Monday, December 29, 2008
Amirul dah besar...
Dah lama tak tengok anak saudara saya yang seorang ini - Amirul yang datang bersama-sama dengan Yati. Berikut adalah kenangan Abang Long bersama-sama kami last weekend.
At last Yati bertunang
At last Yati balik dengan makluman untuk bertunang pada hari Sabtu 28hb Disember. Orang yang paling gembira ialah emak. Berikut adalah gambar-gambar di majlis tersebut.
And for the rest of the weekend, kami merancang majlis perkahwinannya dirancang pada 7 hb Mac nanti. That will be in more or less 2 months time.
Thursday, December 25, 2008
Wednesday, December 24, 2008
Insurance Haqim dan mama
Hari ini, kami berjumpa dengan En Zawawi untuk berbincang mengenai medical insurance untuk mama dan Haqim. Keadaan kini sudah berubah. Jika dulu perkara ini tidak diambil kira oleh orang-orang melayu, keadaan kini sudah berbeza. Perbiayai medical masa kini expensive dan group insurance yang mama ambil pada masa ini hanya bertahan sewaktu masih berkhidmat sahaja sedangkan sakit yang kritikal selalunya berlaku selepas usia 55 tahun. So mulai next month, mama will have to pay RM 250.00 for both of our insurance.
Monday, December 22, 2008
PSP Haqim?
Begitu sukarnya membesarkan anak-anak zaman ini. Jika Haqim baca catatan ini satu hari nanti, percayalah keputusan ini sukar untuk mama buat. Selepas beberapa kali bergaduh dengan Haqim dan melihat kesan Play Station terhadap hubungan Haqim dengan family dan orang lain, mama dan abah mengambil keputusan untuk membelikannya PSP game with a hope that this item may be used as one of the item that I can used to discipline anak mama ni. Kalau dulu, seorang anak perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu, tetapi zaman sekarang, kita kena memberi dahulu in order to discipline them. I hope my strategy works.
Sunday, December 21, 2008
Family Day
Mak Da datang untuk beberapa hari bersama Aiman, Darwina, Farid dan family Badly. Terlanju sekolah dah nak buka, kami ajak mereka ke Kuantan untuk membeli barang keperluan sekolah. Pastinya yang paling gembira ialah Haqim kerana ada kawan untuk bermain selepas lama bersendirian. Sempat lagi kami berkelah di Cherating makan nasi lemak. (Abah tak ajak pun sebelum ni, lepas ni boleh ajak Mak Da selalu.)
Haqim daftar Tahun 3
18hb Disember, Haqim mendaftar untuk tahun 3 dengan cikgu baru Mualimah Nurulhuda. Dekat RM500.00 juga yang abah bayar. Haqim kena rajin belajar tahun ini. Target akhir tahun no 1-10 boleh?
Saturday, December 20, 2008
Minggu Kualiti
Berbeza dari tahun-tahun lepas, tahun ini sambutan Minggu Kualiti diadakan dari 14-18 Disember. Bermula dengan Kembara Hari Kualiti dan diakhiri dengan Makan Malam Anugerah Khidmat Cemerlang. iLQaM mengambil bahagian melalui diruang pameran dan hampir semua acara disertai oleh staf iLQaM.
Tahniah kepada kak Mi yang berjaya merancang dan melaksanakan program ini. Sesungguhnya bukan mudah untuk mengendalikan program ini. Saya berada didewan sewaktu sesi raptai yang bermula dari jam 2:30 sehinggalah jam 5:30 petang. Menyaksikan banyaknya effort yang diberikan oleh berbagai pihak menyebabkan saya berazam selepas ini untuk menghadiri program seperti ini sekiranya dijemput atau memaklumkan ketidakhadiran sekiranya tidak dapat menghadiri program. Sayang sekali tidak ramai staf yang datang di Malam Kemuncak Kualiti tersebut. Saya dapat melihat kekecewaan diwajah pengarah sewaktu menyaksikan sambutan yang kurang memuaskan tersebut.
Poem I've learned
Sewaktu di Shah Alam pada 17 Disember yang lepas, saya berkesempanan untuk ke Aggerik cafe di tempat letak kereta bertingkat UiTM Shah Alam. Poem ini menarik perhatian saya sewaktu sedang makan nasi lemak sotong disitu.
I've Learned (Author unknown)
I've learned that you cannot make someone love you. All you can do is be some that can be loved. The rest is up to them.
I've Learned (Author unknown)
I've learned that you cannot make someone love you. All you can do is be some that can be loved. The rest is up to them.
I've learned that no matter how much I care, some people just don't care back.
I've learned that it takes years to build up trust, and only seconds to destroy it.
I've learned that it's not what you have in your life, but who you have in your life that counts. I've learned that you shouldn't compare yourself to the best others can do.
I've learned that you can do some thing in an instant that will give you heartache for life.
I've learned that it's taking me a long time to become the person I want to be.
I've learned that you should always leave loved ones with loving words. It may be the last time you see them. I've learned that you can keep going long after you can't.
I've learned that we are responsible for what we do, no matter how we feel. That either you control your attitude or it controls you.
I've learned that heroes are the people who do what has to be done regardless of the consequences.
I've learned that money is a lousy way to keep score.
I've learned that my best friend and I can do anything or nothing and have the best time.
I've learned that just because someone doesn't love you the way you want them to doesn't mean they don't love you with all they have.
I've learned that maturity has more to do with what types of experiences you've had and what you've from them and less to do with how many birthdays you've celebrated.
I've learned that you should never tell a child their dreams are unlikely or outlandish. Few things are more humiliating, and what a tragedy it would be if they believed it.
I've learned that no matter good a friend is, they're going to hurt you every once in a while and you must forgive them for that.
I've learned that no matter how bad your heart is broken the world doesn't stop for your grief.
I've learned that our background and circumstances may have influenced who we are, but we are responsible for who we become.
I've learned that even when you think you have no more to give, when a friend cries out to you, you will find the strength to help.
Kuih Sri Kaya
Semalam Mak Da datang dan kami mengambil kesempatan untuk belajar buat kuih sri kaya. Berikut adalah resepi kuih tersebut (Untuk yati..)
Bahan.
10 biji telur (gred A) atau 13 biji (Gred B)
2 keping manisan Terengganu
2 sudu gula pasir
1 sudu tepung jagung
1 cawan pati santan
Kaedah
Bahan.
10 biji telur (gred A) atau 13 biji (Gred B)
2 keping manisan Terengganu
2 sudu gula pasir
1 sudu tepung jagung
1 cawan pati santan
Kaedah
- Masak gula dengan 1 cawan air sehingga pekat dan sejukkan.
- Kukus air dalam kukusan.
- Campurkan air gula dengan santan.
- Pecahkan telur
- Pukull seketika
- Letakkan loyang dalam kukusan.
- Tapis adunan dedalam loyang
- Kukus sampai masak (dalam 10-15 minit).
- Kuih akan naik dengan hebat sewaktu dikukus dan turun sedikit apabila telah masak.
- Keluarkan loyang dari kukusan sebaik sahaja api ditutup dan biarkan sejuk sebelum dihidang.
Wednesday, December 17, 2008
Gambar-gambar Haqim
Beberapa gambar Haqim yang menarik perhatian kami pada bulan November dan Disember
Sewaktu ubahsuai pagar belakang untuk dijadikan ruang tanaman. Ingatkan nak tolong tapi rupanya nak posing aje....
Sewaktu ubahsuai pagar belakang untuk dijadikan ruang tanaman. Ingatkan nak tolong tapi rupanya nak posing aje....
Kena buli dengan abah sebab tak nak tolong basuh kereta.. macam mana nak kurus ni..
Aksi sewaktu melalui jambatan gantung sewaktu ambil mama di Agro Resort Samuji.
Memanglah dia ni suka dengan ikan. Di kolam ikan Lapangan Terbang Kuala Terengganu
Selain dari ikan, binatang lain yang Haqim paling suka ialah ayam katik ini. Kasihan ayam tu, kena timang dan berbagai-bagai lagi. Dah nasib ayam tu...
Nana dan computer game - Haqim..Haqim..
Aksi sewaktu melalui jambatan gantung sewaktu ambil mama di Agro Resort Samuji.
Memanglah dia ni suka dengan ikan. Di kolam ikan Lapangan Terbang Kuala Terengganu
Selain dari ikan, binatang lain yang Haqim paling suka ialah ayam katik ini. Kasihan ayam tu, kena timang dan berbagai-bagai lagi. Dah nasib ayam tu...
Nana dan computer game - Haqim..Haqim..
Hari Raya Korban 2008
Tahun ini, hari raya korban disambut dirumah Mak Da apabila Ayah Chik sekeluarga balik untuk buat aqiqah anak Siti Nor & Suhaimi- Asraf bersama-sama dengan anak Shamsul - Danish. These are their latest pictures.
Mak Chik, Mak Da, Abah, Ayah Chik, Amran dan Danish
Dah 7 bulan umur dia..tapi masih cool aje...
Siti Nor, Suhaimi dan Asraf. Seronok bila tengok Mak Da gembira dengan kehadiran kami semua.
Mak Chik, Mak Da, Abah, Ayah Chik, Amran dan Danish
Dah 7 bulan umur dia..tapi masih cool aje...
Siti Nor, Suhaimi dan Asraf. Seronok bila tengok Mak Da gembira dengan kehadiran kami semua.
Korban 2008
14 December 2008, kami melakukan korban untuk tahun 2008. Saya satu bahagian dan emak buat korban untuk aruah ayah. Suasana korban kali ini lain sedikit sebab untuk pertama kali ianya diadakan di Kolej Tenggol dalam suasana hujan renyai. Walaubagaimana pun majlis ini tetap meriah. Alhamdulillah Allah berikan kami rezeki untuk menyumbang pada tahun ini. Semoga kami dimurahkan rezeki untuk menyumbang lagi ditahun hadapan. Menerangkan kepada Haqim kenapa lembu-lembu disembelih untuk korban adalah dugaan saya pada tahun ini. Bertalu-talu soalan dia. Haqim yang sememangnya sayang pada binatang, menangis apabila melihat lembu-lembu disembelih. Penyayang juga anak mama seorang ni.
Saturday, December 13, 2008
Mesyuarat Koordinator iLQaM di Samuji
Dari 11/12 hingga 13/12 kami berkampung di Samuji untuk menghadiri mesyuarat dan bengkel halatuju iLQaM hingga 2011. Nice to know that iLQaM will have it's new building dalam masa beberapa tahun lagi.
Seronok jumpa koordinator dari kampus lain seperti Kak Rosnah (Melaka) dan Kak Rogaya (Perak) Yusof Ramli (Kelantan). Seronok jumpa staf-staf yang sering kami berinteraksi melalui telefon seperti Prof Dr. Pau, Dr Rohana, Ustaz Januddin, Pn Badariah dan Pn Faridah.
Sunday, December 7, 2008
Sabar sebahagian dari iman
Hari ini Allah menguji tahap kesabaran saya sebagai seorang ibu,isteri dan anak. Sehari sebelum Hari Raya Korban, saya bawa emak ke hospital untuk routine check up. Emak ada diabetis dan perlu menjalani ujian setiap bulan dan ubat diabetisnya tinggal 2 biji sahaja. Mengetahui yang menuggu di hospital kerajaan adalah perkara biasa saya keluar sebelum pukul 8 pagi. Ada 4 tahap menuggu hari ini. Pertama menunggu untuk dapatkan nombor, menunggu untuk berjumpa doktor, menunggu untuk mendapatkan ubat dan menunggu untuk mendaftar emak dalam "Kelab Diabetis Hospital Dungun" dimana emak perlu menjalani ujian setiap bulan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Kebiasaannya saya tidak ada masalah untuk menunggu dengan laptop sebuah, masa selalunya berlalu dengan pantas, tetapi tidak kali ini apabila bersama dengan Haqim. Beliau kepuasan selepas setengah jam menunggu walaupun diberikan iphone kepada beliau. Kerenahnya benar-benar menduga kesabaran saya sebagai seorang ibu. Walaupun pada asalnya saya bercadang untuk meninggalkan emak di hospital dan pergi ke pasar, hasrat itu saya lupakan apabila melihat emak memandang kepada saya seperti akan "lost in space" walaupun beliau mengatakan its okay for me to go. Nasib baik juga saya tak pergi kerana ada beberapa bilik yang perlu beliau pergi. Benarlah kata hadis yang menyatakan perasaan dan kelakuan manusia akan seolah-olah seperti anak-anak apabila usia meningkat tua. Disatu pihak saya perlu melihat keperluan ibu dan disatu pihak, saya perlu melihat kerenah Haqim and at the same time abah juga perlu saya lihat. Saya respect kepada mereka yang punya anak yang ramai. Ehmm cuma saya tertarik dengan dua orang jururawat yang melakukan pemeriksaan awal sebelum pesakit berjumpa doktor. Mereka tetap melayan setiap pesakit dengan baik walaupun sering dikacau (termasuk oleh saya) dan kadangkala dimarahi oleh beberapa pesakit yang mungkin kesakitan atau ada tugas lain yang lebih penting.
Hasrat hati nak buat nasi beriani esok, so balik dari hospital, saya ke pasar. Ingatkan dah pukul 12:00 tengahari tak sibuk, tapi banyaknya kereta. Jalan yang biasanya mengambil masa lebih kurang 5 minit dah jadi hampir setengah jam. Alhamdulillah di pasar ada polis yang membantu saya mendapatkan parking. Ikan dah tak berapa banyak dan harga barangaan semuanya naik. Maklumlah esok nak raya. Hasrta emak untuk makan daging kambing tak sampai kerana tiada yang menjualnya. Kemudian kami ke Nirwana untuk bahan-bahan kering seperti biskut, roti dll. Saya perlu standby mee dan bee hoon in the case ada saudara mara yang datang. Lepas itu ke beberapa buah kedai lagi untuk mencari santan dan rempah. At last pukul 2:00 baru sampai rumah.
ehmm berehat sebentar sebelum sambung untuk sambung siang ikan dan masak pulak....
Thursday, December 4, 2008
A trip to Sabah
Pengetahuan mengenai teaching portfolio telah membawa saya ke Sabah untuk berkongsi pengalaman dengan pensyarah baru disana. Semalam saya ke Kota Kinabalu. Kali terakhir saya menjejakkan kaki di Kota Kinabalu adalah pada tahun 1992. Begitu banyak sekali perubahan yang telah berlaku. Menarik apabila melihat bandar yang menggabungkan tempat tinggal (apartment), ruang perniagaan dan ruang pejabat disatu kawasan. Perkara pertama yang mendapat perhatian saya adalah kereta-kereta yang diletakkan di tengah jalan raya pada waktu malam.Tuan punya kereta pastinya perlu bertolak awal pagi ketempat kerja.
Tengahari tadi saya ke kampus UiTM Sabah untuk pertama kali. Rasa sedikit terkilan melihatkan UMS begitu gah tetapi kampus UiTM seolah-olah menyembunyikan diri. Luas kawasan kampus ini. Seronok berjumpa dengan pensyarah baru disini dimana bilangan pensyarah bukan melayu agak ramai. Tapi sukar nak tahu mereka muslim atau tidak. So saya mengambil keputusan untuk tidak menyentuh isu-isu agama dan bangsa disini.
Sekembalinya dari tugas, kami ke Pasar barang-barang kerja tangan. Kalau ke Sabah pastinya mutiara menjadi pilihan. Lama dah tak shopping. Rambang mata dibuatnya. Tak sangka pula macam-macam brooch yang ada. Sempat juga beli beberapa barang untuk famili dan staf sebagai cenderahati. Yati, pilih brooch yang mana?
Terima kasih Dr. Rohana yang memberi kesempatan untuk saya datang ke Kota Kinabalu.
Tuesday, December 2, 2008
Tribute to En Talib Samad Jamil
Sekembalinya saya dari Shah Alam, saya terbaca e-mail dari En Talib yang memaklumkan beliau telahpun berpindah ke Kampung Gajah. Jika saya boleh namakan individu-individu yang memberi kesan dalam aktiviti-aktiviti saya di UiTM Terengganu, En Talib Samad Jamil adalah salah seorang darinya. Beliau lah yang mengajar saya semua prosedur-prosedur di UiTM sehingga membolehkan saya menghasilkan dokumen kualiti dan prosedur-prosedur ISO, yang mendengar permasalahan yang saya hadapi dan menyelesaikannya, beliau jugalah yang banyak memberi nasihat dan teguran membina atas tindakan-tindakan yang saya akan ambil dimana kadangkala saya tidak mempunyai kekuatan dalaman untuk melaksanakannya. Namun dengan sokongan dari beliau aktiviti berjalan dengan lancar.
Nama En Talib begitu synonym dengan audit ISO dimana beliau pastinya akan terlibat sebagai auditee dalam setiap Audit ISO bermula dari gerakan ISO bersama SIRIM sehinggalah gerakan ISO bersama Lyods sekarang. UiTM Terengganu kehilangan seorang staf yang bergitu dedikasi dalam tugas disamping seorang MC yang sentiasa sedia untuk membantu.
Thank you for being one of my best friends, for being there whenever I need helps and advices.
Semoga success di tempat yang baru.....
Subscribe to:
Posts (Atom)