Rasanya ini adalah resepi cucur udang yang paling sedap yang saya pernah buat. Terbaca resepi ini dari Facebook. Terasa nak cuba so petang ni dapat makan jejemput yang garing diluar dan lembut didalam dan stay lembut selepas beberapa jam.
Ini resepinya kalau nak cuba - Dapat dalam 10 biji – cukup untuk sekali makan ..
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung beras (saya tak pernah letak sebelum ini)
- 1 biji telur – pukul sikit
- garam sedikit
- 1/2 sudu baking powder (saya tak pernah letak sebelum ini)
- air (yang ni tak reti nak sukat – pekat sikit dari adunan roti jala )
- sedikit udang (agak-agak cukup)
- 1 biji bawang besar
- sedikit taugeh
- sedikit daun kucai
- sedikit garam
Kaedah Membuat
- Gaul semua bahan
- panaskan minyak dan goreng.
Selamat mencuba
0 comments:
Post a Comment