Mulai semalam sehingga esok, kami ikut abah berkursus di Dorsett Regency Hotel ditengah bandar Kuala Lumpur. So, masa abah berkursus, kami pun mengambil kesempatan untuk berjalan. Haqim insist nak pergi aquaria di KLCC dengan menaiki keretapi.
Sekali sekala bawa dia berjalan okay juga at least tak adalah dia manja sangat asyik nak naik kereta sahaja. Pastinya gelagatnyalah yang menarik perhatian saya. This year dia sudah tak berapa aktif, dan sudah mula memahami bila saya jelaskan realiti kehidupan kepadanya. Saya sudah boleh berbual sebagai rakan dengannya.
His leadership sudah mula menyerlah. Dia nak cuba mesin untuk beli tiket LRT dan suka bertanya. Jauh juga kami berjalan hari ini yang diakhiri dengan lawatan ke Low Yat which I see him merajuk dengan mama dan abah sebab tak nak belikan PS2. Saya perasan beberapa perkara dalam adventure kali ini :
- disemua kedai makan yang kami singgah atau pengawal yang kami tanya termasuklah yang jaga tandas terdiri dari bangsa asing yang majoritinya orang bangla. Rasa macam bukan di Malaysia pula..
- Harga barang makanan mahal nya....
Anyway, we enjoyed the journey terutamanya sewaktu di Aquaria. Sayangnya PetroScience tutup hari ini. Tak tahulah bila lagi kami dapat berjalan bersama lagi seperti ini. For now, it help bringing us together in a family.
0 comments:
Post a Comment