Sunday, July 22, 2012

Ayam kampung goreng rempah

20120720_130312
Siapa kata hitam itu tidak menarik? Haqim kata ayam goreng mama lebih sedap dari KFC Winking smile.  Ayam ini digoreng lama sedikit kerana ianya adalah ayam kampung dan penggunaan rempah menyebabkan warnanya gelap sedikit berbanding dengan ayam goreng biasa. Resepi ini menggabungkan beberapa bahan yang dikongsi oleh beberapa teman dan kenalan.
Bahan-bahannya.
  • Seekor ayam kampung muda (saya cari yang paling kecil. As of yesterday harganya RM10.00 seekor
  • Rempah kari ayam (saya guna rempah Alagapas)
  • 4 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 2 batang serai (dihiris halus)
  • sedikit halia
  • sedikit daun kari
  • 2 sudu cili boh
  • 2 sudu madu ( Ini petua dari aruah Tibah)
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit serbok
  • 2 sudu tepung jagung
  • minyak untuk mengoreng
Kaedah membuatnya
  • Ayam dibelah 4 dibersihkan dan ditoskan
  • Blender bawang merah, bawang putih, serai, halia, daun kari.
  • Dalam satu bekas besar, gaulkan ayam bersama bahan yang diblender, cili boh, madu, garam, kunyit serbok, dan tepung jagung.
  • Perap sekurang-kurangnya setengah jam
  • Panaskan minyak, biarkan betul-betul panas baru masukkan ayam
20120720_123412
  • selepas seketika, goreng ayam menggunakan api yang sederhana.
Nota – sedap dimaka bersama nasi kukus samada dicicah dengan sos tomato/cili atau sos lemon madu.

Sos Lemon madu

20120720_130312
Kami suka makan sos ini dengan ayam goreng. Rasanya yang sedikit masam dan manis menjadi pembuka selera untuk makan nasi. Direkodkan kaedah membuatnya disini untuk rujukan masa hadapan.
Bahan-bahan
  • setengah biji lemon
  • satu hiris kepingan halia yang dihiris halus.
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar sunquick perisa lemon
  • 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit air
Kaedah membuatnya
  • Sagat kulit lemon (sedikit) dan perah jusnya dalam sebuah periuk kecil.
  • Masukkan semua bahan diatas kedalam periuk tadi.
  • Masak atas api yang sederhana sehingga pekat.

Ikan Tiga Rasa

20120719_130500

Ehm.. dah tak nampak ikan dah.. memanglah gambar ini akan ditolak kalau nak letak dalam magazine ;). Anyway, memenuhi permintaan Yati ini adalah resepi ikan tiga rasa..

Bahan-bahan

  • Ikan Siakap / bawal / Kerapu yang digaul dengan sedikit kunyit, tepung jagung dan garam.
  • 1 biji epal hijau – dipotong dadu
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar (sedang) – dipotong dadu
  • 1/2 biji timun – dipotong dadu
  • 3 keping nenas dalam tin – di potong dadu
  • 1 biji cili merah dicincang
  • 3 biji bawang putih – dicincang / hiris
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos chili
  • 2 sudu cuka (saya tak bubuh kerana ada yg tidak boleh makan)
  • 2 sudu gula pasir
  • 2 sudu cili boh
  • 2 sudu minyak untuk menumis
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam.

Kaedah membuat

  • Ikan digoreng garing dan diketepikan
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili boh. biarkan seketika.
  • Masukkan sos tomato, sos chili, cuka, garam dan gula pasir. Masukkan air untuk biarkan seketika
  • Masukkan buah-buahan yang dipotong dadu – epal hijau, nenas, timun, tomato, cili merah. Gaul sehingga sebati dan boleh diangkat.

Nota: Kuah tiga rasa ini cukup untuk 2 hidangan ikan. Selalunya saya guna separuh untuk lunch and another half for dinner. Haqim suka kuah ini. So Yati cubalah…

Monday, July 16, 2012

Tabiat makan malam pelajar

Kami jalan-jalan di ekspo usahawan yang diadakan dikampus malam tadi. Suasana ini menarik perhatian saya -

20120715_22442720120715_224714

It is 10:30 pm. Gerai ini masih memulakan stok mee goreng, nasi goreng dll yang baru untuk dijual kepada pelajar UiTM Dungun…ish..ish..ish..

Haqim sempat tempah nama kat gerai ini. Berminat dia tengok mereka mencanting batik.

20120715_225531

Any comment on this picture? ha ha ha anak-anak kita

20120715_201634

Pokok jambu belakang rumah diserang anai-anai

Pokok ini adalah diantara pokok yang awal kami tanam sewaktu rumah didirikan. Diantara pokok yang subur dan sering berbuah dirumah kami. Kalau kami rajin sampul, selalunya buah jambu air merah ni manis. Tapi beberapa hari lepas, ianya terpaksa ditebang kerana kami melihat beberapa ‘highway’ anai-anai di pokok ini.

20120714_161355

Terima kasih Lan kerana sudi membantu menebang pokok ni. Yang baju kuning ni bergaya je kot :) …

20120714_161718

Ehm.. mulai sekarang kami tiada lagi jambu air merah kat belakang rumah.

Presentation at KMICE

DSC_0272

I presented the early finding in normalization of noisy text at KMICE conference which was held at Thistle Hotel Johor Bahru. A nice experience since few people seems to be interested with the topic. Unfortunately, I can only attend the last day of seminar. Haqim menduduki peperiksaan diniah. So hanya boleh bertolak lepas peperiksaan dia.

Terima kasih Yati yang tunjukkan jalan dari tol ke hotel ini.

DSC_0271

Suka dengan bilik di hotel ni. So sweet. Masuk dalam bilik kami diraikan dengan design love dari kelopak bunga ros. Cantik pemandangan dari hotel ni.

DSC_0294

Terima kasih pada abah dan Haqim yang sudi temankan mama kemari.

DSC_0266

DSC_0296

Both of them..so sweet…

Sunday, July 1, 2012

Kereta Baru WWW…

5 tahun lepas sewaktu mengambil Matrix dari bilik pameran , saya melihat kereta ini. Cuma masa tu rasanya kami tidak mampu untuk memilikinya. Alhamdulillah dimurahkan rezeki oleh Allah, semalam kami memiliki kereta yang telah lama saya idamkan ini. Di ambil di Kuantan bersama jurujual Honda Steven (Kalaulah saya ajar business, akan saya hantar students untuk mempelajari bagaimana menjadi seorang salesman yang berjaya dengan beliau :) )

20120701_145712

 

20120630_113214

Wajah gembira Abah dan Haqim sewaktu memandu kereta keluar dari bilik pameran.

2 perkara yang menyebabkan saya berpisah dengan TAP dan membeli kereta ini. Yang pertama, ada sumbangan dari ayah dan emak dalam pembelian kereta ini. Sekiranya ada pahala kebaikan dari membawa kereta ini, semoga ayah dan emak mendapat manafaatnya. Ia mendekatkan saya dengan aruah ayah. Pastinya kena fikir beberapa kali sebelum membawa kereta ini ketempat yang tidak berfaedah Smile. Terima kasih ayah dan emak. Kedua, no plat kereta ini bermula dengan WWW. As a ‘computer people’ pastinya saya teruja dengan no plat ini (Tak ada kena mengena dengan kepercayaan Wang Wang Wang ye).  Terima kasih Che We yang membantu saya mendapatkan no plat kereta ini.

Semoga kenderaan ini akan mengeratkan hubungan silaturahim sekeluarga dan memudahkan kami bergerak dari satu tempat ketempat yang lain Ameen..

Terima kasih TAP9860

20120627_164550

Masih lagi terbayang dalam memori betapa exitednya kami sewaktu pandu uji kereta ini 5 tahun yang lepas. Ketika itu, saya mahu kereta yang kecil dan mudah untuk saya memandu dan yang penting senang nak parking. Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun menggunakannya kereta ini tidak pernah memberi masalah kepada saya. Banyak kenangan manis bersama kereta ini. Cuma lumrah dunia, selepas beberapa lama pastinya ianya telah mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan. Kebetulan beberapa perkara lain menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berpisah dengannya (Crying face). Semoga tuannya yang baru akan menjaganya dengan baik sebagaimana kami menjaganya…..

Aiman ke USA

20/6/2012 – Kami menghantar Aiman untuk meneruskan pengajiannya ke USA. Aiman diantara 26 orang pelajar cemerlang yang mendapat tajaan biasiswa JPA untuk melanjutkan pengajian di Vanderbilt UniversityTennessee (hopefully ejaannya betul)

DSC_0210

 

DSC_0212

DSC_0216

Perasaan saya terusik melihat 2 keping gambar ini..

DSC_0231

Diantara rakan-rakan yang pergi bersama Aiman.

DSC_0240 - Copy

DSC_0244

DSC_0246 - Copy

DSC_0251

Last picture sebelum check in…

DSC_0255

 

DSC_0262

Semoga Aiman akan berjaya dengan cemerlang. Selamat meneruskan pengajian, Ingatkan Allah, pilihlah rakan yang baik, semoga berjaya dan kembali untuk meneruskan perjuangan memertabatkan agama bangsa dan negara.. Ameen.. Jangan lupa kami disini.