Hari ini Allah menguji tahap kesabaran saya sebagai seorang ibu,isteri dan anak. Sehari sebelum Hari Raya Korban, saya bawa emak ke hospital untuk routine check up. Emak ada diabetis dan perlu menjalani ujian setiap bulan dan ubat diabetisnya tinggal 2 biji sahaja. Mengetahui yang menuggu di hospital kerajaan adalah perkara biasa saya keluar sebelum pukul 8 pagi. Ada 4 tahap menuggu hari ini. Pertama menunggu untuk dapatkan nombor, menunggu untuk berjumpa doktor, menunggu untuk mendapatkan ubat dan menunggu untuk mendaftar emak dalam "Kelab Diabetis Hospital Dungun" dimana emak perlu menjalani ujian setiap bulan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Kebiasaannya saya tidak ada masalah untuk menunggu dengan laptop sebuah, masa selalunya berlalu dengan pantas, tetapi tidak kali ini apabila bersama dengan Haqim. Beliau kepuasan selepas setengah jam menunggu walaupun diberikan iphone kepada beliau. Kerenahnya benar-benar menduga kesabaran saya sebagai seorang ibu. Walaupun pada asalnya saya bercadang untuk meninggalkan emak di hospital dan pergi ke pasar, hasrat itu saya lupakan apabila melihat emak memandang kepada saya seperti akan "lost in space" walaupun beliau mengatakan its okay for me to go. Nasib baik juga saya tak pergi kerana ada beberapa bilik yang perlu beliau pergi. Benarlah kata hadis yang menyatakan perasaan dan kelakuan manusia akan seolah-olah seperti anak-anak apabila usia meningkat tua. Disatu pihak saya perlu melihat keperluan ibu dan disatu pihak, saya perlu melihat kerenah Haqim and at the same time abah juga perlu saya lihat. Saya respect kepada mereka yang punya anak yang ramai. Ehmm cuma saya tertarik dengan dua orang jururawat yang melakukan pemeriksaan awal sebelum pesakit berjumpa doktor. Mereka tetap melayan setiap pesakit dengan baik walaupun sering dikacau (termasuk oleh saya) dan kadangkala dimarahi oleh beberapa pesakit yang mungkin kesakitan atau ada tugas lain yang lebih penting.
Hasrat hati nak buat nasi beriani esok, so balik dari hospital, saya ke pasar. Ingatkan dah pukul 12:00 tengahari tak sibuk, tapi banyaknya kereta. Jalan yang biasanya mengambil masa lebih kurang 5 minit dah jadi hampir setengah jam. Alhamdulillah di pasar ada polis yang membantu saya mendapatkan parking. Ikan dah tak berapa banyak dan harga barangaan semuanya naik. Maklumlah esok nak raya. Hasrta emak untuk makan daging kambing tak sampai kerana tiada yang menjualnya. Kemudian kami ke Nirwana untuk bahan-bahan kering seperti biskut, roti dll. Saya perlu standby mee dan bee hoon in the case ada saudara mara yang datang. Lepas itu ke beberapa buah kedai lagi untuk mencari santan dan rempah. At last pukul 2:00 baru sampai rumah.
ehmm berehat sebentar sebelum sambung untuk sambung siang ikan dan masak pulak....
0 comments:
Post a Comment