Saturday, November 29, 2008

Menemui pensyarah baru

Selama 6 hari saya berkampung di Hotel Prescott Kelang, bersama-sama dengan pensyarah baru. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman mengenai Teaching Portfolio bersama-sama mereka. Untuk pertama kali juga saya ke Kampus UiTM di Puncak Perdana. Melihat kepada wajah-wajah muda yang ceria, teringat saya diwaktu saya mula-mula masuk mendaftar sebagai pensyarah UiTM dulu, dengan berbagai-bagai masalah yang saya hadapi dan saya pelajari dari pengalaman melakukan berbagai-bagai kesilapan. Satu perkara yang agak merisaukan saya bila diperhatikan, pensyarah baru lebih mementingkan penyelidikan berbanding dengan tugas hakiki mereka sebagai pengajar. Ehmm.. a good topic for research project ni...

Terima kasih juga pada Dr Rohana yang memberi peluang kepada saya membaiki presentation skill dan apa yang lebih penting, saya berkesempatan untuk catch up kembali dengan pengajian saya dan berpeluang untuk berjumpa dengan penyelia. Syukur saya kepada Allah yang memberi kesempatan dan peluang serta memberi rezeki untuk saya meneruskan pengajian saya.

Semoga pensyarah-pensyarah muda ini nanti akan meneruskan kesinambungan kami. Tersentuh saya bila terpandang ungkapan ini di pintu masuk belakang UiTM -

"Jagalah UiTM ini sebaik mungkin, ianya mungkin benteng terakhir untuk memertabatkan bangsa kita" - YDPA - Mei 2007

Sajak Pembela Bangsa

Saya berkesempatan untuk membaca sajak ini dari laman Prof Dr. Kamil dan ianya mencuit hati saya, untuk dikongsi bersama..


Pembela Bangsa

siapa pembela bangsa
ketika seluruh perasaan didera
hati dilapah danjiwa dijajah
mati kaku sebagai hamba
di tanah pusakabumi tercinta

siapa pembela bangsa
penyala obor
ketika ayah seorang penoreh
bermula dini hari mencurah tenaga
sepanjang masa, berpenat,
meleleh keringat, yang mampu hanya
sesuap nasi, menceriakan ramai wajah
membangun sejuta impian

ajaibnya tanah pusaka
bumi bertuah
anaknya menjadi peguam cara
cucunya menjadi pemimpin negara
cicitnya berniaga di selatan dan utara
bertutur, berdialog – petah dan bersahaja
terlupa yang baru beberapa ketika
keturunannya dalam duka nestapa
bertarung dengan tanah, pohon dan gelora
hanya untuk terus membuka mata

Siapa pembela bangsa
anak watan berjiwa waja
Siapa pembela bangsa
anak watan berjiwa perkasa
Siapa pembela bangsa
anak watan berjiwa merdeka
pintar menunjuk arah jelas pesona
gagah membuka pintu luas sedunia
bijaksana mengubah bangsa
bermaruah, berharta dan berbangga
di tanah pusakabakal kekal selamanya
di mercu tinggi peradaban bangsa

Thursday, November 13, 2008

Emak datang esok...

Selepas 5 tahun ayah meninggal, akhirnya emak mengambil keputusan untuk datang dan tinggal bersama dengan kami sekeluarga. Alhamdulillah, Allah beri saya peluang dan kesempatan untuk berbakti kepada emak yang telah mengandung, melahir dan membesarkan saya. Perasaan saya sekarang berbaur diantara gembira dan cemas. Saya gembira kerana emak hampir dengan saya. Ada orang yang dapat membantu saya dan mendengar cerita dan masalah saya. Cemas takut kalau-kalau emak nanti terkecil hati sewaktu tinggal dengan kami. Selalunya emak datang untuk tinggal seminggu dua, paling lama pun dua bulan. Lepas tu, beliau akan kembali kerumah Azman atau abang. Betullah kata pepatah, seorang emak boleh mengandung, melahirkan dan membesarkan ramai anak, tapi belum tentu anak yang ramai boleh jaga seorang emak.

Banyak perkara yang perlu saya lihat dan semuanya memerlukan saya melihat baik dan buruknya sesuatu tindakan. Pastinya akan ada yang terkecil hati tapi kadang-kala kita hanya melihat kepada masalah sahaja tetapi tidak melihat kepada kaedah penyelesaiannya. Semoga Allah memberikan jalan kepada saya agar kami tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan mendapat keredhaan dari nya...

Tuesday, November 11, 2008

Jumpa Mualimah di Hari perjumpaan ibubapa


Hari ini, kami ke sekolah Haqim untuk berbincang mengenai prestasi Haqim disekolah dengan mualimah Fatimah. Prestasinya tidak begitu mengembirakan kami. Masalah kami ialah Haqim belajar mengikut mood dan agak garang disekolah. Kalau dia ada mood tulisannya baik, dia akan buat kerja sekolah dan ujiannya okay. Tapi kalau dia tak ada mood dia tak buat pun tugasan yang diberikan kepadanya. Haqim juga dikhabarkan agak manja.. Nampaknya tak dapatlah PS2 dia kali ni. Hmm nampaknya cuti ni mama kena berbuat sesuatu mengenai pengajiannya...

Wednesday, November 5, 2008

Station Minyak Rusdi

Hari ini dalam perjalanan balik ke Dungun, kami singgah di Kemaman bagi memberikan sokongan moral kepada Rusdi yang memulakan perniagaan Station minyak di Chenor hari ini. Seronok melihat seorang lagi anak melayu dapat menempoh cabaran yang banyak dalam proses untuk memulakan perniagaannya hari ini. Kereta kami adalah kereta pertama yang mendapat minyak dari Pam 7 distation tersebut hari ini. Semoga Rusdi dan Nie berjaya dalam perniagaan mereka. Good Luck...

Monday, November 3, 2008

A day with Haqim


Mulai semalam sehingga esok, kami ikut abah berkursus di Dorsett Regency Hotel ditengah bandar Kuala Lumpur. So, masa abah berkursus, kami pun mengambil kesempatan untuk berjalan. Haqim insist nak pergi aquaria di KLCC dengan menaiki keretapi.
Sekali sekala bawa dia berjalan okay juga at least tak adalah dia manja sangat asyik nak naik kereta sahaja. Pastinya gelagatnyalah yang menarik perhatian saya. This year dia sudah tak berapa aktif, dan sudah mula memahami bila saya jelaskan realiti kehidupan kepadanya. Saya sudah boleh berbual sebagai rakan dengannya.
His leadership sudah mula menyerlah. Dia nak cuba mesin untuk beli tiket LRT dan suka bertanya. Jauh juga kami berjalan hari ini yang diakhiri dengan lawatan ke Low Yat which I see him merajuk dengan mama dan abah sebab tak nak belikan PS2. Saya perasan beberapa perkara dalam adventure kali ini :
  1. disemua kedai makan yang kami singgah atau pengawal yang kami tanya termasuklah yang jaga tandas terdiri dari bangsa asing yang majoritinya orang bangla. Rasa macam bukan di Malaysia pula..
  2. Harga barang makanan mahal nya....

Anyway, we enjoyed the journey terutamanya sewaktu di Aquaria. Sayangnya PetroScience tutup hari ini. Tak tahulah bila lagi kami dapat berjalan bersama lagi seperti ini. For now, it help bringing us together in a family.