Selepas 5 tahun ayah meninggal, akhirnya emak mengambil keputusan untuk datang dan tinggal bersama dengan kami sekeluarga. Alhamdulillah, Allah beri saya peluang dan kesempatan untuk berbakti kepada emak yang telah mengandung, melahir dan membesarkan saya. Perasaan saya sekarang berbaur diantara gembira dan cemas. Saya gembira kerana emak hampir dengan saya. Ada orang yang dapat membantu saya dan mendengar cerita dan masalah saya. Cemas takut kalau-kalau emak nanti terkecil hati sewaktu tinggal dengan kami. Selalunya emak datang untuk tinggal seminggu dua, paling lama pun dua bulan. Lepas tu, beliau akan kembali kerumah Azman atau abang. Betullah kata pepatah, seorang emak boleh mengandung, melahirkan dan membesarkan ramai anak, tapi belum tentu anak yang ramai boleh jaga seorang emak.
Banyak perkara yang perlu saya lihat dan semuanya memerlukan saya melihat baik dan buruknya sesuatu tindakan. Pastinya akan ada yang terkecil hati tapi kadang-kala kita hanya melihat kepada masalah sahaja tetapi tidak melihat kepada kaedah penyelesaiannya. Semoga Allah memberikan jalan kepada saya agar kami tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan mendapat keredhaan dari nya...
0 comments:
Post a Comment