Satu lagi buah mini kat Laman Tin DeMelati. Mungkin tin yang punyai nama wanita comel-comel kot . Contohnya buah Lisa yang juga bersaiz mini ni. Rasanya kurang sikit mungkin buah pertama atau mungkin pembajaan saya tak cukup bulan ni sebab hujan yang agak kerap pada bulan ini.
Wednesday, November 1, 2017
Thursday, October 26, 2017
Buah Tin–Olympia
Satu lagi buah mini yang sedap. Mungkin juga pokok saya tak begitu subur so buahnya tidak besar . Mungkin juga ini buah pertama so saiznya kecil ini saiz buah masak yang paling mini berbuah kat kebun saya. Walaupun saiznya mini tapi rasanya sedap. Tak cukup pulak rasa sebiji je. Pokoknya berbuah lebat hopefully yang lain akan menyusul.
Tuesday, October 24, 2017
Buah Tin–Lisa
Sebagaimana biasa buah yang kecil kebiasaannya sedap dan manis. Satu lagi buah mini yang sedap ialah lisa. Pokok ini rajin berbuah cuma buahnya comel je. Rasanya buah ni tak masak ranum tapi dah manis.
Buah Tin–Green Jordan
Buah pokok ini mengambil masa 5 ke 6 bulan untuk matang / masak. So selalunya buat tak nampak je buah pokok ni. Hari ni nampak dah merekah. 2 biji sekali masak. Seronoknya. Sesuai dengan namanya buah Green Jordan masak berwarna hijau kekuningan. Perasan ianya masak bila dah merekah dan lembik sikit. Sedap buah ni, berbaloi tunggu ianya masak. Suka tengok bahagian dalam dan rasanya manis. Boleh tut lagi pokok ni dan tanam lain sebab buahnya sedap walaupun lambat masak
Comel warna isi dalamnya.
Saturday, October 21, 2017
Hummus
Dah ada resepi roti arab kena adalah pulak resepi hummus . Resepi yang diambil dari Internet
Bahan-bahan
Kaedah membuat
Drain the chickpeas and set aside the liquid from the can. Combine the drained chickpeas, lemon juice, sesame paste, crushed garlic and salt in a blender or food processor. Add 1/4 cup of the reserved liquid from the chickpeas. Blend for 3-5 minutes on low until thoroughly mixed and smooth.
Place in a serving bowl, and create a shallow well in the center of the hummus.
Add a small amount (1-2 tablespoons) of olive oil in the well.
Garnish with parsley (optional).
Ada side yang tambah cumin / paprika / lata hitam sikit dalam resepi ini.
Roti Arab
Simpan resepi dari rakan WhatsApp – Pn Rashidah Kamal. Hopefully nanti senang nak cari next time Nanti dah buat kita letak gambar.
Bahan A
- 375 750 gram tepung roti
- 325 650 gram tepung gandum
- 90 180 gram gula kastor
- 6 12 gram garam
- 7.5 15 gram bread improver
- 2.5 5 gram bread solfener
- 10 20 gram yis
- 40 80 gram serat gandum
Bahan B
- 30 60 gram susu pekat +
- 240 480 gram air sejuk +
- 150 300 gram air batu
Bahan C
- 40 80 gram shortening
Kaedah
- Campurkan bahan A dan Bahan C sehingga sebati
- Campurkan Bahan B dan mix sehingga sebati.
- Uli adunan sehingga lembut – 20- 25 minit
- Bahagikan kepada 100 gram, leperkan dalam bekas 5 in
- Biarkan doh kembang dalam 1 jam 30 minit ke 2 jam
- Bakar dalam oven 190 Celcius atas 220 Celcius bawah.
Creme Brulee Chocolate Cake
Diantara kek yang menjadi viral online. Sudah 2 minggu join PJJ kelas for this cake. Teruja bila lihat hasil dari rakan-rakan yang meracun fikiran dengan hasil masakan meraka. At last hari ini saya luangkan masa 3 jam untuk buat kek ini. Agak cerewet kek ni, 4 lapisan ni.. dgn bahan-bahan yang ada diantaranya tiada di Dungun. Modal bahan-bahan untuk buat kek ini juga agak mahal
Tapi berbaloi diantara kek yang sedap yang saya perbah buat . Unfortunately perjanjian dengan guru, saya tak boleh letak resepi disini. Terima kasih sedap kek ini…
Cucur udang
Rasanya ini adalah resepi cucur udang yang paling sedap yang saya pernah buat. Terbaca resepi ini dari Facebook. Terasa nak cuba so petang ni dapat makan jejemput yang garing diluar dan lembut didalam dan stay lembut selepas beberapa jam.
Ini resepinya kalau nak cuba - Dapat dalam 10 biji – cukup untuk sekali makan ..
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung beras (saya tak pernah letak sebelum ini)
- 1 biji telur – pukul sikit
- garam sedikit
- 1/2 sudu baking powder (saya tak pernah letak sebelum ini)
- air (yang ni tak reti nak sukat – pekat sikit dari adunan roti jala )
- sedikit udang (agak-agak cukup)
- 1 biji bawang besar
- sedikit taugeh
- sedikit daun kucai
- sedikit garam
Kaedah Membuat
- Gaul semua bahan
- panaskan minyak dan goreng.
Selamat mencuba
Buah Tin– Palau
Satu lagi variasi yang agak popular di kalangan Figgers kerana rasanya yang manis dan texturenya yang sedap. Diantara pokok yang mahal yang pernah saya beli. Nevertheless, pokok ini rajin berbuah dan ini adalah buah pertama dari pokok tersebut. Agak kecil saiznya mungkin buah yang pertama. Diantara buah yang comel dan cantik bila masak . Memang sedap rasanya. Tak sabar menunggu buah-buah yang lain masak.
Tuesday, September 26, 2017
Muffin Pisang
Resepi ini saya ambil dari whatsApp Group Roti Shida Zul. Best group ni macam-macam resepi dan tips yang saya pelajari. Salah satu darinya adalah resepi ini yang senang nak buat dan cepat. Sedap, lembut dan gebu muffin ni walaupun rupanya tak comel ye .
Bahan-bahan
12 biji 24 biji
2 biji 4 biji pisang berangan dilecek
1 biji 2 biji Telur
1/4 cwn 1/2 cwn Minyak Jagung
1/4 cwn 1/2 cwn gula perang
1/4 sb 1/2 sb esen vanilla
1/4 st 1/2 st garam
1/2 cwn 1 cwn coklat chip
1/4 cwn 1/2 cwn almod (ketuk-ketuk sikit)
Kaedah:
1) Panaskan oven – 170 degree
2) Ambil sedikit tepung dan gaul dengan coklat chip
3) Masuk semua bahan kecuali coklat chip dan almond bermula dengan bahan cecair dalam blender. Blend sehingga sebati. Keluarkan masukk dalam jug
4) Masukkan choklat chip dan almond. Gaul sebati
5) Masukkan dalam bekas muffin
6) Bakar dalam 15 minit – sehingga masak.
Saturday, September 23, 2017
Pokok sayur
Anak sayur ini dibeli dipasar tani di Masjid Intan Zaharah. Anak terung panjang, anak chili panjang dan anak pokok bendeh
Friday, September 22, 2017
Keratan dari Fig Sham Fertigasi
Walaupun success rate tanam keratan agak rendah, tapi keseronokan melihat pokok yang hidup dari tut mengujakan saya. Bulan ini 30 keratan dari Fig Sham Fertigasi ini disemai Rasanya yang last dah ni untuk tahun ini sebab dah mula musim hujan
Dalam box 2 ada beberapa keratan yang telah berdaun. Hopefully semuanya survive nanti. In a few days kita ambil gambar ye.
22/09 – ada 2 cutting telah diselamatkan – berkulat sewaktu rooting. Which one tak tahu sebab tak keep track nombor. Kita tengok yang success jelah nanti ..
Keratan ini sampai ke tangan saya pada 12 hb September. Tak sempat nak tanam so buat rooting je dulu. Hari ini baru sempat tanam. In view of musim hujan sudah bermula, suspense nak tanam peram takut kulat. So kali ni nak eksperiment -
1) rasa macam nak combine terus hardening proses supaya tak payah nak transfer dari cup ke polybag. Media yang digunakan – tanah dari peladang (mengandungi tanam liat + arang dari buah kelapa sawit bakar dan cocopeat) serta sekam bakar. Towards the end, pakai je tanah yang disediakan untuk tanam pokok tin (dah tak larat nak bancuh). Ada dekat 40 keratan termasuk keratan dari cabutan bertuah – Blue Giant dan TGF (Yellow) yang Aina beri. Tanam terus dalam polybag sampai besar dan sesuai untuk ditanam didalam pasu. Kurang satu step, mengurangkan kebarangkalian akar putus bila transfer dari cup ke polybag dan mengurangkan stress pokok.
2) Nak tanam open (polybag akan dibungkus pada bulan pertama untuk mengelakkan dari gnat). Tanam open untuk mengelakkan daun ‘terbakar’ bila dikeluarkan dari ‘bilik peramam’.
Nanti kita lihat success rate teknik ini pula.
Buah Tin–Verdino
Satu lagi buah dalam kategori kecil tapi sedap. Manis, worth tunggu lama untuk mendapatkan buahnya. Buah kedua nampaknya besar may be lebih dari 25 gram. Buah masak hijau kemerahan, isinya warna merah. Cuma pokok ini tidak berbuah lebat seperti Flanders, Red Saudi atau Holgin. Boleh tut pokok ni.
Monday, September 11, 2017
Buah Tin–Holgin
Salah satu buah yang saya suka dan akan ditut untuk memperbanyakkan pokok. Buah sederhana besar dan manis. Pokok juga cepat berbuah dan berbuah lebat.
Tuesday, September 5, 2017
Anak pokok yang dialih pada 3 September
IncaGold, BP dan Rimadi dialih ke dalam polybag yang lebih besar. At last tut B1101 telah berakar dan dialih kedalam polybag hari ini.
Ehm dari 24 keratan yang ditanam last time hanya 7 sahaja yang menjadi. Kena cari kaedah tanaman cutting yang lebih baik .
Monday, August 28, 2017
12 Tut 25/8
Wah hari ini potong tut yang dah 3 minggu atau lebih. Ada 12 semua sekali.. Wah kalau hidup semua sekali ni bestnya. Ada yang ditut untuk dapatkan backup. Ada yang ditut untuk stresskan pokok supaya pucuk baru keluar .
Tut Flanders dan Goulban ditanam terus ke pasu bagi menggantikan tut yang mati. Yang lain dah masuk dalam polybag, biar stabil sikit dalam 3-4 minggu sebelum ditanam. suka suka..
Semoga semuanya hidup subur di laman DMelati…
Friday, August 18, 2017
Buah Tin–Red Libya
Pokok tin ini terkenal dengan daunnya yang mempunyai haruman tersendiri untuk dibuat air. Pokok yang dewasa, daunnya agak besar. Walaubagaimana pun, buah pokok ini dikategori sebagai saiz min (kurang dari 20 gm) Pokok ini cepat besar dan tahan lasak. Bezakan saiz buah dan saiz daunnya.. Walaupun kecil tapi buahnya sedap. Agaknya memang buah yang sedap saiznya kecil.
Tut 18 Ogos 2017
Alhamdulillah, ini adalah tut-tut yang dipotong pada petang tadi untuk dialihkan kedalam polybag.
Tut selepas dialih ke polybag. Semoga ianya hidup subur di Laman Demelati.
Tut 11 Ogos 2017
17/8/2017 – Tut Iraqi telah dibeli oleh Wan (InfoTech) untuk ditanam dirumah emak mertuanya diTermerloh. Semoga pokok hidup sihat disana.
Tut-tut ini dipotong pada 11 Ogos 2017.
Tut-tut yang telah dialih ke polybag untuk harderning proses
Tut RS kedua dan MLY mencemaskan sebab akarnya putus sewaktu tut dialih ke polybag. Kedua-dua pokok iraqi ada buah . Saya biarkan saja in the case ianya boleh bertahan .