Sememangnya rakyat Malaysia kurang prihatin tentang undang-undang jalanraya...So havoc sekejap bila tarikh akhir discount saman tamat pada 28 feb yang lepas. Jangan tak tahu..saman-saman lama pun polis masih simpan.Tahun 2005 pun ada – Mungkin sebab peraturan perbendaharaan surat kena simpan sampai 10 tahun .
Saya bersama mereka-mereka yang last minit ni beratur bayar saman (bukan saya punya..perasan pemandu berhemahlah ni..) Dari jam lapan pagi, pukul 11:30 baru selesai bayar. Bukan letih menunggu yang saya nak share kat sini, tapi pengalaman sewaktu beratur yang menarik perhatian saya.
Pertamanya sistem ICT direka untuk membantu kutipan saman, tapi kalau nak bayar satu saman kena tunggu sampai 15 minit baru sistem response, might as well go back to the manual technique, dalam masa 15 minit berpuluh saman yang boleh dijelaskan. Keputusan untuk mengutip saman secara manual diwaktu puncak adalah keputusan manusia bukan mesin. Ehm.. now we are talking about leadership.
Pada mulanya saya beratur di Balai Polis (jam 7:45 pagi) adalah dalam 20 orang depan saya. Tup tup pukul 8 pagi, encik polis trafik kata kaunter buka jam 9 pagi kerana semalam banyak back log and tiada resit !!!! (alasan yang saya tak boleh terima) … Again we are talking about management not ICT.
Saya beredar ke Pejabat Pos (sebab hari terakhirkan), Alhamdulillah saya adalah pelanggan yang ke 10 dalam barisan. Tapi kalau pukul 11 pagi baru tiba dikaunter bayangkanlah berpuloh puloh lagi yang beratur di panas matahari (at least saya beratur dalam pejabat pos ada air con). Kasihan makcik dan warga tua yang beratur sekali tu.. Again management creativity should be able to solve it..
Yang paling menarik perhatian saya ialah kebanyakan wanita dan warga tua yang beratur bayar saman yang dibuat oleh anak-anak mereka. Dah lah beli motor atau kereta mereka yang keluarkan duit, bayar saman pun mereka juga, ada tu jumlahnya (selepas diskaun) dah hampir sama dengan harga motor sebuah. Melihatkan mereka, teringat kat Haqim, hopefully dia tak buat mama macam gitu nanti..
Kesimpulannya, drive carefully, ingat orang yang disayang dan janganlah berbalah dengan pak polisi. last-last kita juga yang akan kena..siapa suroh tunggu last minute baru nak bayar . Terima kasih pada adik di kaunter pejabat pos tu yang masih boleh tersenyum dan bergurau sewaktu giliran saya tiba di kaunter untuk bayar saman tersebut.
0 comments:
Post a Comment