Petang Khamis 10/3, kami melawat Kiah, Kak Maznah dan Kak Kamariah di hospital Kuala Terengganu. Kiah kekurangan darah, Kak Maznah dan Kak kamariah mengalami demam denggi. Alhamdulillah semuanya kini telah beransur sembuh walaupun Kiah saya perhatikan agak lemah. Semoga mereka bertambah sihat. Ini adalah kali pertama saya melawat wad tiga di hospital tersebut. Ehm beberapa perkara menarik perhatian saya.
Pertama, the use of computer in the ward. Bila saya melangkah masuk, saya perhatikan beberapa lap top yang diletak diatas troli berada dipersekitaran wad. Saya perhatikan ianya digunakan oleh jururawat untuk merekodkan data seperti bacaan blood pressure dan catatan ubat yang diberikan kepada pesakit. Tiada lagi fail besi dan kertas rawatan yang selalunya berada dihujung katil pesakit. Saya perhatikan meja nurse pun sesak dengan beberapa komputer diatasnya .
Another good improvement ialah ruang untuk pesakit sembahyang juga di sediakan. Di tampal juga kaedah untuk pesakit bersembahyang secara duduk atau baring dan kaedah untuk tayammum. Alhamdulillah.
Namun yang agak menyedihkan saya ialah bilangan katil yang hanya dipisahkan dengan satu meja kecil. Memang tiada privacy bagi mereka yang ditempatkan disini atau keluarga yang datang merawat. Saya perhatikan ada juga katil yang diletakkan di laluan berjalan. Maybe more wards should be considered in the future building of hospitals.
0 comments:
Post a Comment