Macam boleh terdengar abah comment – “Another talam” ha..ha..ha.. Terasa nak makan. Hari ini Talam Jagung. Resepi ini saya salin beberapa hari yang lepas (tak ingat dari laman mana). Terima kasih kepada tuan punya resepi. Saya reduce bahan kepada setengah sahaja (keluarga kami tak ramai, resepi asal menggunakan loyang 10 X 10 in. banyak tu..) Selain dari itu, saya dah ubah kiraan metrik kepada cawan bagi memudahkan saya buat kuih ini in the future. Here is the resepi
Santan – Saya guna 2 kotak santan segera (200ml setiap satu) dicampur dengan 600 ml air menjadikannya 1000 ml (1liter). Saya bahagi 2 campuran ini iaitu 600 ml untuk bahagian A (bawah) dan 400 ml untuk bahagian B (atas)
Bahan-bahan untuk bahagian A (lapisan bawah)
- 11/2 cawan tepung beras
- 1/3 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar tepung ubi
- 1/2 cawan gula kastor
- sedikit pewarna kuning
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 tin jagung cream (saya guna yang dalam tin 440ml banyak tu sebab saya peminat jagung..)
Bahan-bahan untuk bahagian B (lapisan atas)
- 3/4 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 biji telur
- pewarna hijau
- esen pandan
- sedikit garam
Kaedah saya buat kuih ini.
- Minyakkan loyang (7 in X 7 in)
- Panaskan kukusan
- Masukkan Santan (A) – 600 ml kedalam blender. Masukkan semua bahan A kecuali jagung. Blend sebati.
- Tapis campuran bahan A kedalam periuk. Masukkan cream jagung.
- Masak menggunakan api sederhana sambil dikacau sehingga keluar wap dalam 7-10 minit.
- Masukkan dalam loyang dan kukus selama 25 minit.
- Apabila waktu memasak bahan A tinggal 10 minit untuk tamat, campurkan semua bahan B dalam blender. Blender seketika.
- Masak menggunakan api sederhana sambil dikacau sehingga keluar wap. Tutup api.
- Keluarkan loyang dari kukusan, lap air yang berada diatas adunan dengan kertas tisu dapur, carikkan sedikit dengan menggunakan garfu.
- Masukkan adunan bahagian B yang telah dimasak sebentar tadi. Kukus selama 25 minit lagi.
Nota:
- Saya menggunakan bekas corning bersaiz 6 in X 6 in, so kuih saya tebal sikit :) . Tak sangkalah pula banyak juga adunan ni
- Adunan bahagian atas akan naik sedikit sewaktu mengukus. Mungkin kerana kehadiran telur. Jangan risau kerana ia akan turun kembali apabila telah sejuk.
Selamat mencuba…Jom makan Talam Jagung