Kami terima berita yang ayah Chik sakit di ICU pada malam Isnin 28 Feb. Nak pergi masa tu dah malam, so kami bertolak ke Shah Alam jam 5 pagi esoknya dan terus ke hospital. Pada ketika itu, ayah chik masih menggunakan saluran pernafasan. Kata doktor, jantung Ayah Chik lemah dan dipenuhi air. Doktor meramalkan harapan Ayah Chik hanya lebih kurang 6 bulan sahaja. Tapi doktor hanya insan biasa yang tidak dapat menentukan jangka hayat seseorang. Sepanjang 3 hari bersama Ayah Chik, keadaannya sekejap okay dan sekejap sesak nafas. Akhirnya pada hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat, Ayah Chik meninggalkan kami menemui Illahi. Masih teringat pesan Ayah Chik pada Haqim supaya belajar bersungguh-sungguh dan jangan lawan cakap mama. Masih teringat kali terakhir Ayah Chik belanja steam boat dan masih ingat lagi ayah chik suka sangat mee hoon dan kuah kicap. Pastinya kehadiran kami di Shah Alam selepas ini akan berbeza namun begitulah lumrah kehidupan. Semoga roh Ayah Chik ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan mendapat rahmat. Al Fatihah..
Berikut adalah diantara kenangan bersama Ayah Chik yang berada dalam simpanan saya.
Dalam sejarah bertolak ke Shah Alam jam 5 pagi dari Dungun dan balik dari Shah Alam jam 11 malam sampai rumah jam 4 pagi. Okay juga drive malam ni tapi letihnya..rasanya biarlah jalan siang walaupun kereta lebih banyak dijalan pada waktu siang..
Update 9/3/2011
Terima berita mak Mak Chik meninggal di Hospital Ampang Putri jam 4 petang. Semoga Mak Chik tabah menghadapi dugaan ini.. Al Fatihah..
Update 6/4/2011
More pictures of given by Amran
0 comments:
Post a Comment