu untuk memudahkan aliran air.

Kenapa tak tanam kat tanah? Saya cuba tanam 2 pokok Black Jack di tanah, tapi dah setahun pokok tak berbuah sedangkan Black Jack adalah varieti yang paling senang berbuah. Mungkin tanah di kawasan rumah saya tidak sesuai untuk pokok tin. On top of that, saya tak ada banyak kawasan tanah dirumah Smile.

Saya dah cuba tanam dalam plastic hitam dan bekas putih (bekas cat ) yang besar tu dan pasu yang kecil –> pokok tidak berbuah atau pertumbuhannya terhenti selepas beberapa bulan Mungkin tanah dalam pasu-pasu tersebut kurang dari dalam pasu 17”.

Sebelum saya gaul tanah, saya buat lubang tambahan di bahagian tepi dan bawah pasu DIY bagi memudahkan aliran air keluar. Ini Sifu Saiful dan Pok Nik yang cadangkan. Mereka guna gril tapi saya cuba guna gril tak ok.

pasu1pasu2 

So saya guna alat ini. Yap beli kat DIY juga.

penebok

Cuma kena careful bila guna alat ini sebab eletric senang overload and alat boleh rosak. Ini adalah alat yang ke ketiga in one year Smile. So bila guna alat ni kena work faster and after every pasu kena off dulu eletriknya. Lupa nak beritahu, beli yang matanya besar sikit supaya lubang itu besar.

0 comments:

Post a Comment