Saturday, March 12, 2011

Harapan untuk Haqim

For the past few months, saya melawat beberapa majlis tahlil dan baca Yassin. Majlis yang sering diadakan bagi menyatakan kesyukuran atau memperingati orang yang disayang. Apa yang menarik perhatian saya ialah kejayaan sesuatu majlis bergantung kepada mereka yang memimpin majlis tersebut. Contohnya majlis tahlil yang diadakan dirumah Mak Chik dihadiri oleh keluarga sahaja yang dimulai dengan sembahyang maghrib, bacaan Yassin, tahlil dan sembahyang isya’. Walaupun makanannya hanya nasi ayam yang ditempah dan air mineral tanpa pinggan/cawan yang menarik, tapi saya terasa keberkatannya kerana ahli keluarga sama-sama mengambil bahagian dalam sembahyang dan tahlil. Ianya possible kerana ada ahli keluarga yang boleh memimpin majlis tersebut.

Berbanding dengan majlis-majlis yang dipanggil makmum surau / majlis. Kehadiran mereka agak lewat (selepas sembahyang isya’) dan hanya melakukan tahlil ringkas. Acara majlis lebih tertumpu kepada persediaan makanan dan keselesaan pengunjung sewaktu makan.

Alangkah bahagianya mama sekiranya Haqim nanti bila dewasa dapat memimpin majlis-majlis seperti ini, dapat mengimamkan sembahyang dan menyempurnakan majlis-majlis yang penuh dengan keberkatan ini. Insyaallah…

0 comments:

Post a Comment