Pada hari bekerja, kebiasaannya kami sampai rumah selepas pukul 5 petang. Berbuka pun ala kadar dan kebiasaannya kuih akan dibeli sebab tidak sempat untuk buat kuih. Hujung minggu adalah kesempatan untuk kami memasak. Semalam, abah berhajat nak BBQ ayam dan makan nasi tomato. Suka lihat abah dan Haqim menggunakan dapur arang mak untuk bakar ayam. Berguna juga dapur arang mak tu...
p/s, Haqim dah tertinggal satu hari puasa :)
0 comments:
Post a Comment